Tuesday, May 5, 2020

PENANGGUHAN MAJLIS KONVOKESYEN KE 64 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)


Semalam, UTM telah membuat pengumuman. Majlis Konvokesyen Ke 64 yang sepatutnya diadakan pada 24 hingga 28 Oktober 2020 ditangguhkan. Ini berikutan negara kita masih lagi menghadapi isu wabak Covid 19. Sebarang majlis perhimpunan beramai ramai termasuklah Majlis Konvokesyen ini memang tidak dibenarkan sama sekali demi keselamatan.

Sebenarnya perkara ini seperti sudah dapat dijangka. Apabila dikeluarkan larangan-larangan yang perlu dipatuhi selepas tamatnya PKP, ini memungkinkan juga untuk Majlis Konvokesyen dibatalkan. Apabila pengumuman dikeluarkan secara rasmi semalam di laman web UTM, maka akhirnya kini pastilah tiada KONVO untuk tahun ini.

Ini saya kira boleh jadi sejarah dalam perjalanan PhD saya. Kerana Covid, Konvo ditunda. Tengok, semua orang punya pelbagai kisah dalam perjalanan PhD ni. Ini salah satu kisah saya. Untuk menambah rencah rasa dan warna dalam kisah perjalanan PhD saya yang tercoret selama 5 tahun ini.

Saya telah tamat VIVA pada bulan November, 2019. Sekarang tesis masih lagi pada examiner untuk semakan. Pada musim Covid 19, terpaksa tunggu lama sikit. Memang saya menjangkakan tahun ini bolehlah nak naik pentas menerima scroll. Tapi siapa sangka kan. Kecewa? Tak. Bila dah belajar sampai PhD ni, saya lebih bersyukur ketika saya mendapat surat senat nanti. Konvo hanya pemasyhuran sahaja. Yang penting habis dan dapat surat senat. Itu yang utama dan kebahagiaan bagi saya.

Tapi tahun depan, mungkin lebih ramai penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen. Mungkin lebih lama. Mungkin kembali dibuat dua kali pada bulan 4 dan bulan 10. Tiada siapa yang tahu lagi. Apa apa nantikan saja update dari pihak UTM. Yang pasti, bila dah tahu bila tarikh Majlis Konvokesyen pada tahun 2021 akan diadakan, cepat cepatlah terus booking homestay. Kesesakan yang tinggi dijangka akan melanda ketika musim konvokesyen setelah keputusan Majlis Konvokesyen ke 64 UTM ditunda.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh terus ke laman web majlis konvokesyen UTM. www.utm.my/convocation. Jangan risau, semua persoalan boleh terjawab apabila membaca FAQ di laman web disitu. Yang nak beli jubah convo pun boleh. Mana tahu tak sabar nak melaram dengan jubah convo tahun ni juga.

Apapun, tahniah untuk semua graduan yang bakal konvo di majlis konvokesyen yang tertunda. Anda semua telah berjaya!



No comments: