Showing posts with label Anis Diyana. Show all posts
Showing posts with label Anis Diyana. Show all posts

Friday, July 7, 2017

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI

Ok, hari ni saya nak buat sikit review tentang produk yang memang saya dah guna and sangat puas hati. Dtox Natural Sendayu Tinggi.
.
Sebenarnya ni produk first dari Sendayu Tinggi yang saya beli setelah follow instagram kak Yati Sendayu Tinggi. Tengok macam banyak sangat review yang tentang produk ni, so kita pun rasa nak try lah. Lagipun, memang saya selama ni cuba untuk Dtox, buatlah air lemon plus halia, tapi result macam takde effect sgt. Pernah juga beli macam macam jenis teh Dtox dengan harapan dapat membuang di pagi hari, tapi takde pun nak rasa sakit perut pagi pagi and bergegas ke toilet. So feel dia tak tak puas sangat. Memang degil betul badan saya ni. Huh! Thats why saya rasa nak try Dtox Natural dari Sendayu Tinggi ni. Tengok harga dia pun ok je. Bagi saya affordable. So memang teruja nak beli.
.
First saya beli di Sendayu Tinggi Kuantan. Jauh sangat pergi kan dari KL ke Kuantan. Sebab kebetulan time tu balik dari Cherating, lalu Kuantan, nampak la outlet Sendayu Tinggi tepi jalan, gigih la minta suami pusing and cari jalan nak pi outlet balik. Nasib baik suami rajin nak melayan kerenah isteri ni.
.
So bila dah balik KL tu, malam nya terus cuba. Rasa memang best. Sedap. Tapi manis sikit kalau letak air sikit je. So kalau nak kurangkan manis, tambah lah air tu. Ikut kesuaian rasa kita kan. Minum sebelum pukul 9 malam. Kadang kadang ada je saya pernah terlajak lebih dari 9 malam. Tapi tak lebih dari pukul 10 malam la. Kenapa kena minum dalam tempoh waktu tu? Rasanya untuk dtox tu betul2 digest dalam perut kot. Not sure. Tapi saya rasa tu jawapan dia. Nak tahu jawapan yang betul, kena tanya Kak Yati Sendayu Tinggi saya rasa. Maybe, she have the answer.
.
Pagi nya bila bangun dari tidur, terus bergegas nak ke toilet. Nak membuang lah. And bila membuang tu, saya rasa puas sebab najis tu tak macam biasa. Dia cair. So memang konfiden dtox ni menjadi lah. So bila dah timbul rasa puas hati tu, mula la hari hari kita minum dtox ni kan. And lepas minum ni, badan memang rasa segar. Sampaikan rasa, kalau tak minum, terasa badan ni "lain macam". Maybe sebab dah hari hari kita mencuci usus, kurangkan makan makanan yang berminyak, and banyakkan minum air putih, so badan pun memang dah programme jd segar je.

And kalau cerita bab kekurusan badan ni, alhamdulillah. Berat pun dah turun 7kg dalam tempoh 3 bulan. Berat sebelum 72kg. Berat sekarang 65kg. Ada 5 kg nak kena struggle. Tapi sebenarnya mission saya adalah nak sihat. Jaga pemakanan, jaga usus. And saya percaya bila benda2 tu kita jaga, insha Allah berat pun boleh turun. Al maklumlah dah masuk usia 30 an ni, ada banyak benda yang kena berjaga jaga.
.
Kalau korang nak beli, saya sangat sangat recomended: Sebab
1. Menjadi
2. Rasa sedap
3. Harga murah
.
Kalau nak beli, boleh terus ke website Sendayu Tinggi atau melalui ejen ejen Sendayu Tinggi. Korang tengok je dekat instagram Sendayu Tinggi, memang banyak ejen Sendayu Tinggi dekat situ. Mana tahu ada yang berhampiran dengan korang. Yang mana tinggal berhampiran dengan outlet Sendayu Tinggi, boleh juga terus ke outlet Sendayu Tinggi. Boleh juga korang tengok tengok barang lain yang menarik jiwa dan meracun korang nanti. Hihi. All the best!

Wednesday, January 4, 2017

Rutin di Tahun 2017

Hari ke 4 di dalam tahun 2017
So far, saya dah mula dapat rentak untuk tahun ni.
.
Pagi, bangun seawal pukul 5.30 untuk siapkan makanan pagi.
Kira ni time lewat la.
Kalau dapat bangun pukul 4, memang dah rasa Alhamdulillah sangat sebab dapat buat tahajjud sekali.
Tapi, biasalah, bila jadi mak and Zulaikha pun still lagi menyusu badan bila tidur even dah umur 2 tahun 7 bulan ( Bila nak stop Zulaikha hey!), so memang agak sukar kalau nak bangun pukul 4 bagi. Sebab tu kalau dapat terjaga tu, memang rasa Alhamdulillah sangat!
.
So, start pukul 5.30 pagi tu, saya dah mula masak untuk husband and sarapan pagi untuk Zulaikha. Husband akan pergi kerja pada pukul 6.50 pagi, and soon after that, mula lah time saya dengan Zulaikha pulak. Kena kejut Zulaikha, bagi makan, bagi mandi smapai hantar dia ke sekolah before 8.30 pagi. Struggle betul tapi moms life is the best life kan?
.
Bila dah hantar anak, baru lah boleh mengadap thesis sampai waktu time ambil dia. SO far, dalam masa dua harini, saya dah mula get use dengan schedule baru ni and Zulaikha pun dah boleh nak bangun without crancky sangat pagi pagi. Alhamdulillah.
.
So, ada lagi 360 hari di tahun 2017. Wish us luck ok!

Thursday, March 7, 2013

Love Story

Cerita C.I.N.T.A buat anak anak ummi..........
160912


'Masjid Besi menjadi saksi,
Luahan hati untuk memperisteri,
Setelah mendapat petunjuk Illahi,
Disini cinta mula bersemi'

Tarikh ini tarikh yang ummi takkan lupa. Tarikh kehadiran 'HERO' dalam hidup ummi. Setelah hampir lapan bulan menjadi teman 'sosial networking' abbi, abbi menyatakan hasrat untuk berjumpa ummi. Terkejut dan berdebar ummi. Selama lapan bulan kenal abbi melalui kawan sekolah ummi, hanya beberapa kali ummi berhubungan dengan abbi. Tapi setiap kali ummi berhubungan dengan abbi, ummi rasa tenang dan menenangkan. Di dalam kesibukan ummi menyambung pelajaran ketika itu, abbi sentiasa memahami dengan semua kesibukan ummi. Terima kasih abbi sebab sanggup tunggu ummi yang sedang berjuang dalam pelajaran.

Kesabaran dan kesungguhan abbi menawan hati ummi. 

Pada pertemuan pertama ini, abbi melamar ummi. Semuanya indah! Takkan pernah ummi lupa pesanan abbi buat ummi pada pertemuan pertama kami

'Sebelum kita jumpa, saya (panggilan abbi ketika itu) ada satu permintaan. Selesai dhuha, tambahkanlah solat istikarah sekali buat hubungan kita ini'

Indah!Abbi sangat romantis kan.
Mengingati Allah dalam setiap perbuatan. Abbi ada ciri ciri lelaki yang ummi cari...... 

Dan sebelum ummi pulang..... 

'Sebenarnya hajat saya adalah untuk menjadikan awak isteri...........'

Ting!
Dan ummi pulang dengan riang, senyum seorang diri.....

Alhamdulillah, memang ummi sudah lama menantikan abbi. Tetapi walaupun sesuka mana ummi, segumbira mana hati ummi, ummi sedar ummi tak boleh lupa, ummi ada Allah dan kedua ibu bapa yang ummi perlu dapatkan restu dam redha mereka. Percayalah. Sebesar mana ikatan cinta kita, yang paling penting perlu mendapat restu mereka. Ingat pesan ummi ya, jangan membelakangkan Allah dalam setiap perbuatan. 

Sabda Rasullulah s.a.w
'Redha Allah terletak pada redha kedua ibu dan bapa, murka Allah terletak kepada murka kedua ibu dan bapa'

Nah!
Kerana ummi masih lagi di bawah tanggung jawab ibu dan bapa, kerana itulah ummi rasakan restu mereka penting walaupun hati ummi memang dah bertambah cinta pada abbi.

Dan Alhamdulillah.... responsi MamaTok dan Tok sangat menggumbirakan.Malah terasa seperti seluruh alam sedang bergembira bila mendengar berita yang manis manis ini. Tetapi kepada abbi, ummi belum sampaikan persetujuan. Ummi memikirkan sesuatu yang manis manis buat abbi. Untuk di kenang sepanjang hidup abbi nanti.....

'Apabila datang kepadamu orang yang kamu redha agama dan akhlaknya, maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau berbuat demikian, akan terjadi finah di bumi dan kerosakan yang luas ' - (Riwayat Tarmizi,Ibn Majah dan Al Hakim) 


240912

Kejutan buat abbi......


Maniskan ummi. Hadiah pertama ummi buat abbi..... Hadiah penuh cinta.
Dan kami menetapkan tarikh pertunangan kami pada 31112 sempena hari jadi ummi dan abbi. Ummi dan abbi berkongsi hari jadi yang sama.....

Dah memang JODOH

Kataorang dan kata ummi ...

Buat anak anak ummi...
Ini permulaan kisah cinta ummi dan abbi.Ringkas.Tiada kata bermadah berhelah.Hanya datang dari sekeping hati yang ikhlas.Cinta sejati itu lahir dari sudut hati yang suci.Mencintai dan bersama abbi adalah saat yang terindah buat ummi.Didikan dan kasih sayang abbi buat ummi membuatkan ummi jatuh cinta berkali kali!Setiap masa dan setiap detik cinta ummi hanya untuk abbi...

Buat anak anak ummi...
Abbi adalah lelaki yang paling hebat dalam hidup ummi. Tidak pernah sekali menyentuh ummi selagi ummi tidak halal bagi nya. Menasihati dan mendoakan ummi dan untuk kita dalam setiap solatnya. Berusaha untuk memberikan didikan agama yang terbaik buat kita agar kita bisa bahagia dan berjumpa semula di syurga. Gigih mencari rezeki buat kesenangan kita di dunia. Buat anak anak ummi, jangan lupa panjatkan doa buat abbi agar terus menjadi lelaki yang hebat buat kita.... Doakan agar cinta ummi dan abbi kekal sampai syorga.


AKU TERIMA NIKAHNYA............22213




Monday, December 12, 2011

#Cataluna 9802#

"A good friend is a connection to life - a tie to the past, a road to the future, the key to sanity in a totally insane world"...........Cataluna 9802



Tuesday, September 6, 2011

Ihsan

Tadi pergi makan keow tiau kerang dengan mak dekat restoran baru publish di kawasan kediaman.Pertama kali pergi.Walaupun restoran ni dah buka beberapa bulan.Nampak sangat bukan supporter yang terbaik di situ.Masakan terbaik.Semua sedap.Baguslah restoran ni beroperasi di sini.Memudahkan kerja saya di masa depan kelak.Hahaha.Gelak ada makna.

Sedang makan, saya perhatikan pakcik guard Ar Rahnu yang sedang bertugas.Setia dia menunggu depan pintu ArRahnu.Rasa nak nangis pun ada tengok keadaan pakcik yang berusia dalam lingkungan 50 an tu.Tidur bertilamkan kotak di luar Ar Rahnu , bertemankan motor kat sebelah , kerusi plastik dan meja.Tak macam saya sekarang, sedap baring atas tilam. Ya Allah, besar sungguh nikmatMu.Alhamdulillah.Syukur.Syukur. Tengok pakcik tu lama lama sendiri jadi syahdu. Kasihan. Dalam usia macam tu terpaksa menempuh kehidupan yang mungkin dia pun tak rela.Sedih.

Tiba tiba mak cerita.Sehari sebelum raya mak pergi beli barang dekat kedai di pekan.Tengah mak beli barang, datang seorang pakcik tua dalam usia 60an ke kedai yang sama, minta nak beli gula setengah kilo. Mak cakap, mak dengar , mak jadi sentap. Pakcik ni nak beli gula sekilo pun tak mampu. Dia mampu beli gula setengah kilo saja untuk hari raya. At last, mak cerita, mak belikan barang barang hari raya , mak sedekahkan dekat pakcik tu . Sebab mak tengok pakcik tu rasa kasihan, nak beli gula sekilo pun tak mampu untuk raya.Sedih.Tiba tiba rasa nak nangis sekarang.Ya Allah, syukur sangat dengan nikmat Mu.

Dua keadaan yang berbeza tapi berperasaan yang sama , buat saya tertanya tanya , mana pergi anak anak pakcik pakcik ni.Sanggup biarkan ayah bersejuk dan berlapar . Mungkin tiada anak.Tapi jika ada, Ya Allah engkau berilah rasa tanggungjawab kepada mereka agar mengasihani bapa bapa mereka.

Malam ni nasihat dari mak yang penuh nasihat ,

"Kehidupan perlu di rancang sejak muda... "

Baiklah mak.Baiklah.I LOVE YOU so much.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Bulan Biru

Review The Smurfs :
1. Sangat Comel sampai rasa nak gigit gigit.
2. Jalan cerita tak boring sampai rasa nak lagi, lagi dan lagi!
3. Cerita biasa biasa, tapi boleh buat Ain dan Ikmal teruja. Korang taw tak, untuk Ain dan Ikmal duduk 2 jam secara baik adalah ajaib , tapi The Smurfs berjaya hokeh untuk menggoda Ain dan Ikmal .So , i loike The Smurfs!
4.Sayang Ain, Ikmal and Alis but now i miss them! :(


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, August 28, 2011

Raya Preparation

Saya baru selesai membalut pulut. Banyak giler hokeh.Tupun hasil bantuan kecemasan bibik. Kalau tak, lagi lambat la habis.Bila dah tinggal ke balutan yang terakhir, mak dengan sekali nya mentarbiah ,

"Tengok, berkat kesabaran. Akhirnya semua kerja siap kan"

Baiklah mak. Baiklah.

Persiapan raya everything DONE! Malam ni kalau ditentukan esok adalah hari raya, adalah sedikit Majlis Takbir di rumah. Acara wajib permintaan mak.Meriah dah syahdu nanti.Saya pasti.Yang paling best sebab semua sedara dah balik, so agak Kecoh Kecoh Ramadhan juga suasana di sini. Sejah arwah tok meninggal, memang rumah saya ni dah jadi port perkumpulan.Meriah.Tapi aksi kanak kanak ni kadang kadang pelik apatah.Baru lepas tadi main tabur tabur bedak.Wah...heaven giler jadi kanak kanak.

Untuk hari ni sehingga malam nanti, keadaan diri agak membusykan sedikit.Intenet ni pulak kadang kadang buat hal, meme menduga kesabaran jiwalah.Kita jumpa lagi jika keadaan mengizinkan.Insho Allah.

"Taqabhalalahu minna waminkum : Salam Syawal 1432H"






Saturday, August 27, 2011

Tiada Kategori

'Fesyen raya apa yang paling panas panas sekarang? Cecite.Cecite. Oh Siti : Juling mata!'


"Blog yang meme terabai"

Malas nak cakap dah.Ini fakta bukan auta.Lagi fakta yang menarik,start bulan 9, schedule saya dah bersusun penuh wallaweh saya suka!Lagilah nampak unsur unsur pengabaian akan berlaku di situ.Tapi inilah yang dikatakan sebagai

"Berakit rakit kehulu, berenang renang ke tepian"

Satu fakta menarik tentang perasaan, bila dah lama tak membelog ni, nak start satu penulisan punyalah payah. Nak cerita merambu rambu. Tapi mana satu ntah nak di cerita, dah jadi caca merba. Macam excitednya korang pergi Jakel , tengok baju bersepah sepah murah, sana Hot sini Hot last last korang hanya pergi beli tudung Fareeda terNyata Julita. Terlampau banyak pilihan yang mengexcitedkan sampai rasa duduk berhari hari baru puas membeli,last last tak beli. Eh, tu kisah saya minggu lepas. Haha.

Membelong ni kalau di tinggal tinggalkan, kadang kadang ada juga perasaan untuk rindu rinduan.Tapi nak ngadap ni selalu memang terpaksa pasrah lah. Penulisan ni dah sampai ke perenggan yang kedua , baris yang ke 13 , tapi saya masih jammed apa yang nak tulis ni hoi hoi hoi.

Oleh itu, majlis syura sebulat suara memutuskan, lebih baik saya log out sekarang, dan akan kembali dengan penulisan yang lebih bertujuan. Korang bacalah nanti sambil membuat kuih raya, membakar lemang dan menggorang rendang ( goreng? apakah! ).

Will be back............................................................................................................................. Soon ( aceh )


Wednesday, July 6, 2011

Sinnun


* gambar ihsan dari Iqbal :)

Kesihatan gigi sejak 3 hari ni agak menduka citakan. Memang akan di ingat sepanjang zaman la.Tak pernah saya rasa kesakitan berdenyut denyut yang sampai menggearkan otak sakitnya ni sepanjang hidup.Buat braces pun tak rasa sakit macam ni taw. Kalau macam ni rasanya, saya rela buat braces lagi 10 kali dari sakit gigi melampau!

Sejak hari Isnin, daban memang rasa lemau. No reason. Sebab selalunya kalau dah berehat sikit pun dah ok, ni tak makin berehat makin manja pulak badan ni. Pukul 9 dah tido. Then pukul 11 bagun balik. Pukul 12 tido balik sampai pagi. Ratu Tidur. Badan lemau pening kepala yang datang dari mana ntah sumbernya saya tak pasti. Tapi time bangun pukul 12 tu saya rasa something dalam mulut. Cek dalam mulut nampak 2 ulser bertempek, rasa ok je sebab ukser still lagi tak kronik sangat, for me lah.

Hari Selasa, perkembangan kesihatan mulut agak mendukacitakan.Kat sekolah dah mula start tak boleh cakap. So anak murid bagaikan pesta ah bila cikgu tak boleh mengajar. Saya mampu bagi latihan je. Makin cakap banyak, makin ngilu mulut rasanya. Bila malam, tengok mulut, mak kau,,,bengkak bagaikan bom.Pulak tu saya push kan diri untuk bercakap. Sakit sampai ke otak.Rasa nak nanges pun ada ok!

Hari Rabu : semalam saya pergi check braces ke Klinik Foo. Sebab saya wonder, if ulser apsal sampai bengkak2. Mungkin problem braces. Niat macam nak suruh Dr Foo cabut semua braces ni dah, tapi Dr Foo kata, bukan masalah braces. Ni problem wisdom teeth-gigi bongsu. And braces pun tak sampai masa nak tanggal lagi sebab katanya bahagian belakang masih belum rapat sepenuhnya and cara saya menggigit pun belum sempurna.So dia tak bagi bukak. At least kena pakai sampai hujung tahun.

So, after buat rawatan di Klinik Foo, saya pergi ke Klinik Pergigian Taiping untuk buat rawatan gigi bongsu yang bengkak ni. Doktor cakap, gigi bongsu baru nak tumbuh, so macam tak ada ruang dalam mulut untuk tumbuh, sebab tu dia bengkak2. So far solution dia, doktor just bagi ubat tahan sakit and saya kena tunggu sampai gigi bongsu tu betul2 tumbuh. If dia tumbuh dengan elok, bagus lah. Kalau tak kena buat pembedahan minor dalam mulut untuk kesenangan pada gigi bongsu nanti. Dan malam tadi, akhirnya air mata tumpas jugak jatuh ke bumi sebab dah tak tahan nak tanggung azab. Sakit sampai ke otak hokeh!

So hari ni, saya cuti lagi. Pipi bengkak sebelah dah macam garfield pun ada ni. Nak cakap tak boleh. Makin bercakap, makin bengkak. Ya Rabb, pulihkan lah kesihatan!

Monday, June 20, 2011

Panas Enjin

Cess..dah 5 minit bukak page bloggerdotcom.Tapi 5 minit jugak saya pikir apa intro paling seswai nak letak.Last last beginilah.Nampak sangat skill menulis dah kurang.Skill makan jugak yang tak henti henti sekarang.Banyak benda yang dah mengidam last last end up dengan saya rasa #kumalaslahnakmakankurisaugemuk. Waka waka eh eh.

Hidup sekarang macam berada di puncak tertinggi ke'busy'an.Tapi yang pelik lagi, time busy saya tulis blog.Eh, tak pelilaklah.Bukankah perkara sebegini macam sering saja berlaku?

Minggu ni ura-ura pemantau nak datang sekolah.Mak kaw!Memang banyak sungguh lah kerja eden yang pending dendang kan.So saya macam tak cukup kaki tangan kepala telinga sekarang.Uwaaa...nanges!Nanges sebab sometimes saya rasa macam #banyaknyakerjatakhabishabis.

Hari Sabtu yang lalu, kawan baik terbaik dah kawen.Ermalina Hanita.Sungguh tak tipu lah kan, bila kawan baik dah kawen, hati pasti nangis. Sekarang dah tiba masanya hidup perlu banyak berdikari sendiri.Kemana mana harus di peruntukkan sendirilah sebab lepas ni lebih banyak reason kita akan dengar bila time nak hang out sama 'nak kena tanya husband dulu lah'.Owh, dunia kita berbeza tapi kita tetap sama kan... :)

Saya?Bila nak kawen pun tak tercapai dek akalmu lagi untuk berpikir bila.Insho Allah jika ada jodohnya kelak, saya percaya akan dipermudahkan segalanya. Biarlah hidup memfokuskan kepada perjuangan yang belum selesai dulu.Eh, kawen jugak perjuangan.Tapi perjuangan hidup bukan lah untuk fight mendapatkan bf.Karut.Nehi.Nehi.Tapi perjuangan mendapatkan Seth Tan , saya nak turut serta #eh,tetiba!

Marilah kita bersurai.Kerana susun atur penulisan ini juga kelihatan begitu memeningkan.Ini lah entry panas enjin setelah sekian lama memendam rasa dalam hati saja.Ewah.






Thursday, May 26, 2011

Hey Ladies!

Siapa dah tengok Nur Kasih?Hangkat Tangan. Saya dah tengok hokeh!Siap hari 1st day lagi pergi tengok sama Zai.Siap tumpah air mata pat blas baldi jatuh ke bumi.Arghhh....sumpah sadis bercampur baur.Erkkk...tapi macam sedey sangat kan.Tak kesah lah sebab saya memang spesis ratu air mata pown.

Dah tamat satu siri kefoya foyaan. Cerita si lanun? Si Panda?.Tu masih lagi dalam waiting list.So, boleh lagi teruskan niat untuk banje ( jika ada ).Kecil tapak tangan, skrin panggung saya tadahkan.

Sekarang rasa nak tulis mengenai isu kecantikan.Chantek.Perkara subjektif.Ini bukan nak rasa naik bakul hangkat kaki hokehhh.Tapi setiap wanita berhak untuk rasa chantek kan.Pakai baju baru pun dah rasa chantek dah

"Cantik luar.Cantik Dalam.Cantik Dengar Sini"

1. Saya rasa kulit muka semakin kusam.Sampai ku rasa down melihat muka di cermin.Formula : tak minum air manyak manyak.Memang cari penyakit sendiri ah.Benda simple tak buat . Kalau merungut depan Moon , mesti perkara basic ni balik kena tarbiah.Hoho.Tak ku lupa Moon.Tapi tetap macam nak percaya produk kecantikan. Harus bertukar. Dalam kajian.

2. Selaras dengan itu, ( memang skema punya ayat ) , rasa nak down jugak bila tengok eye bag di muka makin dah menjadi. Ni isu tido lambat. See? Dah taw sebab dan akibat tapi still lagi nak buat. Any cure untuk hilangkan eye bag dengan segera?Ting!

3. Saya dah bosan dengan semua baju nak pergi kerja.At last end up tiap minggu akan pakai baju yang sama . Baju yang saya suka je. In process ada lagi beberapa baju dekat taylor swift yang tak siap jahit lagi. Cepatlah siap sebelum saya pakai baju uniform yang sama je tiap hari.Sekarang, baju yang manyak manyak ni , dah mula rasa maw di wariskan ..... oh adik adik ku...hehehe

4. Dah semakin gemuk. ( Fakta ). Tapi hari ni ada orang suruh saya makan banyak banyak lagi kasi gemuk. Mak kaww....overdose kang!Fakta menarik lagi : semua baju kebaya macam dah tak bley pakai dah hokehhhh!

5. Kuku tangan dan kaki perlu rawatan mani n pedi secara segera. Buruk no haku tengok. Rasa macam baru 2 minggu lepas g treatment manicure, now dah mencabar iman balik. Memang kena spending time ah buat kat umah.Kalau every 2 weeks macam ni ,bankrapc la haku!

7. Dah jarang nak make up.Sebab ? . Balik pada point no 1 dan no 2.Aku down tengok muka kusam depan cermin.Sekarang macam suka pakai benda basic je.Compact Powder n lipstik.Phewww....kena pulihkan semangat yang hilang nih!

8. Saya rasa bila dah masuk lingkuan 26 an. Perubahan kulit macam dah ketara la.Macam tak anjal. Seriuosly. Oh my!

Sudah sudah lah. Rasa nak tidur dah menggugat jiwa. Tidur lambat, muka tak segar. Cakap banyak. ( Erkkkkkk ?? )

Bye dalingss !

Wednesday, May 18, 2011

Nak Tengok

Sape banje tiket free aku bagi cekelat bentuk hati. Nak? WoooW Weeeee




Saturday, April 16, 2011

Sarang Otak

Gosip Minggu Ini : Ashraf Muslim dah bertunang.Owh my! T______T

Entry seminggu sekali.Sebelum ni dah hapdate pasal best fren punya wedding versi pertama punya.Sampai sekarang nak timbul versi kedua entah saya pun tataw bila.Bagaikan menunggu bulan jatuh keriba.Saya pun tak tahu sebab sekarang ni bila tiba time nak hapdate blog dia rasa macam nak , tapi last last simpan dalam hati.

Musim penentu untuk saya berjaya ke next semester bermula!Pheww.Pecutan 18976kilometerperhoursquared.Harap harap lepas lah untuk mengambil skrol sarjana.Lepas semester ni ada 2 lagi semester untuk dikejar sebelum bersuka ria.Bersuka ria?Entah lah.Yang cerita depan depan tu kita tak tahu lagi.Matlamat utama sekarang kena bercinta dengan artikel penyelidik dulu sebelum diselidik.

Hujung bulan ni kebusyan melanda diri banyak.Time nak exam ni la banyak keje nak bagi mak kau!Time nak exam ni la urusan headcount datang, pesta pantun daerah nak berpantun,silat daerah pun time ni,jadi urusetia silat negeri pulak time ni,bulan sains dan matematik pun bulan ni.Memang bersilat lah saya hujung hujung bulan ni.At last,sedar tak sedar dah habis bulan 4.Bulan 5 datang.Sedar tak sedar dah habis bulan 5.Bulan 6 datang sedar tak sedar dah hujung tahun.Macam tu lah kehidupan.Sampai tadi saya tengok Melodi,Ezlin Hai Hai Bye Bye cakap dia nak kawen tahun ni.Macam targetlah.Dan baru saya sedar yang sebenarnya saya tak pernah pun nak target kawen umur berapa.Yang pasti janganlah sampai mencecah umur 28,29 dan 30.Sedih mak atas pelamin.Tua sangat tu nanti.Bagi perempuan lah.Oh no!

Tadi, mak saya cerita gosip terbaru.Kisah pekerja mak saya yang hari ni break up dengan kekasih sebab kekasih adalah suami orang.Ok,masuk cerita ni dah kali ke 3 saya dengar cerita lelaki yang mengaku bujang bercinta dengan anak dara last last bini datang serang kata si anak dara yang salah.2 cerita sebelum ni berlaku ke atas rakan.Aduhhh...kenapa perlu menipu kalau nak bercinta sekalipun. Takkan bahagialah satu perhubungan kalau di bina atas dasar penipuan.Saya tak salahkan kaum lelaki, tak salahkan kaum perempuan.Sebab semua orang di dalam dunia di lahirkan dengan pelbagai kepelbagaian.Rambut sama hitam,hati lain lain.Tapi saya harap lepas ni tak adalah saya dengar laki kisah kisah perempuan di tipu lelaki ni.Kesian akak dengar.Dear man, taw tak kesetiaan wanita ni sebenarnya tak berbelah bagi? #background mucis : Wanita by Dehearty.Tataw.Pergi cari.

Iklan : Pesta Buku Antarabangsa 2011 @ PWTC ( 22/4-1/5 ) . Nak pergi weyy.Acara tahunan yang tak pernah nak rasa terlepas pandang.Boleh jumpa Wardina ke,Heliza ke tak agak agak? LOVE!

Blog, rasanya perlulah berakhir di sini.Dah jarang sangat dah hapdate blog.Dan satu perkara realiti yang saya sedar, semakin tak update blog, semakin kurang lah followers yang nak datang jengah blog kau tiap hari macam zaman kerajianan penulisan dulu.Ahh,nuffnang tak mengkayakan aku!ADA AKU KISAH?





Wednesday, April 6, 2011

Behind The Scene : TyaJojo's Wedding #1


picca via myfon : moon,anis n bedot n pengantinss

Sedutan peristiwa seminggu lalu. * Yang Ingatlah*


1. Berada di rumah pengantin sejak hari Jumaat.Pengantin sedang sibuk berinai.Tya suruh stay je rumah dia tak payah balik dah.Tapi keranamu assignment, saya balik jugak lah. Sanggup!

2. Kembali di petang Sabtu.Sampai je Ipoh,Tya dah pun pergi berhias kat Bangunan SUK.Kami yang bukan pengantin berhias di rumah sajalah. Tu pun lama no bermake up nye.Sampai cadang nak pergi dewan pukul 7, dah jadi terlajak sampai pukul 745!Waddahel...

3. Tya and Jojo sangat chantek.Awsome bebeh.Sepersalinan hitam memang memukau dengan sentuhan Arma.Chantek sangat!

4. Tengku Zara sangat chantek.Subha Nallah....Masya Allah...Insya Allah,Insya Allah,* Maher Zain*.... Tak boleh pandang dengan sekali imbas lah!

5. Kumpulan Saujana nyanyi berapa lagu entah.Sibuk makan.Tapi lagu yang paling best i loike,lagu Insya Allah by Saujana.Ah, kalau dah suka katakan suka.Ta kesah la siapa yang nak nyanyi kan.Tapi semua peramah.Nak tangkap picca.Banyak pulak sesi soal jawabnya!

6. Rizal Tisin tinggi.

7. Pak Sako pengacara majlis, kelakar no!

8. Ucapan dari Nik,wakil rakan terbaik.PurrrrFecttttt!

Ah,mengapa mengantuk ni? Perlu tidur sekarang.Perasaan tido saya sekarang macam tak reti nak tahan tahan.Tidur apabila mahu.Bai!




Friday, April 1, 2011

Bila April

Sumber Gambar Gajah : Google Jah!!

Tiada lagi adegan 'terkejut beruk' kau! di hari pertama April macam zaman pesta muda mudi dulu, melakukan kejahatan yang dirancang di hari pertama April bagaikan satu kepuasan. Entah apa yang seronok pekena orang. Sekarang? Bila pikir 1 April tak ada masa dah nak pikir strategi agenda yang macam tak boleh blah. Makin nak pikir macam nak setel semua kerja dengan cara bergoyang gerudi. Tapi tu semua mimpi lah. Kalau kerja dah semakin menggunung , apa yang nak di goyangkan lagi. Jantung pun bisa luruh.Makin berdebar adalah!

Exam.
Ahhhhhh...dah seram sejuk!Baru tulis pun dah berdebar. Banyak sangat yang nak di pulun dalam tempoh 20 hari.Tidur hanya lah satu fantasi sekarang. Aduhhhh!Presentation tinggal lagi 1. Dear mata, maaflah kerana kita akan bekerja lebih masa.

Bulan Sains Math
Acara rasmi sekolah. Actually time bulan ni datang, saya suka sebab saya memang suka dengan sains siap simpan niat dalam hati satu hari nanti nak buat lawatan peribadi , kembali semula ke Planetarium Negara, Pusat Sains, Petrosains, Aquaria..apa-apa sajalah tempat ilmiah yang bagi students tak menarik , tapi bagi saya , WOW , BESTNYA!. Tapi setakat ni, kalau pergi KL, asyik melekat dekat Pavi saja. Bila nak pergi lain ke tempat pembelajaran idaman , entah. Aku butoh waktu.

Err...cukup cukuplah dengan aktiviti setakat ni di bulan 4. Ni pun dah rasa sesak.Harap tak mengganggu proses pertumbuhan otak . Ok, dah merepek dah.

Entry merepek .Entah apa ntah yg di tulis ni.Macam sampah. Baca dan sila telan dalam hati.





Monday, March 28, 2011

Pertunangan

Kisah Ahad Yang Lalu,
Kita Layan Gambar Dulu

* Eh macam pantun la pulak!



~Berseri!~


~Young Generation~


,

~Atoksssss!~

Ok, dah habis cerita. Pictures tell a thousand words kan. Hohoho. *Santa Klaus*

Ini pertunangan kezen.Sebab rumah umpama 100 kangkang kera dari rumah saya, makanya kerjasama hubungan keluarga wajiblah dilaksanakan. Inilah keluarga. Love My Familia Soooo Much Muah Muah Muah.

Majlis di jalankan secara ringkas. Yang paling penting, perkara wajib di utamakan. Sebagai anak gadis, tugas saya tak lain tak bukan menjadi peneman untuk di make over kan menjadi penunang. Best tengok orang make up. Terus jadi cun. Terus tiba-tiba rasa nak make up supaya cun jugak.Hohoho *Santa Klaus*

Majlis macam ni jugak, kita boleh namakan sebagai majlis serah diri. Sampai pening nak bagi explanation dekat orang ramai soal jodoh dan kawen.Come on la...benda simple malas nak terang ribuan kali.

Next week, my best friend's wedding. TYA Asisul!!! U must be gojes baby! ~LOve~





Saturday, March 26, 2011

Sunday Morning

* Hari Ahad yang duduk rumah, bangun pagi, baca paper , goyang kaki. Aik?

Wah...macam jarang sekali saya dapat menikmati Ahad sebegini. Macam dah tak ingat dah hari Ahad yang terakhir sekali saya buat perkara macam ni.Nampak bersenang lenang. Choi!

Actually, Ahad ni dalam sisa perjuangan nak habiskan assignment Misconcept yang Dr Ahmad suruh buat tapi saya liat. Hahaha. Semua assignments dah setel. Tinggal yang satu ni je. Dah rasa berpinau pinau dah mata ni nak baca artikel orang. Pheww...takut gak nak menempuh masa untuk buat thesis nanti. Dah banyak azimat dah Dr Ahmad sampaikan. Semoga jadi macam Dr Ahmad. Nak supervisor thesis Dr Ahmad.Impian nih! Sebab dalam ramai ramai lecturer dekat Educational School USM, saya paling masyukk dengan Dr Ahmad je kot. Hahaha.

Next week majlis resepsi Tya. Sejujurnya Tya ,i'm excited!Tapi untuk kali ni tak dapat den nak tolong 100% macam majlis nikah aritu. Insho Allah akan hadirkan diri. Baju resepsi pun dalam proses nak siap.Owh, macam mana nak berhias nanti? Dah kaget dah!

Phew...dah hampir setahun dah.Memang sekarang saya sanagt takut dengan masa. Sangat pantas hokeh!Tup tup dengar khabar dah anak sorang. Dah nak masuk 2 pun ada. Tahniah kawan-kawan dengan perkembanagan positif. Hope badan tak kembang kembang. Sebab badan den dah gemooks mooks mook sikit ni. Membimbangkan.LOL.

Hohoho. Dah pukul berapa ni. Kuharapkan bersenang lenang di pagi Ahad hingga ke petang. Rupanya busy ditengahari. Ada majlis pertunangan kezen yang nak kena pergi. Petang macam kena jumpa Tya je. Ada beberapa hal kawen nak kena setel. Durgh...banyak keja lohhh! Bila nak siap koje den ni!


Bye bloggers!Bye followers!Bye stalkers ( ? ) !





Friday, March 25, 2011

Teratai Layu Di Tasik Madu

Tajuk lagu Pojiah Latip yang tiada kena mengena. Rasa macam nak update blog, nak tak nak, nak tak nak.Last last hapdate jugak.

Sekarang dah nak masuk bulan ke 4 dalam di tahun 2011. Mak oii..masa sekejap nyaa. Berdesup perginyee. Banyak plan yang di buat pun masih pending lagi.

1. Niat saya yang nak belajar menjahit macam terpaksa terkubur layu lah. Memang takde masa langsung wey! Bukan setakat nak pegang mesin, nak masuk benang dalam jarum pun macam dah tak terbuat dah sekarang. Tapi i will be proud kalau dapat jahit sepasang baju kurung untuk diri sendiri. Wah, gaya macam gadis melayu terakhir kan. Tiada motif untuk saya belajar, tapi memang rasa nak. At least, waktu pencen boleh jahit baju cucu . #Waddahel.

2. Sebab saya adalah spesis yang minat ikan , tadi dah macam teruja nak Dive With Shark @ Aquaria KLCC. Wa, best. Konfem teruja boleh berangan like i'm The Little Mermaid. Hohoho. Beranganlah kau sebab saya pun tataw lagi bila nak buat.

3. Nur Kasih The Movie!! Tak sabar akak nak tengok hokeh. Ni memang wajib nak tengok sebab saya memang minat Nur Kasih . Cepatlah bulan 5!!

4. Maher Zain @ Istana Budaya. Bila eh? Ni rumors yang saya dengar lah. Ni pun nak g tengok. So, dear friends yang nak pergi , boleh tolong buat pakatan dengan saya sekarang. Sebab dah rindu kot sama suara Maher Zain. Rasa termimpi mimpi lah.

5. Formula 1 2011 : Ni pun rasa nak pergi. Tapi bulan 4 ni bulan penuh dengan penderitaan kertas exam. Menangis darah lah kalau asyik berfikir perkara kefoya foyaan sangat. Saya bagi jawab gambar kereta je kang , pengsan Dr Ahmad.

Kerja?? harus teruskan FOCUS! Tapi niat nak tengok NUR KASIH dengan MAHER ZAIN macam tiba tiba dah tak tertahan nak menanti kesabaran ni. I miss u Remy Ishak.....so much.. #Tetiba.





Sunday, February 13, 2011

Blues Untuk Aku

1. Monday Blues.
2. Esok kelas physics.
3. Esok sukantara lagi
4. Buat conceptual framework untuk literature review
5. Alamak!!graf students tak cek lagi.Nasib baik selasa cuti.Phew..Phew.Phew.Tarik nafas lega
6. Macam dah nak mula kembali rajin update blog sebab aku rasa blog aku comel sekarang ( ? )
7. Bila nak ada cerita menarik kat blog aku ni?asyik cerita pasal cikgu plus masterji ja.Bila nak
cerita pasal kanak kanak pulak #mengarutsudahdotcom
8. Update ringkas.Bersurai!


Make Over #2

Make Over # 1
Ini tugasan blog yang dah lama tertangguh.Nak buat make over.Baru sekarang nak buat, padahal niat tu macam terperam dah lama.Entah apa mimpi entah.Nak kata kerja dah siap pun bukan.UNFINISHED work tu banyak lagi wey!

KerjaMemangTakHabisHabisWey melainkan PENCEN

And..kalau satu hari nanti ada pengstrukturan semula gaji cikgu, saya nak masuk club Saya Sokong Sangat Gaji Cikgu Naik sebab 1. saya suka duit 2. memang patut pun gaji naik.

Make Over #2
Satu persatu teman meninggalkan diri ke alam perkahwinan.The latest hot hot pengantin masih panas, Niza. My good + best fren di sekolah. We all posting on the same day 2 tahun lepas, buat banyak kerja yang sama kat sekolah, pergi berfoya foya bersama n then now Niza dah kawen!

Hohoho.Perkahwinan bukan pemutus sebuah persahabatan.Tapi ianya like macam kau dah kehilangan seorang sahabat yang kalau nak ajak lepak tengok wayang, nak ajak keluar makan malam-malam dia akan cakap 'kena tanya cik somi' , 'kena izin cik somi' yang last last kau jadi kurang mengajak sebab kau dah faham tugas dia sekarang dah ada extra job that is 'ratu di hati suami' . Wahhh..sweet tak ayat aku? Sure kau rasa aku romantis dalam diam kan sekarang Niza. Clap!Clap!

Sedikit ucapan buat pengantin yang cantek di hari perkahwinan



Buat Niza & Apat , selamat melayari bahtera alam perkahwinan dengan sabar , bahagia selamanya. This is the beginning for your new life. Semoga lepas ni dah berjaya memasak dengan dasyatnya supaya ko boleh buat open house tiap hujung minggu dan kitaorang datang makan dengan seleranya. TeeeeeeeeeettS




Last moment together before be Mrs Niza :)


p/s : eh kenapa tiba tiba sayu di hati ni? Huahuahua