Monday, July 27, 2009

Entry Yang Terlambat



I kira2..sudah hampir seminggu i biarkan blog dalam keadaan terabai.Dah banyak post i nak tulis,tapi asyik masuk dalam kotak draft je.I macam tergoda dan taksub layan comment2 di FB dan blog sampai ngantuk.Dan kadang2 penulisan blog terganggu bila kawan2 i menegur di YM walaupun i sudah invi tapi naluri kawan sgt kuat.Sebab itu i sayang kawan2 i.Dah2,tak payah nak touching2 kat sini.HAHA.Kesudahannya baru tulis sikit entry dah masuk draft.Hallamak...

I ada beberapa cerita yang i nak cerita dis week tapi tak jadi..cancellation.

1. Kawan Kahwin : I dapat berita lagi kawan i nak kahwin hujung tahun ni.Kawan i time UKM dulu.I dah lame tak contact die.Tgk2,dah nak kahwin.Laju macam bullet train btol perkembangan kawan2 i nih.Ntah2 ader yang dah jadi mak buyung tapi i tak tau.Lagi dasyat kalau i call cakap tengah menyusukan anak kembar.Heh.Dasyat gile perkembangan kawan2.Tapi naik ngeri bila yang kawin mostly sumenya best frens eva after.Waaa..tak nak tinggal sorang2.Baru i tau..tak best rupenya perasaan bila best fren kite kawin....

2. Calamine Lotion : I ader terjumpa satu penemuan terbaru buat para-para gadis.Mm,mak gadis kalau terlibat dengan masalah ni nak cuba jugak pun i sarankan.Sangat sesuai tak kira samada mengandung ataupun tidak.Ok,begini kisah penemuannya...2 bulan yang lalu,i menghadapi masalah jerawat dengki yang mula menular di bahagian pipi.Kenapa i cakap jerawat dengki..sebab sebelum ni muka i tidak di hinggapi sebarang jerawat tapi sejak i tukar produk pencuci muka murahan kepada Face Shop,muka mula menunjukkan tanda2 jerawat itu hodoh sekali i benci!I pun berusahala kembali kepada pencuci muka senduduk putih yang hanya terdapat di pasaran Bagan Serai.So,jangan tanya kat mana nak dapatkan pencuci muka tak glamour tapi berkualiti ni sebab die tak terdapat di pasaran Mydin ataupun Giant sekalipun.Tiada.Di ulangi.Tiada.Sebab dulu i penah kehabisan stock pencuci muka senduduk putih berkualiti,sampai bangi pusing kajang tak puas hati turun jalan TAR semata mata nak cari pencuci muka senduduk putih berkualiti ( sila pandang perkataan kualiti di situ..itu bagus namanya..hahaha )..sumpah tak jumpe langsung.I cari pencuci muka senduduk putih,ader bagi pencuci muka susu kambing,pencuci muka papaya,aishhhh..bukankah senduduk putih dan kambing tu tak same?Sedikit pun ciri2 senduduk putih tak ada pada kambing.Ciri paling ketara,kambing berbulu,tapi senduduk putih tidak berbulu.Ok.I cakap BULU.Bukan BLUE.18 SX.

Memang benar pepatah gadis-gadis.Jerawat itu musuh utama.I sangat depress bila muka i sudah di naiki juga dicemari jerawat.I rasa depress sampai i rajin tgk movie secara bersiri bulan lalu.I rasa depress sampai i rajin pulak turun Ipoh meet my buddies muah muah,TYA.Takpe..concealer kan ader sebagai penyelamat.Tapi i memang depress bila jerawat timbul di muka i rasa hodoh sekali sumpah tak tipu sampai i mogok tak pakai make up g sekolah until now.Betul i tengah mogok nih.

