Friday, May 1, 2020

KLUSTER MURID WAKTU MUSIM PKP



1. KLUSTER SETIA MENANTI

Kluster jenis ni sangat setia. Setiap kali kelas online secara video call mesti ada. Siap jadi orang pertama yang 'join meeting'. Tak cukup secara video call, segala sumber komunikasi online, Telegram, Whatsapp dia cuba hubungi cikgu dia kalau ada soalan nak tanya. Kluster macam ni memang buat hati cikgu lega. Ada motivasi sendiri untuk belajar walaupun dimana mana. Selalu kluster ni jenis yang menempah jalan jalan kejayaan buat dia. 

2. KLUSTER CEKAL

Kluster ini jenis yang bersemangat setiap kali nak belajar. Setiap kali kelas online secara video call dia mesti nak join. Tapi musim PKP ni, bila tinggal dirumah internet tak stabil pula. Baru je nak online dah terputus putus. Tapi jenis kluster ini, tak mudah putus asa. Dia akan cuba dan terus mencuba sehingga habis waktu belajar. Tak cukup dengan tu, dia hubungi cikgu pula. Kluster jenis ni pun buat cikgu rasa lega. Punya semangat yang tinggi nak belajar, tapi diduga.

3. KLUSTER DUGAAN MELANDA

Kluster ini jenis yang bersemangat. Tapi sedihhh dugaan melanda. Atas beberapa faktor, memang tak dapat nak online. Selalu hilang dari radar. Nak hubungi cikgu pun tak dapat. Tapi dalam hati meronta ronta. Nak buat macam mana. Dugaan melanda. Jadi sebagai alternatif, dia tak tinggal terus belajar. Tapi cuba belajar sendiri dari sumber yang ada.

4. KLUSTER DIAM UBI BERISI

Kluster jenis ni  sentiasa diam ketika beronline. Dia ada. Tapi macam tiada. Jika ada kelas secara video call/live, dia macam chipsmore. Sekejap ada. Sekejap tiada. Tapi dalam diam-diam, dia rajin belajar dengan you tube channel, buat latihan cikgu bagi. Tak cukup dengan itu, siap tanya latihan dari kawan-kawan sekolah lain. Tapi dengan kawan sahaja. Dia suka bertanya dengan kawan kawan. Dengan cikgu, memang diam tanpa khabar berita. 

KLUSTER TIKTOK

Kluster jenis ni punya isu nak online. Kalau tak internet problem, gadjet nak online tak ada. Kena kongsi dengan adik beradik. Tapi tak mengapa, memandangkan tempoh PKP ni cikgu tak ada depan mata, jadi cikgu mungkin faham kenapa selalu tak ada setiap kali kelas online. Tak apa. Tak apa. Cikgu faham. Taaaapiiiii...bila dah boleh online. Dah ada sumber internet, tak di cuba nak mesej cikgu bertanya mengenai pelajaran yang dah tertinggal. Lebih baik tik tok dulu, update twitter dulu, sebelum buat kerja-kerja yang cikgu bagi. Kerja sekolah? Relax. Tak payah buat. Sekarang kan PKP.

KLUSTER TIDUR ITU INDAH

Kluster jenis ni tak ada isu nak online. Internet kat rumah laju. Gadget pun ada Nak laptop, mak bagi. Nak handphone ayah belikan. Tapi bila time nak buat kelas online, tiba tiba dia senyap menghilang. Tak tahu pergi mana. Mungkin ambil alih tugas jadi ketua keluarga. Cikgu pula tunggulah dekat meeting room tapi hanya beberapa orang je yang ada. Kalau ada pun, bila ditanya, semu krik krik saja. 

Jadi musim musim PKP ini, kamu jenis kluster yang mana? 



No comments: