Saturday, May 9, 2020

KISAH CIKGU MUSIM PKP (BERSIRI) : KISAH 1


13 Mac 2020. Hari Jumaat.

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sebelum Cuti Pertengahan Penggal selama seminggu. Cikgu Suraya sangat teruja. Tambahan pula hari ini jadual kelasnya tidak padat. Hanya mengajar 1 kelas iaitu kelas Sains Tingkatan 1. Lega rasanya. Bagi cikgu, jadual kelas yang tidak padat pada hari hari tertentu memang melegakan apabila tidak perlu tergesa gesa naik turun tangga dari satu kelas ke kelas yang lain.

Selepas mengajar di kelas 1 Melur pada pukul 12 tengahari, Cikgu Suraya pergi ke kantin. Di kantin cikgu Suraya melihat ada beberapa buah kereta ibubapa yang telah tiba menunggu untuk mengambil anak-anak pulang dari asrama. Biasanya, ibubapa tidak dibenarkan masuk sebelum pukul 2 petang. Tapi mungkin ini ibubapa yang datang dari jauh. Seperti perasaan cikgu Suraya yang teruja untuk bercuti, begitulah juga perasaan ibubapa yang telah lama tidak berjumpa anak mereka. Getus hati Cikgu Suraya. 

Di kantin, Cikgu Suraya berjumpa dengan Cikgu Ari dan Cikgu Siti. Tanpa berlengah, Cikgu Suraya turut bersama mereka untuk makan tengahari bersama. Ketika makan, mereka berbual bual mengenai isu Covid 19 yang melanda negara.

"Kes semakin hari makin meningkatkan"

"Yelah, ada kluster tabligh. Kluster baru tu. Bayangkan yang pergi perhimpunan tabligh tu 3000 orang. Semua kena panggil untuk buat saringan"

"Takutnya dengar. Ni nak balik kampung naik flight ni pun takut. Rasanya terpaksa cancellah. Takpalah naik kereta. Tapi rasa selamat. Kalau naik flight takutnya jumpa ramai orang di KLIA nanti"

"Ha, betul juga. Tak apalah terpaksa 'burn' tiket tu. Yang penting keselamatan"

Cikgu Ari cuba meluahkan rasa kegusaran. Pada cikgu Ari, keputusan untuk membatalkan tiket kapal terbangnya dan anaknya untuk pulang ke kampung adalah keputusan yang tepat demi keselamatan mereka. Bertambah yakin, keputusan ini juga turut disokong oleh Cikgu Suraya dan Cikgu Siti.

Setelah selesai menikmati makanan di kantin, ketiga tiga cikgu ini kembali ke bilik guru. Sudah hampir jam 1 petang, Cikgu Suraya mula mengemas mejanya untuk ditinggalkan selama seminggu. 
.
"Nak bawa balik buku kerja atau tak nak ya?" bisik hati Cikgu Suraya.

Tak apalah. Cuti sekolah seminggu sahaja. Nak balik kampung pula. Rasanya tak sempat nak buka buku nanti"

Cikgu Suraya membuat keputusan. Sudah lama dia tidak pulang kampung. Ketika waktu persekolahan pula, cikgu Suraya sibuk dengan latihan bola jaring untuk pertandingan peringkat negeri. Memang jadual cikgu Suraya amat padat pada bulan 1 dan bulan 2 ni. Jadi pada cuti sekolah ni, cikgu Suraya bercadang untuk memberi perhatian kepada keluarga berbanding kerja.

Tepat pukul 2.30 petang, hati Cikgu Suraya semakin keriangan. Dia terus bersalam salam dengan cikgu-cikgu lain di bilik rindu sebagai tanda perpisahan 'sementara' selama seminggu. Apabila dia ke pejabat, dia terserempak dengan Pengetua yang sedang menghitung masa untuk berpencen.

"Jumpa lagi ya Puan. Selamat Bercuti". Sapa Cikgu Suraya kepada puan pengetua.

Selepas selesai semuanya, cikgu Suraya terus menuju ke kereta. Sempena hari terakhir persekolahan pada semester pertama, cikgu Suraya pulang awal dari kebiasaan pukul 4. Tak sabar rasanya nak mengambil anaknya dari tadika. Tak sabar nak meluangkan masa bersama keluarga. Hati cikgu Suraya keriangan tanpa menyedari ada cerita yang berbeza pada cuti kali ini....

Cerita yang tidak disangka sangka. Cerita yang tak pernah terfikir akan berlaku sepanjang perkhidmatannya sebagai cikgu. Cerita yang akan menjadi sejarah kepada dunia pendidikan di Malaysia.......

Wednesday, May 6, 2020

KENAPA PELAJAR PENDIDIKAN SAINS KENA BELAJAR DI DUA FAKULTI?


Jika anda seorang pelajar jurusan pendidikan sains di Universiti Awam seperi UKM, UM, UTM atau USM, biasanya sewaktu kuliah kita akan belajar di dua fakulti. Jika dulu saya belajar di UKM, jadi disebabkan saya pelajar jurusan Pendidikan Fizik, maka saya perlu belajar di dua fakulti iaitu Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Fakulti Pendidikan (FP). Begitu juga kalau di universiti yang lain, akan belajar di fakulti sains dan fakulti pendidikan. 

Saya ingat lagi, untuk belajar di dua fakulti ni memenatkan jika jadual kuliah adalah berturutan. Tambahan kalau di UKM, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains dan Teknologi ni bukannya bersebelahan. Bagi yang ada berkenderaan, mudah. Bila selesai sahaja kuliah di FP, boleh terus bawa kereta atau motor ke FST. Yang tiada kenderaan, terpaksalah menunggu bas. Kadang-kadang tunggu lama pun bas tak sampai lagi. Alternatifnya, terpaksalah berjalan kaki. 

Tapi, kenapa kalau pelajar pendidikan sains ni kena belajar sampai di dua fakulti?

Ini kerana untuk melayakkan seseorang menjadi guru, terdapat dua jenis pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pelajar. Yang pertama adalah  Pedagogical Knowledge dan yang kedua adalah Content Knowledge. Kedua dua ni kita namakan sebagai Pedagogical Content Knowledge (PCK). Pengetahuan-pengetahuan inilah yang perlu dimiliki oleh seorang 'bakal guru' sebelum dia menjadi seorang 'guru' di sekolah.

Jadi, apa itu Pedagogical Knowledge?

Pedagogical Knowledge ini adalah ilmu-ilmu mengenai pedagogi iaitu ilmu-ilmu mengenai pengajaran. Ilmu-ilmu ini perlu dipelajari oleh bakal guru supaya pengajaran guru menjadi lebih efektif. Atau kata yang lebih ringkas, ilmu untuk belajar cara mengajar supaya pengajaran guru memberi kefahaman kepada murid dan menarik minat murid untuk belajar. Sebab itu sebenarnya bukan senang-senang je nak mengajar. Perlu ada ilmu. Untuk membekalkan bakal guru dengan pedagogical knowledge, biasanya pelajar akan belajar mengenai teori-teori pendidikan, kaedah pengajaran dan psikologi pendidikan. Sebab itu, ilmu-ilmu ini akan dipelajari di Fakulti Pendidikan sebab di Fakulti Pendidikan pensyarah-pensyarah adalah lebih pakar mengenai ilmu-ilmu ini.

Kemudian, apa pula Content Knowledge?

Jika pedagogical knowledge tadi adalah ilmu ilmu untuk pengajaran, content knowledge pula adalah ilmu-ilmu mengenai isi kandungan pengajaran. Contohnya, seperti saya yang dulu mengambil jurusan pendidikan Fizik. Jadi saya merupakan bakal guru Fizik yang akan mengajar Fizik di sekolah. Untuk mengajar Fizik di sekolah, saya mestilah mempunyai ilmu-ilmu Fizik. Ilmu ilmu Fizik ni contohnya seperti konsep-konsep Fizik, eksperimen fizik, teori-teori fizik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini pakar-pakarnya adalah pensyarah-pensyarah Fizik di Fakulti Sains, disebabkan itulah pelajar pendidikan sains perlu belajar di dua fakulti iaitu Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains.
.
Tapi ada lagi!
.
Apabila suda memasuka era Revolusi Industri yang ke 4, ada lagi satu pengetahuan yang perlu dikuasai oleh bakal guru iaitu Technological Knowledge. Ketiga tiga pengetahuan ini, dikenali sebagai Technological Pedagogy Content Knowledge (TPACK). Nampak? Tak mudahkan untuk jadi cikgu. Sebab tu tak semua orang boleh jadi cikgu dan tak semua orang dilahirkan untuk jadi cikgu.

Hargailah guru anda!.




Tuesday, May 5, 2020

PENANGGUHAN MAJLIS KONVOKESYEN KE 64 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)


Semalam, UTM telah membuat pengumuman. Majlis Konvokesyen Ke 64 yang sepatutnya diadakan pada 24 hingga 28 Oktober 2020 ditangguhkan. Ini berikutan negara kita masih lagi menghadapi isu wabak Covid 19. Sebarang majlis perhimpunan beramai ramai termasuklah Majlis Konvokesyen ini memang tidak dibenarkan sama sekali demi keselamatan.

Sebenarnya perkara ini seperti sudah dapat dijangka. Apabila dikeluarkan larangan-larangan yang perlu dipatuhi selepas tamatnya PKP, ini memungkinkan juga untuk Majlis Konvokesyen dibatalkan. Apabila pengumuman dikeluarkan secara rasmi semalam di laman web UTM, maka akhirnya kini pastilah tiada KONVO untuk tahun ini.

Ini saya kira boleh jadi sejarah dalam perjalanan PhD saya. Kerana Covid, Konvo ditunda. Tengok, semua orang punya pelbagai kisah dalam perjalanan PhD ni. Ini salah satu kisah saya. Untuk menambah rencah rasa dan warna dalam kisah perjalanan PhD saya yang tercoret selama 5 tahun ini.

Saya telah tamat VIVA pada bulan November, 2019. Sekarang tesis masih lagi pada examiner untuk semakan. Pada musim Covid 19, terpaksa tunggu lama sikit. Memang saya menjangkakan tahun ini bolehlah nak naik pentas menerima scroll. Tapi siapa sangka kan. Kecewa? Tak. Bila dah belajar sampai PhD ni, saya lebih bersyukur ketika saya mendapat surat senat nanti. Konvo hanya pemasyhuran sahaja. Yang penting habis dan dapat surat senat. Itu yang utama dan kebahagiaan bagi saya.

Tapi tahun depan, mungkin lebih ramai penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen. Mungkin lebih lama. Mungkin kembali dibuat dua kali pada bulan 4 dan bulan 10. Tiada siapa yang tahu lagi. Apa apa nantikan saja update dari pihak UTM. Yang pasti, bila dah tahu bila tarikh Majlis Konvokesyen pada tahun 2021 akan diadakan, cepat cepatlah terus booking homestay. Kesesakan yang tinggi dijangka akan melanda ketika musim konvokesyen setelah keputusan Majlis Konvokesyen ke 64 UTM ditunda.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh terus ke laman web majlis konvokesyen UTM. www.utm.my/convocation. Jangan risau, semua persoalan boleh terjawab apabila membaca FAQ di laman web disitu. Yang nak beli jubah convo pun boleh. Mana tahu tak sabar nak melaram dengan jubah convo tahun ni juga.

Apapun, tahniah untuk semua graduan yang bakal konvo di majlis konvokesyen yang tertunda. Anda semua telah berjaya!



Sunday, May 3, 2020

Jenis Pembelajaran Dalam Talian (Online Learning)


Musim PKP ini menyaksikan guru-guru dan murid-murid 'terpaksa' menjalani pembelajaran dalam talian (online learning) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu. Hebatnya guru di Malaysia ini, seawal PKP diperintahkan, guru-guru dengan pantas mencari pelbagai alternatif untuk memastikan pembelajaran tetap diteruskan. 


Sekiranya ada guru yang jarang berteknologi, pada masa kini mereka 'memaksa' diri untuk belajar.  Pelbagai usaha dilakukan untuk terus belajar dan mengajar seperti menghadiri kelas online, belajar dari rakan sekolah dan PLC bersama guru-guru dari sekolah yang berbeza. Jelas, usaha ini tidak ternilai harganya. Memang terbaik guru-guru di Malaysia!!

Oleh kerana pada ketika ini, pembelajaran dalam talian menjadi pilihan semua rakan guru, jadi saya ingin kongsikan jenis pembelajaran dalam talian yang kita gunakan sebagai pilihan.

1. PEMBELAJARAN SEGERAK (SYNCHRONOUS LEARNING)

Pembelajaran jenis ini memerlukan guru mengajar dan murid belajar pada masa yang sama. Guru dan murid saling berkomunikasi dan berinteraksi pada masa yang sama. Contohnya seperti video conference. Guru mengajar di hadapan laptop dan pada masa yang sama murid dirumah turut belajar dihadapan laptop ataupun gadjetnya. Pelbagai platform pembelajaran dalam talian yang dapat digunakan bagi menjalankan pembelajaran jenis ini. Contohnya, jika menggunakan Microsoft Teams, fungsi 'meet now' akan diguanakan bagi menjalankan pembelajaran segerak. Fungsi-fungsi yang disediakan pada platform pembelajaran seperti 'share screen' dan 'share whiteboard' membantu guru untuk menjalankan pembelajaran jenis ini.

Antara kelebihan pembelajaran segerak dalam pengajaran dan pembelajaran adalah :

Interaksi antara guru-murid, murid-murid dan murid-isi kandungan dapat dijalankan pada masa yang sama. Ini dapat meningkatkan tahap interaksi dalam pembelajaran online. Respon murid boleh diketahui pada masa yang sama dan murid dapat berbincang dan berkolaborasi bersama guru dan murid sewaktu pembelajaran. 

Menarik bukan? Namun jenis pembelajaran ini juga mempunyai kekurangannya. Antaranya ialah :

Murid dan guru akan terikat dengan jadual pembelajaran. Terutama pada ketika musim PKP ini, kebanyakan ibubapa yang bekerja perlu bekerja dari rumah (WFH). Pada masa yang sama, anak-anak juga perlukan laptop untuk belajar. Jadi sekiranya dijalankan pembelajaran jenis ini, terdapat murid-murid yang tidak dapat mengikuti kelas secara online akibat pertindihan jadual antara adik beradik dan ibu bapa. Namun, sekiranya murid-murid kita adalah dari kalangan keluarga yang mampu menyediakan laptop untuk anak-anak, jenis pembelajaran ini amat menarik untuk dipraktiskan.Selain itu, untuk menjalankan pembelajaran jenis ini, isu teknikal seperti 'line' yang terputus putus. dan keluar dari 'meeting room' secara tiba tiba antara isu yang perlu dihadapi guru dan murid. Ini memang biasa terjadi kan!

2. PEMBELAJARAN TIDAK SEGERAK (ASYNCHRONOUS LEARNING)

Berbeza dengan pembelajaran segerak, pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran yang tidak berlaku secara serentak. Contohnya seperti, guru memberikan murid tugasan dalam talian melalui platform seperti telegram, whatsapp, Microsoft Teams. Tugasan ini perlu diselesaikan dan dihantar oleh murid pada tempoh  yang ditetapkan. Sekiranya murid menghadapi kesukaran terhadap tugasan yang diberikan, murid akan bertanya kepada guru melalui pelbagai platform pada bila-bila masa. Kadang-kadang, perbincangan juga dilakukan dengan bersoal jawab di dalam group telegram atau group whatsapp. Pada musim PKP ini, sekumpulan guru dari cikgooTube telah mewujudkan channel You Tube sendiri bagi menyediakan bahan pembelajaran kepada murid. Melalui pembelajaran jenis ini, murid boleh melayari channel-channel You Tube guru mereka, bagi membolehkan pembelajaran terus berlaku. Murid dapat mengakses You Tube guru-guru pada masa kelapangan mereka dan dapat juga bersoal jawab dengan guru melalui whatsapp atau telegram kelas. 

Seperti pembelajaran segerak, pembelajaran tidak segerak turut mempunyai kelebihan. Antaranya ialah :

Masa pembelajaran yang lebih fleksibel apabila murid dan guru tidak terikat pada jadual pembelajaran. Kekangan-kekangan yang dihadapi pada musim PKP ini memungkinkan jadual pembelajaran yang lebih fleksibel diperlukan murid bagi memastikan murid tetap belajar. Selain itu, pembelajaran jenis ini juga dapat mengurangkan stress dikalangan ibu bapa yang 'terpaksa' menguruskan anak-anak dan juga bekerja pada masa yang sama. Jika pembelajaran jenis ini dijalankan, ibu bapa boleh menyesuaikan jadual waktu pembelajaran anak dan jadual bekerja bagi memantau pembelajaran anak di rumah. 

Tetapi, pembelajaran jenis ini juga punyai kekurangan. Antaranya ialah :

Oleh kerana pembelajaran jenis ini tidak berlaku pada masa yang sama, maka ini memungkinkan terdapat murid yang berasa 'terpisah' dari guru dan rakan dalam pembelajaran. Ada yang ingin bertanya soalan, tapi malu. Ada yang sudah bertanya soalan, tapi mendapat respon yang lambat dari guru dan rakan. Perkara-perkara ini menyebabkan pembelajaran jenis ini umpama mengasingkan murid untuk berinteraksi dengan aktif di dalam 'chat room'

3. PEMBELAJARAN CAMPURAN (BLENDED ONLINE LEARNING)

Pembelajaran jenis ini melibatkan campuran antara pembelajaran segerak dan pembelajaran tidak segerak. Sebagai contoh, guru mengadakan video conference. Kemudian disusuli dengan tugasan yang dibincangkan melalui platform whatsapp atau telegram. Pembelajaran ini membolehkan guru berinteraksi dengan murid pada masa yang sama dan disusuli dengan pembelajaran yang tidak berlaku pada masa yang sama. Pembelajaran jenis nampak lebih menarik bukan?

Apa pun jenis pembelajaran yang ada, pemilihan jenis pembelajaran perlulah mengambil kira faktor murid. Murid di bandar tidak sama seperti murid di kampung. Akses internet dibandar adalah lebih pantas berbanding dengan akses internet di kampung. Begitu juga murid di sekolah elit tidak sama dengan murid di sekolah biasa. Murid di sekolah elit mungkin kebanyakannya memiliki laptop atau gadjet lengkap dengan internet untuk menjalankan pembelajaran dalam talian. Manakala murid di sekolah biasa, mungkin ada yang perlu berkongsi laptop dengan adik beradaik yang lain bagi meneruskan pembelajaran. Kenali anak murid kita, kemudia kita buat pilihan jenis pembelajaran apa yang sesuai di gunakan.



Saturday, May 2, 2020

PKP : Bengkel Dalam Talian Syoknya Teroka Ilmu Dirumah Dari Pusat STEM Negara

Minggu ini telah masuk minggu kedua diadakan Bengkel Dalam Talian Syoknya Teroka Ilmu Dirumah anjuran Pusat STEM Negara. Bengkel bengkel ini dikendalikan oleh Jurulatih Utama (JU) Pusat STEM Negara yang terdiri dari guru-guru yang berpengalaman dalam bidang STEM.
.
Sepanjang minggu pertama diadakan, bengkel-bengkel ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Komen-komen yang positif diterima bagi menyatakan sokongan terhadap bengkel-bengkel yang diadakan.

Menariknya, pada akhir bengkel ini, murid -murid boleh mencuba aktiviti yang ditunjukkan sewaktu bengkel dirumah, merakam dan menghantarnya ke Pusat STEM Negara. Video yang terbaik akan diberikan hadiah misteri dari Pusat STEM Negara. Mmm..bestnya!

Pada minggu ini, sebanyak 6 bengkel lagi akan dijalankan bermula Isnin, 4 Mei 2020 jam 10 pagi. Jadual pada setiap bengkel tertera pada setiap poster. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai bengkel ini! 











Friday, May 1, 2020

PKP : GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKTOR PENDIDIKAN

Sempena Hari Pekerja, 1 Mei 2020, Perdana Menteri Tans Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan garis panduan yang perlu dipatuhi bagi pembukaan perkihmatan. Tak terkecuali sektor pendidikan. Berdasarkan garis panduan ini, terdapat beberapa larangan yang perlu dipatuhi jika sekolah dibuka nanti.
.
1. Aktiviti bersukan tidak dibenarkan semasa sesi persekolahan. Ini bermakna tiada Pendidikan Jasmani, tiada perkhemahan, tiada sukan tahunan sekolah pada tahun ini bagi sekolah yang belum buat lagi (macam sekolah saya). 

2. Aktiviti kokurikulum bersemuka juga dilarang. Maka, perjumpaan kelab dan persatuan  tiada pada tahun ini. 

3. Perhimpunan sekolah juga tidak boleh dijalankan. Oleh itu, pihak pentadbiran sekolah perlu merangka kaedah untuk menyampaikan pesanan kepada murid tanpa perlu berhimpun. 

4. Sebarang bentuk majlis ataupun program. Tiada program tambahan kepada murid. 

Berdasarkan garis panduan ini, digambarkan murid ke sekolah hanya untuk belajar tanpa sebarang aktiviti, program dan perhimpunan. Murid yang dibenarkan kesekolah pula hanyalah murid tingkatan 5 dan tingkatan 6. Langkah ini dilakukan bagi memastikan penjarakan sosial berlaku disekolah. Langkah-langkah kebersihan juga perlu ditekankan oleh pihak sekolah dengan cara membekalkan hand sanitizer dan memastikan murid menjaga kebersihan. 

Yang pasti, ini adalah norma baru dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tidak mudah untuk melaksanakan. Tapi sekurangnya jika garis panduan ini dipatuhi, kita dapat mengurangkan risiko jangkitan wabak ini di kalangan anak anak kita. 

Bila tarikh pembukaan sekolah? Masih belum diputuskan lagi. Menurut Dato Dr Noor Hisham, isu ini akan dilihat dalam tempoh 4 minggu lagi. Makluman rasmi mengenai pembukaan sekolah belum diumumkan lagi. 






KLUSTER MURID WAKTU MUSIM PKP



1. KLUSTER SETIA MENANTI

Kluster jenis ni sangat setia. Setiap kali kelas online secara video call mesti ada. Siap jadi orang pertama yang 'join meeting'. Tak cukup secara video call, segala sumber komunikasi online, Telegram, Whatsapp dia cuba hubungi cikgu dia kalau ada soalan nak tanya. Kluster macam ni memang buat hati cikgu lega. Ada motivasi sendiri untuk belajar walaupun dimana mana. Selalu kluster ni jenis yang menempah jalan jalan kejayaan buat dia. 

2. KLUSTER CEKAL

Kluster ini jenis yang bersemangat setiap kali nak belajar. Setiap kali kelas online secara video call dia mesti nak join. Tapi musim PKP ni, bila tinggal dirumah internet tak stabil pula. Baru je nak online dah terputus putus. Tapi jenis kluster ini, tak mudah putus asa. Dia akan cuba dan terus mencuba sehingga habis waktu belajar. Tak cukup dengan tu, dia hubungi cikgu pula. Kluster jenis ni pun buat cikgu rasa lega. Punya semangat yang tinggi nak belajar, tapi diduga.

3. KLUSTER DUGAAN MELANDA

Kluster ini jenis yang bersemangat. Tapi sedihhh dugaan melanda. Atas beberapa faktor, memang tak dapat nak online. Selalu hilang dari radar. Nak hubungi cikgu pun tak dapat. Tapi dalam hati meronta ronta. Nak buat macam mana. Dugaan melanda. Jadi sebagai alternatif, dia tak tinggal terus belajar. Tapi cuba belajar sendiri dari sumber yang ada.

4. KLUSTER DIAM UBI BERISI

Kluster jenis ni  sentiasa diam ketika beronline. Dia ada. Tapi macam tiada. Jika ada kelas secara video call/live, dia macam chipsmore. Sekejap ada. Sekejap tiada. Tapi dalam diam-diam, dia rajin belajar dengan you tube channel, buat latihan cikgu bagi. Tak cukup dengan itu, siap tanya latihan dari kawan-kawan sekolah lain. Tapi dengan kawan sahaja. Dia suka bertanya dengan kawan kawan. Dengan cikgu, memang diam tanpa khabar berita. 

KLUSTER TIKTOK

Kluster jenis ni punya isu nak online. Kalau tak internet problem, gadjet nak online tak ada. Kena kongsi dengan adik beradik. Tapi tak mengapa, memandangkan tempoh PKP ni cikgu tak ada depan mata, jadi cikgu mungkin faham kenapa selalu tak ada setiap kali kelas online. Tak apa. Tak apa. Cikgu faham. Taaaapiiiii...bila dah boleh online. Dah ada sumber internet, tak di cuba nak mesej cikgu bertanya mengenai pelajaran yang dah tertinggal. Lebih baik tik tok dulu, update twitter dulu, sebelum buat kerja-kerja yang cikgu bagi. Kerja sekolah? Relax. Tak payah buat. Sekarang kan PKP.

KLUSTER TIDUR ITU INDAH

Kluster jenis ni tak ada isu nak online. Internet kat rumah laju. Gadget pun ada Nak laptop, mak bagi. Nak handphone ayah belikan. Tapi bila time nak buat kelas online, tiba tiba dia senyap menghilang. Tak tahu pergi mana. Mungkin ambil alih tugas jadi ketua keluarga. Cikgu pula tunggulah dekat meeting room tapi hanya beberapa orang je yang ada. Kalau ada pun, bila ditanya, semu krik krik saja. 

Jadi musim musim PKP ini, kamu jenis kluster yang mana? 



Friday, July 7, 2017

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI

Ok, hari ni saya nak buat sikit review tentang produk yang memang saya dah guna and sangat puas hati. Dtox Natural Sendayu Tinggi.
.
Sebenarnya ni produk first dari Sendayu Tinggi yang saya beli setelah follow instagram kak Yati Sendayu Tinggi. Tengok macam banyak sangat review yang tentang produk ni, so kita pun rasa nak try lah. Lagipun, memang saya selama ni cuba untuk Dtox, buatlah air lemon plus halia, tapi result macam takde effect sgt. Pernah juga beli macam macam jenis teh Dtox dengan harapan dapat membuang di pagi hari, tapi takde pun nak rasa sakit perut pagi pagi and bergegas ke toilet. So feel dia tak tak puas sangat. Memang degil betul badan saya ni. Huh! Thats why saya rasa nak try Dtox Natural dari Sendayu Tinggi ni. Tengok harga dia pun ok je. Bagi saya affordable. So memang teruja nak beli.
.
First saya beli di Sendayu Tinggi Kuantan. Jauh sangat pergi kan dari KL ke Kuantan. Sebab kebetulan time tu balik dari Cherating, lalu Kuantan, nampak la outlet Sendayu Tinggi tepi jalan, gigih la minta suami pusing and cari jalan nak pi outlet balik. Nasib baik suami rajin nak melayan kerenah isteri ni.
.
So bila dah balik KL tu, malam nya terus cuba. Rasa memang best. Sedap. Tapi manis sikit kalau letak air sikit je. So kalau nak kurangkan manis, tambah lah air tu. Ikut kesuaian rasa kita kan. Minum sebelum pukul 9 malam. Kadang kadang ada je saya pernah terlajak lebih dari 9 malam. Tapi tak lebih dari pukul 10 malam la. Kenapa kena minum dalam tempoh waktu tu? Rasanya untuk dtox tu betul2 digest dalam perut kot. Not sure. Tapi saya rasa tu jawapan dia. Nak tahu jawapan yang betul, kena tanya Kak Yati Sendayu Tinggi saya rasa. Maybe, she have the answer.
.
Pagi nya bila bangun dari tidur, terus bergegas nak ke toilet. Nak membuang lah. And bila membuang tu, saya rasa puas sebab najis tu tak macam biasa. Dia cair. So memang konfiden dtox ni menjadi lah. So bila dah timbul rasa puas hati tu, mula la hari hari kita minum dtox ni kan. And lepas minum ni, badan memang rasa segar. Sampaikan rasa, kalau tak minum, terasa badan ni "lain macam". Maybe sebab dah hari hari kita mencuci usus, kurangkan makan makanan yang berminyak, and banyakkan minum air putih, so badan pun memang dah programme jd segar je.

And kalau cerita bab kekurusan badan ni, alhamdulillah. Berat pun dah turun 7kg dalam tempoh 3 bulan. Berat sebelum 72kg. Berat sekarang 65kg. Ada 5 kg nak kena struggle. Tapi sebenarnya mission saya adalah nak sihat. Jaga pemakanan, jaga usus. And saya percaya bila benda2 tu kita jaga, insha Allah berat pun boleh turun. Al maklumlah dah masuk usia 30 an ni, ada banyak benda yang kena berjaga jaga.
.
Kalau korang nak beli, saya sangat sangat recomended: Sebab
1. Menjadi
2. Rasa sedap
3. Harga murah
.
Kalau nak beli, boleh terus ke website Sendayu Tinggi atau melalui ejen ejen Sendayu Tinggi. Korang tengok je dekat instagram Sendayu Tinggi, memang banyak ejen Sendayu Tinggi dekat situ. Mana tahu ada yang berhampiran dengan korang. Yang mana tinggal berhampiran dengan outlet Sendayu Tinggi, boleh juga terus ke outlet Sendayu Tinggi. Boleh juga korang tengok tengok barang lain yang menarik jiwa dan meracun korang nanti. Hihi. All the best!

Sunday, June 18, 2017

PHD IS A LONELY JOURNEY

"PhD is a lonely journey, others may walk it with you, BUT nobody can walk it for you"
.
Have you ever heard this before?
Yes, this is the situation that you have to face for all Phd students. Eventhough you have a good friends and familes that always give their full support along your phd journey, BUT you still feel lonely in your journey to get your scroll. In your journey to get your "Dr"
.
Why this should happen?
Phd is a journey about you and your research. Your research will give a new contribution to the knowledge in your area. Your research is yours. Only you will understand your research. Not even you supervisor, family and friends. Its only you understand it well.
.
Yes, i admit, even though you have a good support system during your phd journey, who always understand you....BUT to finish this journey, you have to finish it by yourself. If we are blur or stuck, yes we can seek their opinion. And yes, maybe one of them can be a good advisor to you, But they will not help you in your research 100%. Because they will not understand 100% about your research. And..oh! Even though they are understand it and you trust them, but the fact is still NOT. Because you have also consider either their philosophy is same with you. It not, how they want to drive you in the same way with you?
.
Phd is very complicated. Its not depends on how clever you are, BUT how clever you are to manage and control yourself in order to achieve the success that you want. Thats why, the meaning behind success is sacrifice, tears, survive and blood. You have to sacrifice everything! Families and money absolutely.
.
How you want to beat your loneliness during your phd journey?
1. Enjoy yourself. Enjoy with your research. If you are not feel so, you have try to find the answer for this question : "Why I want to do this research?"
If you have enthusiasm towards your research, you will reduces the level of loneliness in yourself.
.
2. Reward yourself. Dont over focus. Sometimes we want to catch up the due date. But, dot forget about yourself too. If you dont this, i am worried, one day you will burnt out with your own research. Go shopping, movies, hang out with friend, do what ever you like as long as you can reward yourself and soon after that you can back to your research with more energetic.
.
3. Always discuss with your supervisor. Why he/she be a supervisor? Because he/she have a phd experience before you. With he/she experience, he/she can advice you about the shoud and shouldnt that you have to do during your phd.
.
4. And, the last but not least, dont keep your research too secret. Tell everyone about your research. That what attend conference and seminar also good for you to networking and communicate about your research. Dont have a feelings that someone one to copy your research. Sarcastic! Unless, he/she steal your tesis and copy one by one that you can say its "liar".

So, for those who want to start their Phd journey, welcome to the lonely world. Day by day, you will feel that, life is all depends on you. Feel it. Experience it.
.
Sorry for the messy and "rojak" post. Sometimes, it is easy to write in english more than malay. Just do whatever you feel comfortable and happy right?
.
Ok, back to my research mode now!

Sunday, June 11, 2017

KEBURUKAN MEMOHON CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH

Assalamualaikum. Salam Ramadhan dan Salam Nuzul Quran.
.
Post ni pun macam dah lama ditinggalkan ye. Ini juga post kesinambungan dari entry yang lepas tentang "Kebaikan Memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh"
.
Bila ada kebaikan, as usual mesti ada keburukan kan. Actually, tidak lah terlalu disaster sangat. Perkataan "keburukan" tu macam terlalu extreme for me. But, untuk setakat ni, I dont have any words yang sesuai nak menggantikan perkataan tu, jadi saya gunakan dulu. If readers have any good ideas, can drop a comment :). Really appreciate.
.
So, straight to the point, apa perkara yang akan berlaku setelah kita memohon cuti belajar bergaji penuh?
.
1. BERSEDIA UNTUK REPOSTING
Untuk guru yang menyambung belajar bergaji penuh, setelah tamat cuti pelajar, anda kena bersedia mengahdapi kenyataan yang anda tak akan kembali ke sekolah lama anda semula. Once dah buat keputusan untuk bercuti, dah tinggalkan sekolah, means you have to leave everything! Life is not same as before dah. Kalau dulu kat sekolah lama mungkin anda dah rasa selesa dengan jawatan dan tugas tugas yang anda pegang di sekolah. Tapi, bila dah berpindah ke sekolah baru, as usual, semuanya akan bertukar! So dont expect it will be same. 

Dan yang tak best nya, jika sekolah di kawasan rumah anda tu tiada kekosongan, maka bersedialah untuk berpindah ke tempat baru, kawasan baru, negeri baru. You have to start all over new again. Kalau dulu sebelum sambung belajar, sekolah anda mungkin depan rumah je. Lepas habis cuti belajar, bersedialah untuk terima hakikat yang kita tak mungkin kembali ke sekolah lama. Unless, kalau you ada "good kabel" . Ini saya tak nak ceritalah. Itu saya rasa kes lain. Tapi hakikatnya, inilah yang bakal berlaku. 
.
2. KEMELESATAN EKONOMI
Tadaaa...ni pun menarik juga untuk dikupas. Kalau sebelum bercuti belajar, anda rasa duit gaji anda banyak dan boleh berjoli and and arasa kalau cuti belajar bergaji penuh pun duit anda akan bertambah banyak sebab ada support dengan biasiswa, i will said, you are totally WRONG!. Walaupun ada biasiswa, rasa duit banyak, namun dengan keadaan ekonomi sekarang, anda akan rasa, makin lama sambung belajar, makin nipis duit. Silap silap simpanan pun menipis! Serius! Ini pengalaman yang saya kongsikan dari beberapa sahabat yang turut sama sambung belajar.
.
Kenapa jadi macam ni? Bukan ke dah dapat biasiswa ke?
Sebabnya waktu sambung belajar ni, macam macam nak pakai duit. Beli buku, photostat, beli alat tulis. Walaupun ada je kerajaan sponsor wang bantuan setiap tahun RM 250, tapi kalau dah belajar peringkat sarjana/phd ni, harga buku bukan sama macam harga buku rujukan SPM. Malahan lebih mahal lagi sampai beribu! Tu belum masuk lagi kalau buat kajian jenis eksperimenatl yang nak kena beli bahan dan segalanya. Duit travel dan belum lagi masuk duit kecelakaan yang diluar duga macam laptop rosak, hard disk rosak, printer rosak dan macam macam lagi lah perkara yang diluar duga. Serius tak cukup. Walaupun orang dengar macam kita kaya je bila gaji pun dapat, biasiswa pun dapat. Itu indah khabar dari rupa je la.

Tapi apa pun, masih bersyukur sebab dapat biasiswa. Kalau tak dapat, dah masuk taraf kategori asnaf kot. 
.
3. HIDUP ANDA DIHANTUI TESIS TESIS DAN TESIS
Jika anda rasa waktu bercuti ni zaman anda hepp heepp hooraay...hello...kalau dah tiap minggu kena kejar dengan Supervisor nak horay horay apa nya. Makan tak kenyang, tidur tak lena nak kejar dateline itu biasa. Kalau di sekolah, you do the sanme routine almost everyday, pergi kelas, balik kelas, buat kerja pengkeranian. Tapi nak ni bila dah sambung belajar, dia ada tambahan sikit. Buat kerja pengkeranian pun memang dah buat dah, tapi tiap hari kena berfikir 'the new' things tentang tesis anda. Tu yang berhantu tu!
.
Ok, saya tulis 3 dahulu. If ada tambahan, saya akan add on :). Tapi jgn jadikan post ini sebagai pematah semangat untuk terus sambung belajar. Perjuangan sentiasa ada cabaran. Jika kita dah berjaya melalui cabaran ini, insha Allah kita kan berubah menjadi orang 'baru' dalam hidup kita.
.
All the best to all!

Sunday, April 16, 2017

Zulaikha Selepas 3 Bulan di Aulad As Sofa

Ini kiranya macam kesinambungan dari entry yang terdahulu. Sebagai seorang ibu yang baru ada pengalaman pertama untuk menghantar anak ke sekolah, of course banyak benda yang saya risaukan. Elok kah dia di sekolah? Mampu nak terima ke dengan environment di sekolah? Hati ibu yang penuh kerisauan kan. Kalau hati bapa, dikatanya semua ok. Woman Vs Man :)
.
Sebab tu kalau setiap hari ambil Zulaikha dari sekolah, dan dia senyum panjang je, perasaan pertama bila tengok dia, mestilah rasa lega. Rasa lapang dada bila tengok Zulaikha mampu belajar walaupun hanya pada usia yang belum cukup 3 tahun pun. Alhamdulillah, memang Zulaikha very easy daughter.
.
Dan selepas 3 bulan di Aulad As Sofa, memang saya rasa satu perkembangan positif buat Zulaikha. Hari pertama dia masuk ke Aulad As Sofa. Nangis. Hampir nak dekat sebulan juga nangis setiap kali nak hantar pada awal pagi. Tiap kali hantar ke sekolah, setiap itu hati berzikir supaya jangan la Zulaikha nangis. Tapi sampai je dekat tangga Aulad As Sofa, berperang ummi nak hantar. Bila tanya pada ustazah, dia ok je dalam kelas. Berdebar.
.
Tapi dalam menangis dia tu, dua minggu lepas dia ke Aulad As Sofa, dia dah pandai baca Al Fatihah walaupun pelat. Pada waktu tu, saya yakinlah dengan kata kata ustazah, memang dia ok. Cuma waktu nak hantar tu je drama. Kalau dalam tempoh 2 minggu pun dah dapat hafal surah Al Fatihah, maksudnya anak saya memang dapat sesuatu setiap hari bila ke sekolah. Cuma drama pagi pagi jela yang lebih. :)
.
So, as a parents, bila tengok Zulaikha ada perkembangan positif macam ni, saya mula bagi galakkan pada dia. Kadang kadang di rumah atau sambil drive tu, saya tanya juga apa surah yang dia dah boleh baca. Dan hasilnya? Dari surah Al Fatihah, dia sekarang sudah boleh hafal surah Al Ikhlas dan surah Al Kauthar, selepas 3 bulan di Aulad As Sofa. Alhamdulillah.

Kadang kadang tentang hafalan surah ni terlepas pandang jugak nak ajar anak di rumah. Sebab kan ummi Zulaikha ni cikgu Fizik, so selalu lah Zulaikha ni belajar mengira, mewarna, (typical academic teacher). Tapi bila sedar anak saya ni dah boleh menghafaz beberapa surah, saya pun jadi terdorong untuk bantu dia lagi. Education is not depends 100% in school.
.
Solat pun Zulaikha ada belajar di sekolah. So sekarang ni kalau time solat tu, memang dia pun sibuk sekali lah nak solat bersama ummi dan abbi. Lepas tu mengajar kita pulak.
.
"Ummi, imam dulu la"
"Ummi, baca doa"
.
Memang ada kami ajarkan dia solat juga, tapi bila environment tu ada di sekolah dan di rumah, insha Allah dia akan jadi habit. Repetition is a mother of success. Sebab itu kami hantar dia ke Aulad As Sofa supaya Zulaikha dapat belajar dalam environment islamic seperti yang kami mahukan. Lega lah hati ummi nak menulis tesis macam ni kan. :)
.
Bulan ni (Bulan Mei) Zulaikha akan genap umur 3 tahun. Bila dah nak masuk umur 3 tahun ni, Zulaikha dah pandai hafaz beberapa surah, baca doa untuk ibu bapa, pandai nak zikir lepas solat, saya rasa keputusan untuk tukarkan Zulaikha dari taska lama dia ke Aulad As Sofa adalah yang terbaik buat Zulaikha. Hari hari lalu depan Daqwah As Sofa, Zulaikha pun cakap, nanti dah besar, Zulaikha nak sekolah sini. Insha Allah nak. Semoga Allah permudahkan urusan kita di masa hadapan nanti.
.
Sekarang, ummi yang kena belajar lebih nampak nya. Belajar nak hafaz quran juga. Sekurangnya boleh bantu anak menghafaz ketika dalam kereta atau waktu 'dating' kami berdua. Semoga ini juga jalan untuk menjadikan ummi dan abbi ke arah insan yang lebih baik, yang lebih dekat ke jalan Allah.

Wednesday, March 29, 2017

KEBAIKAN MEMOHON CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (BIASISWA HLP)

Hye, i'm back. 😁😁😁
.
Hari ni saya nak kongsikan tentang kebaikan memohon cuti belajar bergaji penuh. Mana tahu kalau post ni boleh membantu korang dalam membuat decision untuk mohon biasiswa atau tidak kan. Kan first step untuk berjuang tu, akan datang bersama keraguan. Jadi, selain beristikarah, ini saya ceritakan kebaikan yang best best kalau korang bercuti belajar ni. Mohon korang teruja (HAHA).

Sebelum tu, saya nak buat sedikit disclaimer lah ye :
1. Kebaikan yang saya senaraikan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. So, mungkin berbeza dengan yang lain. Hanya pengalaman peribadi sahaja.
2. Segala fakta yang saya berikan, sekiranya salah dan jika ada, itu adalah dari kekhilafan saya sendiri. Tak terlibat dengan mana mana pihak.
3. Cuti bergaji penuh yang saya maksudkan disini adalah bagi pemegang biasiswa HLP. Untuk kakitangan kerajaan setahu saya, inilah tawaran biasiswa yang ada untuk bercuti bergaji penuh.
4. Cuti bergaji penuh adalah bermaksud, kau tak pergi kerja langsung, tapi dapat gaji (WOW!!) tapi kena pergi belajar la. Bukan goyang kaki.
.
Bila korang memohon cuti belajar bergaji penuh, tawaran untuk bercuti (Yahoo!!) diberikan selama tiga tahun bagi pengajian PhD dan 2 tahun (kalau saya tak silap) untuk pengajian Sarjana. Kalau dulu, kalau tak habis study dalam tempoh yang diberikan ni, korang boleh extend lagi. Tapi sekarang ni, dengan keadaan ekonomi dan banyak sangat kes kes yang extend ni, so kalau tak habis study dalam tempoh yang ditetapkan ni, korang boleh dibenarkan extend. Tapi setelah dicadangkan oleh SV dan diluluskan oleh pihak Kementerian. Bila kau extend tu pulak, biasiswa dah tak layak dapat. So memang bergantung pada duit gaji je la untuk bayar yuran dan segala perbelanjaan pengajian.
.
So straight to our topic today, nak share dengan korang kelebihan bila korang dapat cuti belajar ni adalah:
.
1. PENGALAMAN BARU - Korang akan dapat pengalaman baru di universiti, kawan baru, ilmu baru, Memang best. Dah 10 tahun ngadap students, cikgu dan pengetua je. Sekali sekala ubah angin memang best tau. Jadi students balik. Tua tua pun pergi library. Kalau dulu zaman muda malas kemain. Sekarang, ha rasakan. Hehe.
.
2. BEBAS DARI PUNCH CARD - Ni part best jugak. Korang boleh plan nak pergi mana sesuka hati tanpa ada punch card. Tapi kena plan betul betul la. Jangan suka hati sangat sampai tak belajar then kena extend. Pastu akhirnya kau merana. Maksud saya, selama cuti ni korang tak payah dah la tergesa gesa keluar rumah sebelum subuh. Korang boleh plan kan masa korang dalam sehari macam mana. Asalkan tak tinggal kerja hakiki. SV saya pesan, untuk students full time, buat kerja at least 8 jam sehari. So pandai pandai la nak bahagikan 8 jam tu macam mana.
.
3. TAK PAYAH MINTA CUTI - Ini pun satu kelebihan jugak saya rasa. Korang tak payah beria nak mohon cuti isi borang itu dan ini. Kalau ada emergency, just msg SV maklumkan dia. Ni kelebihan kalau tiba tiba anak sakit, korang ada la peluang nak jaga anak sambil tulis tesis. Kalau korang kerja, kan cuti tu limited. Anak belum sihat, dah dalam dilema nak kena hantar pengasuh/nurseri. Ni kira bonus la. Tapi lepas tu, pandai pandaila cover balik masa tu. Buat waktu malam ke pulak. Untuk berjaya dalam pengajian PhD atau Sarjana ni, discipline is a key! Orang suruh cuti belajar. Bukan cuti berfoya foya.
.
4. NETWORKING BARU- Bila korang dah ambil cuti belajar ni, gunakanlah peluang yang sebaik nya. Sebab peluang yang ada sekarang, korang akan gunakan di masa hadapan. So bila korang ada peluang pergi conference ke, kolokium ke, korang pergi lah. At least, korang bukan sahaja dapat ilmu, tapi dapat juga networking baru. Kawan baru. Kan best kalau ramai kawan. Bagaikan ada sejuta pengalaman tau. :)
.
So, ini adalah antara kelebihan dia kalau korang dapat cuti belajar bergaji penuh. Tapi setiap kelebihan tu akan datang jugak dengan kekurangan kan. So next entry saya akan ceritakan pula kekurangan cuti bergaji penuh ni. Moga apa yang saya kongsikan dapat membantu korang untuk membuat keputusan. All the best!!


Sunday, March 26, 2017

ZOO KEMAMAN YANG MENYEDIHKAN

Sempena anniversary bulan dua yang lepas, sempatlah saya dan family ke Cherating. Why we choose Cherating? Konon konon nak berehat di tepi pantai nan indah kan. Plus, saya ni memang peminat pantai timur food, so pergi pantai di kawasan pantai timur, akan jadi pilihan pertama walaupun sibuk nak selesaikan tesis PhD yang masih dalam progress ni.
.
So, seperti biasa, sebelum pergi kemana mana, we will start with plan. And yang jadi kaki plan ni, most of the time memang saya lah berbanding suami. So bermula dengan aktiviti google, saya pun menggoogle dan menyenaraikanlah tempat yang menarik sekitar cherating. So takde la nanti asyik nak memandang laut je kan. Ko mampu?
.
Hasil pencarian di google, saya pun terjumpalah beberapa aktiviti yang menarik yang boleh dibuat di Cherating. Antara nya saya senaraikan di sini
.
1. Melihat kelip kelip
2. Snorkeling di Pulau Ular
3. Melihat flora dan fauna di sepanjang Sungai Cherating
4. Melawat Zoo Kemaman
5. Melawat pusat sanctuari penyu
.
So ini antaranya lah yang boleh di buat di Cherating. Kalau korang dari KL, boleh lag singgah Kuantan, singgah ke Pusat Konservasi Gajah, Teluk Chempedak, so sebenarnya banyak. Tapi depends pada plan masing masing lah kan. Pada saya, sebabkan kalau kemana mana pun tujuan nya adalah untuk menghappy kan anak, saya pun decide nak bawa ke Zoo Kemaman setelah beberapa kali anakku request nak pergi zoo.
.
Dari review, ok..not bad lah juga saya rasa Zoo Kemaman ni. Ada mini theme park, ada jambatan gantung, wah dalam hati sebelum pergi dah rasa best dah ni. Mesti happening jugak ni.
.
Tapi bila dah sampai, rasa macam indah khabar dari rupa je. Kami sampai awal. Pukul 10 dah sampai sebab jangkaan kami kalau zoo ni menarik, pastilah nak spend masa yang lebih lama kan. Nak tengok gajah, harimau, buaya. Yang menarik bagi kanak kanak.
.
Mula mula kami sampai, kami nampak ostrich. Nampak ostrich ni kurus je. Tapi rupanya tu anak ostrich, ada la lagi mak dia yang besar, ok..not bad sangat lah sebab ostrich macam takde excited sangat nak tengok.
.
Bila dah berjalan makin lama di Zoo Kemaman ni, kami dah mula rasa tak menarik. Sebabnya? Banyak sangat kawasan haiwan yang dalam proses pembaikan. Memang tak banyak lah sangat haiwan nya seperti yang disangka. Kalau ada pun, kawasan dia pun macam tak ada pembersihan. Kolam ikan berkeladak, kolam buaya pun dah hijau dah. Sedih pulak tengok nasib haiwan kat dalam zoo ni, dah la terkurung, tak terjaga pulak tu. Tiba tiba je rasa sedih.
Banyak tempat yang dalam proses pembaikan, tapi ini je yang saya snap sebab mood dah kelaut ...

Hai buaya, masih boleh bernafas kah?

Nak tengok harimau, harimau pun ada seekor ja, gajah pun seekor je, monyet ada seekor yang kami nampak, orang utan ada dalam 3, 4 ekor. Banyak la jugak. Ikan hanya ada ikan kelisa yang besar tu je dalam satu kolam yang berkeladak. So, korang boleh bayangkan betapa tak fun nya kami rasa bila di Zoo ini.
.
Gajah makan apa tu?

Bila kami jalan lagi, kawasan water theme park dan jambatan gantung yang diwarwarkan kata fun tu pun dan tutup. Kosong je. Patut la sunyi kawasan zoo ni. Bagi saya sunyi dan menyedihkan. Sekarang, berharap sangat adalah action pemulihan terhadap Zoo Kemaman ni. Zoo dah besar. Ok dah. Tapi penyelenggaraan terhadap haiwan saya rasa kurang. Haiwan pun nampak macam tak makan dan tak mandi. Adoi, kesian!
.
Jambatan gantung yang tergantung 

Harapan saya, ada pihak berwajib yang akan mengambil berat terhadap keadaan zoo kemaman ni. Semoga dia tak terus luput dan kekal menjadi pusat tarikan buat pelancong suatu hari nanti.



Wednesday, February 1, 2017

PERMOHONAN BIASISWA HLP (SARJANA DAN PHD) BUAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KPM TAHUN 2017

Jeng jeng jeng.

Now, its OPEN!
Permohonan biasiswa HLP untuk pengajian Sarjana dan PHD buat pegawai perkhidmatan pendidikan KPM tahun 2017.

So bagi yang berminat nak sambung belajar dengan bercuti penuh, korang boleh tengok link ini.


Dah klik link ni, korang bacalah betul betul syarat yang diperlukan untuk memohon biasiswa ini. Kalau betul betul rasa nak sambung belajar, buat betul betul. Ini satu permulaan langkah pertama untuk berjuang tau! Bukan untuk bercuti relax berhorray horrey dari sekolah. Mana mana pun akan ada rasa tekanan dia. Even belajar atau mengajar. So, sebelum nak ambil, perbetulkan niat dulu. Bercuti belajar bukan bermaksud untuk bersenang lenang.

Cepat cepat isi borang, cepat cepat buat proposal (kalau belum buat) dan cepat cepat hantar. Macam saya dah tulis dalam entry sebelum ni, tindakan yang pantas tu pun akan mempengaruhi kejayaan korang nak dapatkan biasiswa ni. Sebab kalau dah last minutes, pegawai kat JPN pulak tak ada, jangan korang meroyan sorang sorang marahkan pegawai ya!

So, good luck kawan kawan yang baru mula untuk berjuang. Buat yang konfius konfius lagi nak mohon atau tak, next entry saya akan tuliskan pro and cons memohon biasiswa ni. Ok? Setiap perkara mesti ada benda yang baik dan buruk kan. Moga jadi panduan buat korang nanti.
.
All the best!!

Wednesday, January 4, 2017

6 Persediaan Sebelum Memohon Biasiswa HLP

Ini entry yang dah lama betul nak tulis tapi tak tertulis tulis.Sampai dah nak habis cuti belajar dah pun.Sebelum tu, ini adalah pengalaman. So, depend nak follow ke tak. Kalau yang baik tu mungkin boleh jadikan panduan dan kalau yang tak sesuai tu, tinggal tinggalkan lah.
.
Sekarang ni pun saya dah di tahun akhir cuti belajar. Berbaki setahun lagi. Kejap betul masa berlalu. So, boleh la cerita sikitkan macam mana pengalaman saya waktu mohon cuti belajar dengan biasiswa dulu.
.
Lepas saya habis belajar master (part time), memang niat ni membuak buak nak sambung belajar lagi. Belajar ni fun kot! Plus saya ni jugak dah mula jatuh hati dengan dunia research. So, memang usaha gigih la untuk sambung belajar, tapi memang kali ni dah niat, kalau sambung PhD, nak ambil cuti belajar sebab macam dah tak sanggup untuk hidup dalam huru hara bila sambung belajar secara part time.
.
Kali pertama saya mohon, GAGAL. GAGAL sebab tak cukup syarat. Syarat dia kena setahun lepas habis belajar master baru mohon. Saya belum cukup setahun dah mohon. Hehe. Mencuba nasib tak salah. So, tahun berikutnya saya try apply lagi. Kali ni lebih lengkap preparation dia. Antara preparation yang saya buat sebelum memohon biasiswa adalah :
.
1. MOHON RESTU SUAMI
Kalau yang dah berkahwin, first thing foremost of course as a wife, kita minta resti suami dulu. Kalau belum, minta restu ibu bapa. Sebab apa minta restu? umum memang tahu lah keberkataan dari suami dan ibu bapa tu penting and tambahan lagi, sebenarnya proses pembelajaran ni macam satu perjuangan. Macam kita pergi berperang. Kalau mati pun ketika belajar ni, darjat dia sama dengan mati syahid. Tengok, betapa besar nya perjuangan kita yang nak pergi belajar ni. Sebab itu yang pertama sekali kita buat adalah memohon restu suami. Jangan rasa rasa sebab kita nak, so i must get it. Jangan mengetepi kan sesiapa pun dalam proses perjuangan ni. Sebab orang orang yang berada dekat dengan kita adalah sebagai sokongan yang terbaik kepada kita nanti.

2. BUAT PROPOSAL
Bila suami pun dah setuju, so next step nya adalah buatlah proposal. Buatlah proposal dalam bidang yang kita minat. Sewaktu membuat proposal ni, boleh lah mendapatkan khidmat nasihat daripada supervisor lama atau kawan kawan yang dah ambil PhD. Proposal ni adalah 3 bab yang pertama dalam tesis. Tapi masih tidak terlalu detail seperti thesis. Tapi mesti jelas. Jelas untuk menjawab persoalan 'Kenapa kajian ini perlu dijalankan?' , 'Apa penting nya kajian ini untuk dijalankan?' dan 'Bagaimana kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pengetahuan/knowledge yang sedia ada dalam bidang kajian yang dikaji?'

3. BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN BAIK
Ok, bila kita nak mohon biasiswa HLP, of course kita ni adalah penjawat awam kan? So, walaupun ada niat nak bercuti belajar, walaupun masih belum dapat, bekerjalah dengan sehabis baik. How you do anything, is how you do everything. So, kalau waktu kerja pun kita dah mula rasa malas, tambahan dalam perjuangan ni. Macam mana nak membina jati diri kalau awal awal lagi dah tak berkomitmen? PhD ni bukan hanya sekadar scroll. Dia punya proses pembelajaran ni seolah olah macam proses untuk mengenali diri. Ha...tu korang semua akan alami nanti. But, the first step untuk masuk dalam proses ni, korang kena buat apa saja kerja pun dengan baik. Kalau kerja pun main main, nanti study pun main main.

4. KUMPUL SEMUA SIJIL PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN
Kalau dah ada niat nak sambung belajar, kumpullah semua sijil sewaktu kita bekerja baik baik. Eh, tapi ni macam tak perlu di beritahu kan. Klaau korang nak naik pangkat pun, sijil2 perlu disimpan rapi. So, benda ni memang penting tak kiralah kalau korang nak apply study atau tak. Simpan elok elok supaya korang senang nak cari. Takdela menyusahkan kerani. Kesian diaorg. Diaorg pun banyak kerja jugak, dari nak melayan kerenah korang. Haaa..jangan cakap itu memang kerja diaorg. Kan kalau kita mudahkan kerja korang, Allah pun akan mudahkan kerja kita juga. So, why nak susahkan orang?

5. ALERT DENGAN TARIKH
Ni benda yang saya rajin buat dulu. Bila dah tau nak mohon biasiswa, memang tiap hari saya bukak laman web KPM. Walaupun kadang kadang tahu memang tak ada, tapi bukak juga. So, dalam tempoh tu apa saya perkembangan dalam website KPM memang saya sedar lah. Bukan apa, saya tak nak terlepas tarikh tarikh penting. Siapa lagi kalau nak ingatkan kita kalau bukan kita sendiri kan? So, pandai pandai lah sendiri. Jangan nak harapkan kawan semata mata. Atau kerani. Mmm..kerani lagi. Kesian kerani.

6. CEPAT BERTINDAK 
Bila dah dapat tahu tarikh, cepat cepat lah bertindak mengikut syarat yang di kenakan. Please jangan bertangguh. Sebab tu proposal saya galakkan untuk siapkan awal. Jangan tunggu tarikh surat siaran dikeluarkan, baru nak buat proposal. Bila surat siaran dikeluarkan, korang just isi borang dan dapatkan kebenaran dari pihak atasan sahaja. Nak jumpa orang atasan ni pun, faham faham jela. DIaorg pun bukan selalu ada. Sebab tu korang kena bertindak cepat. Kalau dah last minutes punyakerja, then bila korang nak minta kebenaran pegawai then dia tak ada, korang marah marah diaorg pula. Aish...don't do like this, ok!

7. MOHON KEPADA ALLAH
Ok, ni extra tips. Kata nak bagi 6 kan. Tapi dah tertulis 7. Yang paling penting ni dia. Setiap tindakan dan keputusan yang korang buat untuk sambung belajar dan memohon biasiswa, mohonlah kepada Allah. Jika sambung belajar ni adalah yang terbaik untuk diri korang dan keluarga, insha Allah, Allah permudahkan. Tapi jika tak dapat, jangan terus putus asa. Teruskan mencuba. Mungkin masa ini belum sesuai buat anda nak sambung belajar. But don STOP trying ok.

Ok, dah habis dah nak bagi tips. Kalau ada kekurangan, saya mohon maaf. Ni semua berdasarkan pengalaman peribadi sahaja. Tak ada betul atau salah kan?

Selamat berjuang kawan!






5 TIPS MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH SEAWAL 3 TAHUN

Bila masuk tahun baru, memang penuh wall dengan news feed anak anak ke sekolah. Bertabahlah untuk seminggu ye! Yang dah anak 2,3 orang dah pi sekolah atau anak dah remaja, mungkin tak berapa nak excited sangat. Tapi kalau ada kawan kita yang anak sulungnya masuk tadika, korang bertabahlah ye dengar cerita mereka. Kita raikan juga.
.
Macam anak saya, Zulaikha pun dah masuk school. 2 tahun 7 bulan. Awal betul kan. And as i mentioned before, bukanlah saya kiasu sangat nak hantar anak ke sekolah, tapi as a working mother memanglah kita akan hantar anak ke taska kan. Dan sebelum ni memang Zulaikha di hantar ke taska yang playschool tu. Cuma, bila masuk umur 3 tahun, taska ni akan masukkan anak anak yang umur 3 tahun ni ke kelas lain yang ada modul pembelajaran, iaitu kelas EDP ( English Development Programme). Tapi sebabkan Zulaikha ni kitaorg memang cadang untuk lorongkan dia ke arah agama, so kami pindahkan dia ke Aulad As Sofa. Masih lagi dalam kelas yang kami panggilkan sebagai school.
.
So far, dah masuk hari ke 3 ni, Zulaikha ok je di school baru dia. Nangis sikit time hantar tu bagi kami biasa. Sebab waktu dia dia taska lama pun macam tu. Hilang ummi, hilang lah nangis tu. Kadang kadang dia acah acah buat macam nangis je. Bila saya intai, senyap pulak. Tanya dengan cikgu pun memang tak lama. So, memang saya faham lah anakku ini bagaimana. Bila time nak pi school, excited nya kemain. Balik school pun siap bagitau best lagi. Bila tengok macam ni, tiada apa yang saya dapat katakan selain bersyukur.
.
So, apa yang kitaorang buat untuk jadikan Zulaikha ni suka pi school.
Haha. Benda ni bukan datang tiba tiba je. Memang adalah juga usaha dari kami, as a parents kan.
.
1. HARI HARI CAKAP ZULAIKHA PERGI SCHOOL
Beberapa bulan sebelum nak pindah school, saya dah bagitau Zulaikha yang dia nanti school dekat Assofa. So, bila lalu je school je atau nampak students As Sofa ni, saya cerita dekat dia yang dia ni nak kena pi school As Sofa. Cerita punya cerita, sampai dia rasa excited nak pergi. Macam tak tahan tahan dah la nak pi ke As Sofa. Mula mula asyik saya je yang cakap, sampai one point, dia pulak yang cakap yang dia nak pi school As Sofa. Benda ni saya buat supaya tertanam dalam minda separa sedar dia yang dia nak pi school As Sofa. Tapi hari hari la kena cakap. Kena rajinkan diri bercerita
.
2. CERITA YANG INDAH TENTANG SCHOOL
Bila Zulaikha pi school ni, hari pertama memang dia nangis waktu hantar. Tapi bila time balik tu dah ok. So, saya bercerita dengan dia keseronokan bila pi school. Ada kawan, makan ramai ramai, boleh main, ustazah baik. Memang waktu bercerita tu pun dia rasa happy. So, ok la tu kan.
.
3. INGATKAN ZULAIKHA UNTUK PERGI SCHOOL
Malam sebelum nak tidur, kami akan ingatkan Zulaikha untuk bangun awal, esok nak pi school. Dia buat tak heran pun, tapi benda ni kami akan ulang ulang suapaya dia dah boleh set dah yang dia akan ke school lagi esok pagi. So far, memang kalau bangun tu dia ingat nak pi school je la. Ye la, dah ummi dan abbi dan bagi 'racun'. Haha. Bukannya apa, kita ni kalau dengar anak nangis, anak sedih, kita buat kerja pun tak sedap hati. Tambah tambah saya yang tengah tulis tesis, kalau anak tu rasa tak bahagia, rasa macam nak pi ambil je dan tinggalkan tesis. Tapi sampai bilakan? PhD ini perlu dihabiskan sebab cuti belajar pun dah nak habis.
.
4. WUJUDKAN RASA EXCITED
Bila anak anak dah umur 2 tahun, actually diaorg ni dah ada cartoon kegemaran walaupun mak tak ajar sangat tengok cartoon. So far, Zulaikha minat sangat dengan Didi and Friends. So, sebelum dia masuk school di tahun baru haritu, mak pun excited kan lah dia untuk pergi school dengan beli botol air baru. Dia pun rasa happy, mak pun happy kan dengan nilai hanya RM 16.90. Ok la kan.
.
5. DOA
Alhamdulillah, hari tu waktu sebelum mula sekolah, ada tertengok rancangan MHI bersama Prof Muhaya. Termotivasi la mak sikit bila nak hantar anak ni. Antara intipati yang di sampaikan Prof Muhaya adalah kita berdoa supaya Allah bagi ilmu yang baik kepada ustazah/cikgu untuk mendidik anak kita. Kesabaran yang tinggi untuk mendidik anak kita. Yes! doa tu kan senjata. Dan ini pun antara salah satu yang saya buat sejak dulu lagi bila hantar anak ke taska. Doa yang baik baik buat anak sepanjang kita pergi bekerja. Insha Allah
.
So far, inilah 5perkara yang saya buat hari hari untuk hantar Zulaikha ke school. As a working parents, memang ini yang terpaksa kita hadapi sewaktu kita pergi bekerja. Kita bekerja ni pun Jihad. Insha Allah jika niat kita baik, niat untuk membangunkan keluarga dengan bekerja, yakin pada Allah, insha Allah Allah akan lorongkan segala kemudahan buat kita semua.


Rutin di Tahun 2017

Hari ke 4 di dalam tahun 2017
So far, saya dah mula dapat rentak untuk tahun ni.
.
Pagi, bangun seawal pukul 5.30 untuk siapkan makanan pagi.
Kira ni time lewat la.
Kalau dapat bangun pukul 4, memang dah rasa Alhamdulillah sangat sebab dapat buat tahajjud sekali.
Tapi, biasalah, bila jadi mak and Zulaikha pun still lagi menyusu badan bila tidur even dah umur 2 tahun 7 bulan ( Bila nak stop Zulaikha hey!), so memang agak sukar kalau nak bangun pukul 4 bagi. Sebab tu kalau dapat terjaga tu, memang rasa Alhamdulillah sangat!
.
So, start pukul 5.30 pagi tu, saya dah mula masak untuk husband and sarapan pagi untuk Zulaikha. Husband akan pergi kerja pada pukul 6.50 pagi, and soon after that, mula lah time saya dengan Zulaikha pulak. Kena kejut Zulaikha, bagi makan, bagi mandi smapai hantar dia ke sekolah before 8.30 pagi. Struggle betul tapi moms life is the best life kan?
.
Bila dah hantar anak, baru lah boleh mengadap thesis sampai waktu time ambil dia. SO far, dalam masa dua harini, saya dah mula get use dengan schedule baru ni and Zulaikha pun dah boleh nak bangun without crancky sangat pagi pagi. Alhamdulillah.
.
So, ada lagi 360 hari di tahun 2017. Wish us luck ok!

Monday, January 2, 2017

Hari Pertama Zulaikha di Aulad As Sofa

3/1/2017
.
Hari ini hari pertama persekolahan Zulaikha. Sound macam Zulaikha dah besar sangat kan. Tapi Zulaikha sebenarnya baru berusia 2 tahun 7 bulan. Bulan 5 nanti baru Zulaikha masuk 3 tahun. Dan kira, kalau ikut tahun, tahun 2017 ni Zulaikha dah 3 tahun.
.
What?
Awalnya hantar sekolah?
Tak boring ke dia nanti?
Ok ke dia?
.
Yes, sebenarnya persoalan itu jugak yang bermain di fikiran saya dan suami as a parents. Bukan kiasu sangat nak hantar Zulaikha ke sekolah awal awal, tapi since dia umur 1 tahun pun, dia dah masuk playschool. Taska playschool. Pagi pagi ada la aktiviti melukis, menampal. And selebihnya dia main je. So, bila dia dah masuk 3 tahun, kalau ikut taska Zulaikha yang lama, dia akan pindah ke kelas EDP (English Development Programme). So, bila dah buat aktiviti men'google', Zulaikha ni kami decide kan untuk pindah ke Aulad As Sofa. Bukan kata taska lama tak bagus. Tapi kami yag merancang untuk dedahkan anak-anak dengan pendidikan agama berbanding dengan pendidikan vernakular sejak awal lagi. Sebab itu, bila kami dapat tahu Aulad As Sofa ada open untuk anak anak seawal usia 3 tahun, kami terus decide untuk hantar Zulaikha ke sana. Lagipun, bagi saya sama je antara dia masuk EDP dengan Aulad Assofa. Yang bezanya, persekitaran dan pembelajaran. Assofa lebih ke arah tahfiz. 

Semoga niat ummi dan abbi untuk melahirkan anak pejuang agama tercapai. Hidup dan mati kerana Allah. Insha Allah.
.
Tentang persoalan di atas yang kata awal ke tak lagi, we already discuss dengan ustazah ustazah di As Sofa. And as a cikgu pra sekolah, they already know perkembangan pada umur budak budak 3 tahun ni. And we as a parents pun tak lah mengharapkan bulan dan bintang bila anak masuk As Sofa, cukup umur 4 tahun dah pandai mengaji, hafaz quran segala bagai. At this age, adalah masa untuk bermain. Sebenarnya, ustazah jaga elok anak ummi dalam environment islamic ketika ummi sedang buat thesis ni pun, bagi ummi dah lebih dari rasa gembira dan syukur dah.
.
Doa kan yang terbaik buat Zulaikha Qasrina di Aulad As Sofa. Insha Allah, kalau berpanjangan kehidupan kami di bumi Ampang ni, maka berpanjanganlah cerita Zulaikha di Aulad As Sofa.
.
Semoga Allah kurniakan ilmu dan kesabaran buat ustazah di Aulad As Sofa untuk mendidik anak anak murid tercinta.
.
UPDATE : Bermula tahun 2018, pengambilan pelajar ke Aulad Assofa bermula dari 4 tahun, bukan 3 tahun. Rezeki Zulaikha nak lama dengan Assofa nampaknya. :)

Sunday, December 25, 2016

A DAY IN THE HELLO KITTY & LITTLE BIG CLUB (PART 2)

So, i continue my stories at Hello Kitty & Little Big Club in Part 2.
Those who still not reading my stories in Part 1, you are kindly to click the link HERE
.
We went to the Little Big Club around 12.45 pm. It is in the Level 2 for Barney, Angelina Ballerina, Bob the Builder & Pingu house. While for Thomas and Friends it is in Level 3. And the Little Big Club is included all these characters, that mean in Level 2 and Level 3. Haha. Are you clear now? Am i doing a good explanation about that place?

When we enter the park, it was Thomas and Friends mini show. But its already half way and we just can watch it only for 5 minutes. Nevermind, because we just watch Hello Kitty mini show, so it's ok for us. After the show, we went to level 3 to go to the Thomas and Friends level. At this time, Zulaikha had a little cranky. I thought maybe she was tired and sleepy because i woke her up at 7.30 a.m.

But, when she saw Thomas, she felt excited and shouted "Thomas, Thomas" and we line up to ride Thomas. We ride Thomas for two round which it still not satisfy Zulaikha. She wanted to ride it again but when we saw the line was long if we want to line up again, so we persuade Zulaikha to ride the bus. After ride the bus, i saw Zulaikha was out of mood and i ask my husband to have a rest. We went to pray, eat and let Zulaikha sleep if she wanted to do that because this is time for her to sleep.

So, we decide to find the food around Puteri Harbour because we were not 'in' with the menu in Thomas and Friends cafe.  I really hope Zulaikha sleep at this time but it just my dream because when we were out from the park, Zulaikha suddenly became active again and she refused to eat because want to play with Thomas.

We ate our lunch at Old Town White Coffea and after we finished our lunch, we went back again to the park. We went straight to level 3 and decide to play with other game. Unfortunately, all the games are not suitable for Zulaikha because of her height. The minimum height required to play the games is 90cm and Zulaikha is shorter than that.

So, we continue to level 2. At level 2, we started with Agelina Ballerina house. It was 2.45pm at that time. So we waited 15 minutes for the meet and great session with Angelina. Zulaikha wore a cute skirt, hairband and stick to dance with Angelina. When she finished dancing with Angelina, she got the certificate and I realised that my daughter loves to dance! And she felt very happy and excited too!

After Angelina house, we went to Bob the Builder house where in this house it had a playground full with the ball. So Zulaikha spends her time here to play at the playground until 3.50 pm. So she had around 35 minutes played in the playground.

Around 350 pm, we went to the stage again to watch the mini show. Now, its time for Bob the Builder mini show!!! As usual, Zulaikha was so excited and she also moved her body to dance together with Bob and his friends.

Around 415pm, the show finished and then, we went to Barney house. I saw the schedule, the last mini show was at 530 pm so i told my husband to wait until the last show. So Zulaikha had more than one hour to spend. But, when the time is 515pm, we already waited in front of the stage the watch the last mini show.
.
But, the last mini show was disappointed me because it just a time to take a picture with Pingu, Barney, Angelina and Bob character. So, we took this opportunity to take a photo with all the character even though i hope it had a sing and dancing time because i saw Zulaikha very loves it.

Before we went home, we choose the picture at the booth. Even though we already took a lot of pictures, but this picture was included three of us. So we decided to buy it.

Overall, we had spent around 8 hours there and this is the stories how i maximise the time in Hello Kitty & Little Big Club. We were so enjoyed here and definitely, will not come it again not because it is not interesting, but before we repeat to this park, its better if we went to Legoland and Angry Bird Park, right? Haha. But if someone wants to pay for us, we will go again! (Jangan Marah)