Bagi mengurangkan rasa depress i terhadap jerawat yang jahat dan hodoh,i stopkan penggunaan Face Shop tak berkualiti itu.Tapi masalah i tetap tak hilang.I try ke farmasi beli ubat jerawat.Hasilnya..jeng jeng jeng.Ok memang ok.I tak nafikan jerawat hilang.Tapi bertemakan chipsmore.'Sekejap Ada Sekejap Tak Ada'.Dah la main cakcilut ngan i,pastu muka i jadi mengelupas,merengsakan dan sangat tak boleh kene matahari.Kalau tak kulit terasa pedih sekali.Disini i dah musykil,tu sebab kesan ubat jerawat or i benar2 dah bertukat irish sekarang?KAHKAHKAH.Dah,tu bukan lawak.Terrrperasan sekejap.Well,gadis2 memang begini. :)

Sehingga pada suatu hari yang penuh barakah,i telah mencuba meletakkan calamine lotion di muka.Tempat jerawat membuat jajahan.Jaga kau jerawat.Aku benci kat kau nih!Calamine lotion adalah sejenis lotion untuk mencegah kegatalan di badan.Bila badan2 i gatal,mak mesti suruh i sapu calamine lotion dan feel die sungguh sejuk sekali bila kena ke kulit dan kesan gatal serta merta hilang sumpah tak tipu.Sebab itu calamine lotion memang sentiasa berada di rumah i.Calamine lotion boleh di dapati secara percuma di klinik kerajaan.Untuk hospital swasta i tak tau sebab calamine lotion kat rumah i,kak ngah yang suka bawa balik dari hospital.Lucky kak ngah nurse.Free.Hihi...

Percubaan i meletakkan calamine lotion di muka sangat berhasil bila i bangun pagi,jerawat hodoh sekali itu sudah menunjukkan tanda2 kecut tanpa i rasa pedih or kerengsaan pada kulit.Takjub.I umpama pharmacist boleh main cipta2 ubat.Pasti bila moon bace entry i dia juga takjub dengan penemuan rakan.


Moon,terror tak?mesti ko kagum rase nak balik Perak cepat2.Oppss..ayat sensor.Perak tak best jangan balik.HAHA.

Kepada para gadis yang memiliki jerawat jahat.Jangan gundah gulana.Jangan tak pakai make up macam depress la sangat.HAHA.Jangan tak g mall sebab shopping itu syurga sekalipun window shopping itu memang syurga.So JANGAN!.TAPI..gunakanlah calamine lotion sebab sangat mujarab untuk jerawat hodoh sekali.Owh,i sangat benci jerawat.Benci.Benci.Benci.Mucukkk..

3. Workload : Last week i bz sikit ngan proses pengauditan yang bakal berlaku di sekolah tapi berakhir hari ni lepas pemantau datang tadi.Yabedabedu!.Everything kene backdated.I kene backdated semua document yang berkaitan kelas dan minit2 mensyuarat,buku rekod yang berkaitan ngn i.Itu saja nak cerita tentang kerjaan.

4. New Layout : I rasa layout blog i sangat tidak menarik.I bercadang untuk menukar kepada layout yang lebih cantik menarik tertarik kau memang da boommm.Tapi masih mengekalkan ciri2 hitam mutu keunggulan.I suka hitam.I likeeee.Walaupun hitam itu hitam pekat dan legap.Tapi i suka.Tambah yakin.Kakak Oprah cakap 'Black Is Basic'.Hitam ini macam melambangkan keyakinan dan juga kecantikkan walaupun orang cakap gadis berkulit hitam buruk.Tapi i tetap rasa manis kerana i bukan gadis berkulit putih.Haha.Jangan boikot i sebab i promote gadis berkulit hitam di sini.Tapi i tak suka kepada kaum Adam yang membezakan perempuan pada warna kulit.Bukankah kecantikan itu terletak pada hati?Isk..isk..isk.

Kaki i gatal kene nyamuk.I kene quit menulis.Eh,ader kaitan ke?Ade..sebab i nak garu kaki guna tangan.HAHA...

No comments: