Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Monday, February 11, 2013

Buat Bidadari Dunia

Pesanan Ummu Hakim buat puterinya :

"Anakku, engkau akan meninggalkan suasana tempat engkau dilahirkan, engkau akan meninggalkan sarang tempat engkau dibesarkan dan berpindah kesarang lain yang belum pernah engkau kenal. Engkau memperoleh teman hidup yang belum bisa menemanimu. Ia menjadi berkuasa ke atas dirimu dan menjaga kehidupanmu. Kerana itu hendaklah engkau dapat menempatkan dirimu sebagai hamba sahaya baginya dan demikian ia akan menjadi budak bagimu. Anakku, perhatikanlah beberapa sifat utama yang kupesan kepadamu, kerana hal itu akan menjadi bekal atau simpanan yang baik buatmu :
1. Temanilah suamimu dengan cara hidup bersederhana, merasa cukup dengan apa yang ada dan bergaullah dengan baik dan patuh.
2. Jagalah dirimu di hadapan matanya dan depan hidungnya agar engkau tidak kelihatan buruk dalam pandangannya, dan jangan sampai ia mencium bau yang tidak sedap dari badanmu. Berselaklah kerana celak merupakan hiasan terbaik. Ketahuilah bahawa air adalah pengganti terbaik minyak yang tidka kau punyai.
3.Perhatikanlah dengan baik waktu makan suamimu dan jagalah ketenangan di waktu ia sedang tidur, kerana rasa lapar dapat menimbulkan kemarahan dan tidur yang terganggu biasanya juga membangkitkan kemarahan.
4.Jagalah keamanan rumahnya dan keselamatan hartanya seta peliharalah kehormatan suamimu dan hormatilah anggota anggota keluarga. Sebab dengan menjaga keselamatan harta bendanya engkau akan mendapat penghargaan, dan dengan menghormati anggota anggota keluarganya, engkau akan mendapat perhatian yang baik.
5.Jangan sekali kali engkau membicarakan rahsia suamimu dengan orang lain dan jangan pula engkau menentang perintahnya, kerana jika engkau menyebarkan rahsianya engkau tidak akan jujur terhadap dirimu, dan jika engkau menentang perintahnya, ia akan marah kepadamu.
6.Jangan pula engkau gembira disaat ia merasa sedih,jangan pula engkau kelihatan sedih bila ia sedang bergembira.Sebab,yang pertama itu menunjukkan kependekan fikiramu, sedang yang kedua dapat mengeruhkan fikirannya.
7.Jadilah engkau orang yang paling menghormati suamimu, is pasti akan menjadi orang yang paling besar memberikan penghargaan kepada dirimu. Jadilah engkau orang yang paling mudah menyetujui pendapatnya, ia tentu akan menjadi orang yang paling lama menemani hidupmu.
8.Ketahuilah, engkau tidak akan dapat memperolehi keinginanmu sebelum engkau mengutamakan kesukaanya daripada kesenangamu sendiri, baik dalam hal hal yang engkau sukai mahupun yang tidak engkau sukai.

Semoga Allah menunjukkan pilihan yang baik bagimu


"KEJARLAH AKHIRAT, INSHA ALLAH DUNIA AKAN MENGEJARMU!"




Rujukan:
Muhammad Ali Quthb 
Pustaka Haji Abdul Majid (2008)

Tuesday, January 8, 2013

I Can Be A Better Me #Part3

Kisah bersiri.Sampai siri keberapa untuk direview saya pun masih samar samar lagi.Tapi yang pasti ianya bagaikan tiada henti.Asyik!Bila saya kembali disini untuk mengenang kembali perjalanan hidup.Pasti ada terpalit rasa manis manis gula kapas di hati.

Terkenang batu batu di Batu Feringhi.
"Anis Was Here-2012"
dan kembali....
pada tahun 2022 nanti...
*SENYUM*PUAS*LEGA*SYUKUR!*

Ewah...dah jauh kau pergi!

