Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Sunday, April 16, 2017

Zulaikha Selepas 3 Bulan di Aulad As Sofa

Ini kiranya macam kesinambungan dari entry yang terdahulu. Sebagai seorang ibu yang baru ada pengalaman pertama untuk menghantar anak ke sekolah, of course banyak benda yang saya risaukan. Elok kah dia di sekolah? Mampu nak terima ke dengan environment di sekolah? Hati ibu yang penuh kerisauan kan. Kalau hati bapa, dikatanya semua ok. Woman Vs Man :)
.
Sebab tu kalau setiap hari ambil Zulaikha dari sekolah, dan dia senyum panjang je, perasaan pertama bila tengok dia, mestilah rasa lega. Rasa lapang dada bila tengok Zulaikha mampu belajar walaupun hanya pada usia yang belum cukup 3 tahun pun. Alhamdulillah, memang Zulaikha very easy daughter.
.
Dan selepas 3 bulan di Aulad As Sofa, memang saya rasa satu perkembangan positif buat Zulaikha. Hari pertama dia masuk ke Aulad As Sofa. Nangis. Hampir nak dekat sebulan juga nangis setiap kali nak hantar pada awal pagi. Tiap kali hantar ke sekolah, setiap itu hati berzikir supaya jangan la Zulaikha nangis. Tapi sampai je dekat tangga Aulad As Sofa, berperang ummi nak hantar. Bila tanya pada ustazah, dia ok je dalam kelas. Berdebar.
.
Tapi dalam menangis dia tu, dua minggu lepas dia ke Aulad As Sofa, dia dah pandai baca Al Fatihah walaupun pelat. Pada waktu tu, saya yakinlah dengan kata kata ustazah, memang dia ok. Cuma waktu nak hantar tu je drama. Kalau dalam tempoh 2 minggu pun dah dapat hafal surah Al Fatihah, maksudnya anak saya memang dapat sesuatu setiap hari bila ke sekolah. Cuma drama pagi pagi jela yang lebih. :)
.
So, as a parents, bila tengok Zulaikha ada perkembangan positif macam ni, saya mula bagi galakkan pada dia. Kadang kadang di rumah atau sambil drive tu, saya tanya juga apa surah yang dia dah boleh baca. Dan hasilnya? Dari surah Al Fatihah, dia sekarang sudah boleh hafal surah Al Ikhlas dan surah Al Kauthar, selepas 3 bulan di Aulad As Sofa. Alhamdulillah.

Kadang kadang tentang hafalan surah ni terlepas pandang jugak nak ajar anak di rumah. Sebab kan ummi Zulaikha ni cikgu Fizik, so selalu lah Zulaikha ni belajar mengira, mewarna, (typical academic teacher). Tapi bila sedar anak saya ni dah boleh menghafaz beberapa surah, saya pun jadi terdorong untuk bantu dia lagi. Education is not depends 100% in school.
.
Solat pun Zulaikha ada belajar di sekolah. So sekarang ni kalau time solat tu, memang dia pun sibuk sekali lah nak solat bersama ummi dan abbi. Lepas tu mengajar kita pulak.
.
"Ummi, imam dulu la"
"Ummi, baca doa"
.
Memang ada kami ajarkan dia solat juga, tapi bila environment tu ada di sekolah dan di rumah, insha Allah dia akan jadi habit. Repetition is a mother of success. Sebab itu kami hantar dia ke Aulad As Sofa supaya Zulaikha dapat belajar dalam environment islamic seperti yang kami mahukan. Lega lah hati ummi nak menulis tesis macam ni kan. :)
.
Bulan ni (Bulan Mei) Zulaikha akan genap umur 3 tahun. Bila dah nak masuk umur 3 tahun ni, Zulaikha dah pandai hafaz beberapa surah, baca doa untuk ibu bapa, pandai nak zikir lepas solat, saya rasa keputusan untuk tukarkan Zulaikha dari taska lama dia ke Aulad As Sofa adalah yang terbaik buat Zulaikha. Hari hari lalu depan Daqwah As Sofa, Zulaikha pun cakap, nanti dah besar, Zulaikha nak sekolah sini. Insha Allah nak. Semoga Allah permudahkan urusan kita di masa hadapan nanti.
.
Sekarang, ummi yang kena belajar lebih nampak nya. Belajar nak hafaz quran juga. Sekurangnya boleh bantu anak menghafaz ketika dalam kereta atau waktu 'dating' kami berdua. Semoga ini juga jalan untuk menjadikan ummi dan abbi ke arah insan yang lebih baik, yang lebih dekat ke jalan Allah.

Wednesday, January 4, 2017

5 TIPS MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH SEAWAL 3 TAHUN

Bila masuk tahun baru, memang penuh wall dengan news feed anak anak ke sekolah. Bertabahlah untuk seminggu ye! Yang dah anak 2,3 orang dah pi sekolah atau anak dah remaja, mungkin tak berapa nak excited sangat. Tapi kalau ada kawan kita yang anak sulungnya masuk tadika, korang bertabahlah ye dengar cerita mereka. Kita raikan juga.
.
Macam anak saya, Zulaikha pun dah masuk school. 2 tahun 7 bulan. Awal betul kan. And as i mentioned before, bukanlah saya kiasu sangat nak hantar anak ke sekolah, tapi as a working mother memanglah kita akan hantar anak ke taska kan. Dan sebelum ni memang Zulaikha di hantar ke taska yang playschool tu. Cuma, bila masuk umur 3 tahun, taska ni akan masukkan anak anak yang umur 3 tahun ni ke kelas lain yang ada modul pembelajaran, iaitu kelas EDP ( English Development Programme). Tapi sebabkan Zulaikha ni kitaorg memang cadang untuk lorongkan dia ke arah agama, so kami pindahkan dia ke Aulad As Sofa. Masih lagi dalam kelas yang kami panggilkan sebagai school.
.
So far, dah masuk hari ke 3 ni, Zulaikha ok je di school baru dia. Nangis sikit time hantar tu bagi kami biasa. Sebab waktu dia dia taska lama pun macam tu. Hilang ummi, hilang lah nangis tu. Kadang kadang dia acah acah buat macam nangis je. Bila saya intai, senyap pulak. Tanya dengan cikgu pun memang tak lama. So, memang saya faham lah anakku ini bagaimana. Bila time nak pi school, excited nya kemain. Balik school pun siap bagitau best lagi. Bila tengok macam ni, tiada apa yang saya dapat katakan selain bersyukur.
.
So, apa yang kitaorang buat untuk jadikan Zulaikha ni suka pi school.
Haha. Benda ni bukan datang tiba tiba je. Memang adalah juga usaha dari kami, as a parents kan.
.
1. HARI HARI CAKAP ZULAIKHA PERGI SCHOOL
Beberapa bulan sebelum nak pindah school, saya dah bagitau Zulaikha yang dia nanti school dekat Assofa. So, bila lalu je school je atau nampak students As Sofa ni, saya cerita dekat dia yang dia ni nak kena pi school As Sofa. Cerita punya cerita, sampai dia rasa excited nak pergi. Macam tak tahan tahan dah la nak pi ke As Sofa. Mula mula asyik saya je yang cakap, sampai one point, dia pulak yang cakap yang dia nak pi school As Sofa. Benda ni saya buat supaya tertanam dalam minda separa sedar dia yang dia nak pi school As Sofa. Tapi hari hari la kena cakap. Kena rajinkan diri bercerita
.
2. CERITA YANG INDAH TENTANG SCHOOL
Bila Zulaikha pi school ni, hari pertama memang dia nangis waktu hantar. Tapi bila time balik tu dah ok. So, saya bercerita dengan dia keseronokan bila pi school. Ada kawan, makan ramai ramai, boleh main, ustazah baik. Memang waktu bercerita tu pun dia rasa happy. So, ok la tu kan.
.
3. INGATKAN ZULAIKHA UNTUK PERGI SCHOOL
Malam sebelum nak tidur, kami akan ingatkan Zulaikha untuk bangun awal, esok nak pi school. Dia buat tak heran pun, tapi benda ni kami akan ulang ulang suapaya dia dah boleh set dah yang dia akan ke school lagi esok pagi. So far, memang kalau bangun tu dia ingat nak pi school je la. Ye la, dah ummi dan abbi dan bagi 'racun'. Haha. Bukannya apa, kita ni kalau dengar anak nangis, anak sedih, kita buat kerja pun tak sedap hati. Tambah tambah saya yang tengah tulis tesis, kalau anak tu rasa tak bahagia, rasa macam nak pi ambil je dan tinggalkan tesis. Tapi sampai bilakan? PhD ini perlu dihabiskan sebab cuti belajar pun dah nak habis.
.
4. WUJUDKAN RASA EXCITED
Bila anak anak dah umur 2 tahun, actually diaorg ni dah ada cartoon kegemaran walaupun mak tak ajar sangat tengok cartoon. So far, Zulaikha minat sangat dengan Didi and Friends. So, sebelum dia masuk school di tahun baru haritu, mak pun excited kan lah dia untuk pergi school dengan beli botol air baru. Dia pun rasa happy, mak pun happy kan dengan nilai hanya RM 16.90. Ok la kan.
.
5. DOA
Alhamdulillah, hari tu waktu sebelum mula sekolah, ada tertengok rancangan MHI bersama Prof Muhaya. Termotivasi la mak sikit bila nak hantar anak ni. Antara intipati yang di sampaikan Prof Muhaya adalah kita berdoa supaya Allah bagi ilmu yang baik kepada ustazah/cikgu untuk mendidik anak kita. Kesabaran yang tinggi untuk mendidik anak kita. Yes! doa tu kan senjata. Dan ini pun antara salah satu yang saya buat sejak dulu lagi bila hantar anak ke taska. Doa yang baik baik buat anak sepanjang kita pergi bekerja. Insha Allah
.
So far, inilah 5perkara yang saya buat hari hari untuk hantar Zulaikha ke school. As a working parents, memang ini yang terpaksa kita hadapi sewaktu kita pergi bekerja. Kita bekerja ni pun Jihad. Insha Allah jika niat kita baik, niat untuk membangunkan keluarga dengan bekerja, yakin pada Allah, insha Allah Allah akan lorongkan segala kemudahan buat kita semua.


Monday, January 2, 2017

Hari Pertama Zulaikha di Aulad As Sofa

3/1/2017
.
Hari ini hari pertama persekolahan Zulaikha. Sound macam Zulaikha dah besar sangat kan. Tapi Zulaikha sebenarnya baru berusia 2 tahun 7 bulan. Bulan 5 nanti baru Zulaikha masuk 3 tahun. Dan kira, kalau ikut tahun, tahun 2017 ni Zulaikha dah 3 tahun.
.
What?
Awalnya hantar sekolah?
Tak boring ke dia nanti?
Ok ke dia?
.
Yes, sebenarnya persoalan itu jugak yang bermain di fikiran saya dan suami as a parents. Bukan kiasu sangat nak hantar Zulaikha ke sekolah awal awal, tapi since dia umur 1 tahun pun, dia dah masuk playschool. Taska playschool. Pagi pagi ada la aktiviti melukis, menampal. And selebihnya dia main je. So, bila dia dah masuk 3 tahun, kalau ikut taska Zulaikha yang lama, dia akan pindah ke kelas EDP (English Development Programme). So, bila dah buat aktiviti men'google', Zulaikha ni kami decide kan untuk pindah ke Aulad As Sofa. Bukan kata taska lama tak bagus. Tapi kami yag merancang untuk dedahkan anak-anak dengan pendidikan agama berbanding dengan pendidikan vernakular sejak awal lagi. Sebab itu, bila kami dapat tahu Aulad As Sofa ada open untuk anak anak seawal usia 3 tahun, kami terus decide untuk hantar Zulaikha ke sana. Lagipun, bagi saya sama je antara dia masuk EDP dengan Aulad Assofa. Yang bezanya, persekitaran dan pembelajaran. Assofa lebih ke arah tahfiz. 

Semoga niat ummi dan abbi untuk melahirkan anak pejuang agama tercapai. Hidup dan mati kerana Allah. Insha Allah.
.
Tentang persoalan di atas yang kata awal ke tak lagi, we already discuss dengan ustazah ustazah di As Sofa. And as a cikgu pra sekolah, they already know perkembangan pada umur budak budak 3 tahun ni. And we as a parents pun tak lah mengharapkan bulan dan bintang bila anak masuk As Sofa, cukup umur 4 tahun dah pandai mengaji, hafaz quran segala bagai. At this age, adalah masa untuk bermain. Sebenarnya, ustazah jaga elok anak ummi dalam environment islamic ketika ummi sedang buat thesis ni pun, bagi ummi dah lebih dari rasa gembira dan syukur dah.
.
Doa kan yang terbaik buat Zulaikha Qasrina di Aulad As Sofa. Insha Allah, kalau berpanjangan kehidupan kami di bumi Ampang ni, maka berpanjanganlah cerita Zulaikha di Aulad As Sofa.
.
Semoga Allah kurniakan ilmu dan kesabaran buat ustazah di Aulad As Sofa untuk mendidik anak anak murid tercinta.
.
UPDATE : Bermula tahun 2018, pengambilan pelajar ke Aulad Assofa bermula dari 4 tahun, bukan 3 tahun. Rezeki Zulaikha nak lama dengan Assofa nampaknya. :)

Wednesday, November 20, 2013


Assalamualaikum!
Dah lama tak update tiba tiba dah berisi!
Owh, beginilah.
Dan saya sekarang berada di minggu ke 13 kehamilan.

Alhamdulillah,
Minggu ini adalah minggu terbaik saya.
Dah kembali cergas dan menari nari untuk buat kerja.
Alhamdulillah. Allah tak memanjang manjangkan musim 'morining sickness' saya.

Cukuplah 4 minggu saya loya dan muntah sahaja.
Dari pagi sampai ke malam, asyik tak menentu rasanya.
Kadang kadang sampai lembik kaki dan badan.
Tapi di ingatkan ini adalah pahala.
Hanya tabahkan hati sahaja.
Pengorbanan seorang ibu sangat besarkan jasanya. 

Alahan?
Setakat ni tiada banyak yang menduga jiwa.
Saya cuma tak suka kepada bau minyak dan tambah tambahan bau ikan yang sedang di goreng.
Perghhhh!!
Memang tak suka!

Makanan?
Bab ni paling best.
Semuanya boleh di makan tanpa ada rasa ini suka itu tak suka.
Masak sajalah apa saja, tidak banyak benda yang saya dapat menolak. 

Kesihatan?
Saya sihat. Cuma dua minggu lepas saya buat 'check up' doktor bagitahu HB saya rendah.
Solusi nya saya makan sayur banyak banyak, ayam , daging dan ikan sentiasa.
Tunggu minggu depan lah nak tengok apa perkembangan saya.
Jika masih tak berubah, baru nak amik extra suplemen rasanya. 

Berbaki lagi 27 minggu perjalanan kehamilan saya.
Semoga saya dapat lahirkan seorang mujahid/mujahidah yang bakal menjadi pejuang di jalan Nya.

Ya Allah,
Redha dan berkatilah perjalanan hidup khalifah kecil ini.
Allahumma Amin. 

Thursday, August 22, 2013

Rezeki Itu Rahsia

220213-220813
Genap 6 bulan perkahwinan
Happy Anniversary
Abang.

Bulan ini rekod.
Bulan yang paling kerap ditanya soalan
'Bila lagi mahu berbadan dua?'
Jika di tanya bila,
Jawapan nya adalah SEKARANG.
Sekarang saya mahu berbadan dua.
Namun, rezeki itu rahsia.
Bila bila Allah nak bagi saya tidak dapat jangka.
Ini bukan perancangan saya
Tapi perancangan Allah yang Maha Kuasa

Sentap?
Tidak.
Marah?
Tidak.Tidak.
Sekelumit kuman saya tidak terasa dan sentap dengan segala persoalan yang ditanya.
Kerana saya amat yakin
Rezeki Allah itu ada
Allah akan beri bila tiba masa

Kita tak tahu
Tapi Allah tahu
Kita rasa kita dah bersedia
Tapi Allah lagi tahu segala kemampuan kita
Oleh itu, kita hanya mampu sabar, usaha dan DOA
Yakin Allah mendengar setiap rintihan hambaNya.

Buat Al Fateh anak ummi yang hebat
Insan terpilih penyambung dakwah nabi
Terima kasih kerana menyedarkan ummi
Mungkin amal ummi masih tipis , jihad ummi masih rapuh
Untuk menjadi pendidik insan terpilih.

Dalam kepincangan ummi
Semoga Allah berikan kurnia
Dengan kebahagian nikmat di dunia
.
.
.
.
Fateh.