2012.Tahun paling memberi impak dalam diri.Tahun tuntutan ilmu.Tahun kedahagaan ilmu.Tahun kefakiran ilmu.Yang membuat kan saya rasa saya perlu pergi pergi pergi pergi pergi pergi dan pergi untuk ke setiap majlis majlis ilmu yang ada.

Alhamdulillah.Allah masih beri saya kesempatan ruang dan masa.
Pelaburan yang paling indah di tahun 2012.

Nak dunia perlukan ilmu.Nak akhirat perlukan ilmu.Nak kedua keduanya perlukan ilmu.Dan saya mahu kedua dua nya!

Intensif Mentor Kejayaan Kekayaan Dr Azizan Osman.

Ini kelas advanced kedua Dr Azizan Osman yang saya pergi selepas kelas Advanced Marketing Power,Oktober 2011. Dr Azizan, memang mengkagumkan. Tidak pernah saya berasa berubah atau berasa teruja untuk hadir kemana mana kelas melainkan ke kelas beliau. Sebab? Setiap kali pulang dari kelas beliau saya sentiasa berasa BARU!Anis yang bagaikan telah dibasuh basuh semula. Dan yang paling mengujakan, setiap kali selepas hadir ke kelas beliau, saya akan mendapat satu kejayaan yang baru. Selepas hadir ke kelas ini, Alhamdulillah perniagaan yang sedang diusahakan mendapat lebih banyak peluang pasaran ke Mydin di seluruh Malaysia. Osem kan! Tapi jika kita yakin, tiada apa pun kebahagian dan kejayaan yang tidak boleh kita capai. Ya, PERCAYA & YAKIN!

Cerita sedikit sebanyak,boleh baca di :

http://aqifazizan.com/reunion-imkk-bagaimana-untuk-mempunyai-wang-sebanyak-rm1-juta

Konvensyen Fiqh Ummah



Konsep Wasatiyyah dalam Islam.Speaker speaker yang hebat dalam konvensyen ini membuatkan saya rasa sehari pun memang tak puas lagi.Walaupun pembentangan mereka hanya sekadar kulit dan bukanlah sehingga ke isi, tapi cukuplah untuk membuka mata konsep konsep kehidupan Islam bagi orang orang yang masih dahagakan ilmu seperti saya. Paling best di sini, ada Prof Dr Muhaya dan dapat bergambar bersama beliau! Dan jumpa beliau bukan setakat sekali, tapi 2 kali sehingga sempat bertegur sapa. Saya teruja. Rasa nak ulang kembali masa. Idola saya Prof Dr Muhaya dan saya mengkagumi beliau.

Konvensyen Bidadari Dunia.



Buat bidadari bidadari dunia. Jangan bilang wanita itu lemah. Terlupakah kita pada kehebatan srikandi srikandi Islam? Khadijah. Asiyah. Ai'syah. Asma. Fatimah. Hayati perngorbanan setiap dari mereka. SubhanAllah boleh menginsafkan. Mengapa kita perlu lemah sedangkan tercatat dalam sejarah, wanita wanita ini berjaya membuktikan kehebatan?. Jangan mudah undur wanita. JIHAD FI SABILILLAH. Dalam konvensyen ini, saya berjumpa dengan Irma Hasmie. Sangat mengkagumi cerita beliau. Sungguh cekal selepas menerima hidayah. Plus, dia sangat cantik ok!

Rahsia Kuasa Minda Jutawan-Dr Azizan Osman
Kelas programming MINDA. Anda akan berjaya jika anda tahu menguasai minda. U are what u think. Jika kamu berfikir anda sebahagian dati kejayaan, sebahagian dari jutawan, maka berjayalah kamu. Jika minda anda masih lagi tidak percaya dan tidak yakin bahawa anda sebahagia dari mereka, secara total kejayaan pun masih jauh dari kamu. Kejayaan itu mudah. Ianya datang dengan kehendak. Bukan secara tiba tiba. Kelas 5 hari di Menara PGRM Cheras yang sangat berkesan. Bukan sekadar dalam pemikiran, tapi mendekatkan diri lebih kepada Allah, Sang Pencipta. Anda akan dapat apa yang anda mahu, jika anda sentiasa tahu cara bagaimana mahu berkomunikasi dengan betul dengan Allah . Dengan izinNya. Insya Allah.

Seminar Baitul Muslim

Di Menara TM,Bangsar. Ramai perempuan perempuan bujangsss disini. Seminar yang perlu ditingkatkan pengisiannya. Menarik. Tapi hanya kepada beberapa topik sahaja.

Seminar Fiqh & Penghayatan Solat

Saya menghadiri seminar ini atas tujuan untuk mempelajari cara solat dengan betul. Alhamdulillah. Saya mendapat sesuatu di seminar ini. Pembentangan dari Dr Abdul Rahman Basit sangat jelas tentang menyempurnaan solat dengan betul. Dari niat hinggalah tertib. Penting bagi saya untuk memperbaiki solat. Talian hayat antara kita dengan Allah. Jika pincang, risau akan terputus talian.

Celik Mata Reset Minda

Ada 2 sebab saya ke seminar ini. Jelas. 1. kerana ilmu. 2. kerana Prof Muhaya. Tapi kerana sebab yang kedua, saya juga mendapat manfaat untuk sebab yang pertama. Semuanya bermula dari minda kan. Ubah minda, insha Allah keseluruhan dunia kita akan berubah. Sentiasa berani, insha Allah kejayaan akan menghampiri. Yang berbeza itu sedikit, tetapi yang berjaya itu berbeza.

Train The Trainer-Dr Azizan Osman

Penutup majlis ilmu di tahun 2012.Sangat mencabar tapi berjaya mengubah diri kepada yang lebih menghormati masa.Keluar dari TTT, rasa nak nages dengan masa yang banyak di sia sia kan. Perkara yang mudah mudah di ambil lewa. Subhanallah, berapa banyaknya kerugian tanpa sedar yang saya alami. Menginsafkan dan mengubahkan! Sebab itulah saya tidak pernah kesal untuk ke setiap kelas kelas Dr Azizan. Ianya pasti membuat kita untuk berubah!Ya, untuk siapa siapa yang mahu sahaja. Yang tidak mahu boleh duduk rumah dan hidup di pulau alasan.

Alhamdulillah, mengakhiri tahun 2012 dengan menghadiri kelas kelas ilmu. Doa saya agar semua kelas kelas ini dapat saya praktikkan ilmunya dan memberi manfaat keatas kehidupan saya dan insan insan di sekeliling saya. Syukur Allah tidak menutup pintu hati untuk hadir ke majlis ilmu. Tiada satu pun majlis ilmu yang sama. Yang sama hanyalah diri sendiri yang masih sentiasa berada di takuk lama.Percayalah.

Matlamat saya di tahun 2013, saya akan menghadiri lebih majlis majlis ilmu terutamanya kelas kelas keagamaan. Masih terlalu kurang ilmu di dada.

"Kejarlah Akhirat, Insha Allah dunia akan mengejarmu!"

SAYA PENCINTA ELMU, DUNIA & AKHIRAT!

Saturday, January 5, 2013

I Can Be A Better Me #Part 2

Sambungan.....

Di bahagian kedua pula.Sebabkan tahun 2012 adalah tahun yang paling banyak nak dicorat coretkan. Maka cerita ni dah jadi macam kisah bersiri. Hohoho. I loike! Menulis secara pukal.

Jujur.Tahun 2012 adalah tersangat laju.Sampai rasa nak update cerita ini di hujung tahun tapi dah terlajak sehingga seminggu di tahun baru.

Matlamat tahun baru 2012 : Banyakkan menulis.menulis.menulis.menulis.BERKONGSI. Insya Allah.

"Andai aku membawa kebaikan kepada kalian, dekatilah aku, ambillah seberapa banyak kebaikan dari aku. Namun jika aku sedikit pun tidak membawa kebaikan kepada kalian, jangan sesekali tinggalkan aku. Tetapi bimbinglah aku. Bawalah aku bersama kearah kebaikan dan kejayaan. Fi dunnya wal akhirah" -Anis Diyana

Tahun 2012 yang manis,
Manis.Manis sehingga tuan blog berdarah manis.
Manis Manis Si Anis Manis.


And now.....i'm taken by the most amazing guy in the world! #3November 2012#

Sekarang.Sedang menghitung hari sebagai suri.Persiapan kahwin suka nak DIY sendiri.Kenangan sekali seumur hidup kan.Manis.Baru nak rasa kagum dengan diri, rupanya ada juga terlahir bakat seni.N the best part is, dibuat dengan rasa CINTA. Hohoho. Santa Klaus berkata. :P

Tahun 2012.Alhamdulillah.Satu persatu perkara baik yang datang. Semoga Allah sentiasa redha.

*LOVE*EAT*PRAY*





I Can Be A Better Me #Part 1

Assalamualaikum.
Sudah tamat di tahun 2012. Maka, berkurang lagi setahun usia. Semoga setiap amalan di tahun 2012 diterima dan teruslah istiqamah dalam setiap perbuatan.Bertindak untuk berubah pada setiap hari, insya Allah akan membawa perubahan. Yang penting, TEKAD!

Penulisan kali ini adalah untuk mengenang kembali segala peristiwa di tahun 2012. Kenangan terindah dalam mencapai potensi diri di peringkat tertinggi. Syukur, Allah masih sayang. Masih lagi memilih diri untuk menjadi sebahagian dari insan insan yang terus kukuh dan tabah di medan perjuangan. Sifat mukmin itu berjuang!

Kerana ianya terlalu banyak yang nak dikongsikan [ sampai tak menyempat nak update blog lah kan ] , maka hendaklah di reviewkan satu persatu segala peristiwa pahit manis untuk dikenang di tahun 2012.

Part 1 : Mengajar Vs Belajar

#Layan Gambar ..1.2.3#





Alhamdulillah. Tahun 2012, mencipta satu titik kemenangan. Setelah 2 tahun berjuang di medan masterji, akhirnya segulung sarjana kini digengam. Pengorbanan 2 tahun bergelumang dengan assignments, proposal, presentation & research tersangat indah yang memang takkan luput dari memori.

Berulang Penang-Perak setiap minggu, buat tutorial dalam kereta, tidur dalam kereta, sembahyang dalam dewan kuliah, berkampung di library, kakak kakak yang baik, lecturer yang sporting.

Oh my!Semua itu kenangan.

Ya!Pengorbanan itu manis.

Pesan Dr Salmiza "Tiada kejayaan yang datang dengan bersenang lenang.Teruskan berjuang"

Teruskan?PHD?Insya Allah. Coming Soon.

Status Terkini : Sedang siapkan proposal & artikel yang dah banyak kali kena edit. Doakan saya doakan.Phewww.....

Ok,selesai part pertama.Esok esok kita cerita part ke 2, ke 3,ke 4....

Banyak lagi yang nak di kongsi!

"Ini bukan penamat, tapi ianya permulaan kepada segala cerita" -Anis Diyana


Saturday, September 8, 2012

Apa yang penting?


Ahad yang indah.Sekali sekala menjengah kepada blog yang memang selalu ditinggalkan.Masih bernyawa.Pemilik dan blognnya.Alhamdulillah.Setiap yang di dunia ini hanya sekadar pinjaman sementara.Bersyukur sementara masih ada. :)

Mengira detik hari hari nak Konvo,tidak dapat dinafikan timbul sedikit perasaan eksited dalam diri walaupun sekali sekala hampir terlupa yang diri perlu di'konvo'kan.Ok,kita tunggu saat itu ya.Biar debaran berlalu tanpa sedar dan akan datang bila hampir tamat saat dihitungkan.

Minggu ini penuh dengan acara memenuhkan perut.Pagi petang siang malam,esofagus bekerja untuk melengkapkan satu sistem penghadaman.Haha.Agak membimbangkan bila bersoal mengenai terminologi biologi sebenarnya.Takut terbabas fakta.Yang salah?Mereka dan keluarga mereka. :)

Minggu ini juga agak berlaku sedikit kekecohan mengenai isu di bidang perguruan.Aiyooo....Hentikanlah budaya hentam menghentam dan menunding jari diantara satu sama lain.Bukankah lebih baik jika kita memikirkan cara mencari solusi dan bekerjasama agar yang pincang itu menjadi lebih baik.Sistem pendidikan takkan berjaya jika hanya mengharapkan tugas guru semata mata.Kerjasama dari pelbagai pihak termasuklah masyarakat dan komuniti dituntut agar misi dan visi  pendidikan negara dapat dijayakan.Dari kita terus menghukum,tidakkah yang kita sedar bahawa banyak lagi yang perlu diusahakan bagi merealisasikan hasrat pendidikan berkualiti.Adakah kita masih perlu duduk dan mendabik dada dengan bidang tugas masing masing sedangkan sistem pendidikan Malaysia sudah jauh kebelakang berbanding negara negara maju yg lain?

Melahirkan modal insan yang berkualiti,yang bukan sahaja berilmu tetapi mampu berfikir secara kreatif dan kritis,tidak mudah bagaikan dikata.Berhentilah menghukum guru.Tetapi bantulah kami dalam melaksanakan tugas.Pendidikan bukan hanya di sekolah.Tapi ianya bermula sejak dari dalam rahim ibu sehinggalah sampai ke liang lahat.Jika masih ramai yang menunding jari,hasrat untuk melahirkan 'insan' yang sebenar benar 'insan' tidak mampu tercapai.

Kepada guru,jangan terlalu sentap.Berpandangan dari sudut yang negatif akan menanah hati.Berpandangan dari sudut yang lain,saya rasa this is a RED signal from a public about our profession.Kita sentiasa diperhati.Kerjaya kita terlalu dekat di hati masyarakat.Mungkin yang diperkatakan hanya merujuk kepada nila yang setitik,tetapi memerlukan kita untuk berfikir dan terus berfikir apakah kualiti tugas yang kita hasilkan benar benar berkualiti?Jangan terus menghukum tetapi muhasabah kan diri.Jangan menilai dari sudut gaji.Tetapi nilai dari sudut ganjaran yang Allah beri di 'sana' nanti.Insha Allah.Dunia ini adil,sangat adil buat kita.Jika hari ini kita berjuang untuk nasib anak anak murid kita,mungkin akan datang ada juga guru yang akan berjuang untuk nasib anak anak kita.Dunia ini adil.Sangat adil.Buatlah sehabis baik.Saya kagum juga dengan beberapa guru senior disekolah yang sepenuh hati berkhidmat demi sekolah.Kagum dengan semangat mereka yang sangat sangat bersemangat dalam mendidik.Subhanallah,hanya Allah mampu membalas kebaikan hati hati mereka.

Kepada ibu bapa dan orang orang diluar sana,tidak dinafikan sedih juga dengan segala kata kesat yang dilemparkan terhadap kerjaya yang dipilih ini.Andai mereka paham betapa kami,guru sebenarnya sentiasa bimbang dengan nasib anak anak murid kami.Andai mereka paham betapa kami inginkan yang terbaik buat anak anak murid kami.Andai mereka paham betapa risaunya kami bila menjelang musim peperiksaan sehinggakan kadang kadang terlupa dengan keseronokan diri sendiri.Andai mereka paham........mereka pastinya bantu kami bukan menghentam kami.Pendidikan bukan hanya disekolah.Tapi ianya berlaku dimana mana.Setiap hari dan setiap masa.Bantulah kami,guru dalam membantu memastikan kejayaan anak anak murid kami.At least,hadirkan diri dalam semua majlis jemputan sekolah walau sesibuk mana kerjaya ibu bapa sekalipun terutamanya pada Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru.Supaya masing masing bisa berbicara 'heart to heart' bukan 'hurt to hurt' lagi.Pleasee hadir.Sekurangnya boleh habiskan makanan jamuan jika tidak ada pulak berlaku isu membazir.Hihi.Dah lari point.

Eh,macam serius pulak.Nehi nehi.Sekadar menulis meluangkan masa di hari ahad.


Apa yang penting?

____________________ !




Lawla murabbi, maariftu rabbi 
"Jika tidak kerana pendidikku,tidak aku mengenal tuhanku"







Tuesday, February 14, 2012

Rules & Regulations

Done!Harini tamat training hoki setelah berjemur selama seminggu di padang.Ini training untuk pertandingan hoki peringkat Negeri di Stadium Ipoh,bermula Jumaat ni.Mari,mari, ramai ramai kita sokong Kerian :)

Saya bukan Coach.

Gucci.LV.Salvatore Ferragamo oh my!

Yang Pasti

I'm FOREVER 21.

Ahaks!

#Sekadar Iklan#

Training ini untuk player lelaki bawah 18 tahun.Tugas saya menguruskan student saya yang terlibat dengan training ni.Satu momen indah time training ni,sukan adalah pengerat silaturahimi.Syiok ada students yang sepoting dan sappotif.Siyes.Dah macam adik adik pulak saya rasa.

Eh,ekceli entry ni tercetus time di padang.Tapi sebabkan keadaan kejemuran yang melampau,maka kita simpan dulu dalam hati.

Ini buat rakan rakan yang tergolong dalam kelab mudahgodadotcom.Sama!Sama!Kita mendaftar dibawah satu kelab.Dulu lah.Sekarang saya membubar keahlian.Tiada permohonan baru.Azam baru,berhentilah dari berbelanja dengan keadaan mudah tergoda.Baru masuk kedai dengan niat maw 'Window Shopping' , akibat mudahgodadotcom punya pasal, habis dah jadi 'Shopping Heaven'.Cess,pelayan memang menjalankan tugas dengan cekap.

#Tekad#

Tapi,tahun ni,saya berusaha untuk mempraktikkan benda baru.Harap dengan pembubaran kelab,tiada lagi penubuhan kelab yang lebih mengancam selepas ni.Saya rasa,dengan berkata dengan ikhlas, jika di goda:

"Maaf dik,akak tak ada budget untuk beli baju,budget akak hari ni untuk beli selendang saja"

#Sambil tersenyum manja#

Saya rasa itu cara lebih mudah untuk saya mengurangkan nafsu berbelanja.Jawapan yang ringkas dan padat.Alhamdulillah,it works for me :).

Walaupun anda rasa anda mampu untuk berbelanja lebih,tapi saya rasa berjimat adalah cara yang TERBAIK.Boleh juga,simpan duit untuk berbelanja lebih tu untuk bersedekah ke kan.Ingat!

"The More You Give,The MORE and MORE You Get!"

Last but not LEAST

Jika kita perlu barang BRANDED untuk yakin diri,bererti kita kurang keyakinan diri.Sama renungkan.Jika BRANDED untuk tahan lama,ok.Tapi BRANDED untuk pandangan manusia alangkah ruginya #Prof Muhaya.

~Renungan~




Oh My Gucci!

Erk?

Hahaha

Monday, February 13, 2012

HIJAB#1


Dress down & modestly- I'm saying goodbye to 'heavy' makeup! Pray for me! And NO mre tudung kecik & bju ketat2! Khalas! Reborn #muslimah

@Wardina Safiyyah Official Page


*****************************************

Meninggalkan sesuatu yang menjadi kegemaran anda,adalah tidak mudah.Tetapi,jika di NIATkan kerana ALLAH,insya ALLAH,anda sentiasa merasa INDAH! #Anis Diyana

Yess,truly.I am



Don'ts



Thursday, February 2, 2012

Di Manakah Saya?




Dimanakah saya bakal memulakan kehidupan yang lebih stabil kelak?

Insya Allah,mengikut perancangan itu, ianya ADA.Di salah satu tempat yang termaktub di atas.Tapi itu perancangan saya.Selebihnya saya serah kepada Allah.He knows BETTER.

Setakat ini kehidupan memanglah bagaikan nomad.

Penang-Perak-KL

Sabar lah Anis,sementara impian ingin di kejar.Yang manisnya,pasti ada di hadapan.

*GLORY.GLORY*











Wednesday, February 1, 2012

Meminang




*Manis Manis Madu Gula Kapas kan!*

Oh,Indah!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, January 30, 2012

The Place I Must Visit #1

*Kota Sejarah,Kota Cinta,Kota Fashion,Kota Pizza*

ITALY






&

.
.
.
.
.
.
.

boleh nyanyi lagu ni di sana!

Oh,suwit!

Ahaks!



*Ok,Pasang Hajat*


Saturday, January 28, 2012

Iqra'

Insya Allah

"Semakin banyak anda membaca,semakin banyak anda mengkaji,semakin banyak anda berfikir,semakin dekat anda dengan Allah.....Insha Allah" #Anis Diyana

I LOVE BOOKS

I LOVE BOOKS

I LOVE BOOKS

*Jatuh Cinta*

No words can explain how much i love books.Seriously.Sangat.Sampai rasa dating di kedai buku adalah lebih mulia dari menonton wayang.Pembudayaan membaca memang WAJIB digalakkan sejak kecil.Eh,bukan sejak kecil,tapi boleh dilakukan sejak dalam perut.You can teach your baby.Waa...kiut!

"You are what you read and the best book is Koran *Recommended* "

Yes,memang sangat disyorkan.Pembudayaan membaca membentuk peribadi.

*I'm telling dis doesnt mean i'm good but i just want to share my experience*.

Sebelum ni,memang saya suka membaca.Tapi nama pun dah jiwa remaja memang banyak membaca benda benda berunsur hiburan dan fashionista.Because i love fashion.Yes I do.Sangat suka.Everything tentang fashion memang saya up to date.Love it!Suka sangatlah time tu.

Fashion!Fashion!Fashion!

*******************
But,once saya diperkenalkan dengan buku La Tahzan.Best Seller.Penulis : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni.Saya rasa itu adalah satu turning point untuk saya mengkaji mengkaji dan terus mengkaji banyak sangat hikmah disebalik kejadian yang sesungguhnya Allah Maha Penyayang tapi saya yang semakin jauh jauh dan jauh meninggalkanNya just because 'I Love Fashion'.Masha Allah.T_____T

*****************
Ok,dats my story untuk dikongsi.Membacalah.Yang penting bacalah benda benda yang berfaedah yang boleh menjadi makanan jiwa bukannya benda benda lagha.Insha Allah dengan membaca memang akan membentuk peribadi.Betapa tingginya saya menghormati ilmu,usailah di kata.Sangat mengesorkan budaya pembacaan.Jadi ratu kempen pun i sanggup!Hehe :)

" Iqra' "

*********************
Tetapi,perkara yang paling penting,bacalah Al-Quran setiap hari.Banyak hikmah di sebalik pembacaan.Even dengan membaca 'Bismillahirrahhamnirrahim' pun dah dapat pahala,,apatah lagi membaca ayat ayat suci Al-Quran.Masha Allah.

"Allah The Mercy"

*********************
Oh,ada sesuatu lagi untuk dikongsi,bertadabburlah juga dengan Al-Quran.Biar kita lambat khatam,asalkan kita paham apa makna yang kita bacakan.Lebih banyak pahala.Dont rush.Insya Allah.Saya masih dalam proses untuk memahami , step by step, lets do it together frens and paling penting mohon dikuatkan hati agar sentiasa beristiqamah dalam mencari cinta Allah.

Macam Wardina Saffiyah pernah cakap, pesan Dr Harlina kepada dia , baca Al Quran tiap hari.Dan baca tafsir.Kalau kita tak pernah paham apa maksud ayat Al-Fatihah,mulakan task hari ni untuk pahamkan Al-Fatihah , sekurangnya kita paham apa yang kita bacakan dalam Solat.

Dalam Tanyalah Ustaz, dengan tajuk 'Penghayatan Cara Hidup Islam' pagi tadi pun ditekankan untuk memahami Al-Quran.Like i said

"Semakin banyak anda membaca,semakin banyak anda mengkaji,semakin banyak anda berfikir,semakin dekat anda dengan Allah.....Insha Allah"

***********************

Ok,selamat penulisan pada hari ini.Sekarang saya dalam proses membuat penulisan ilmiah dan trying to motivate myself untuk menjadi rajin!rajin!rajin! menulis tesis. :)

Sekarang?

Da sesat ke blog.........Ok,

*Back On Track*





Friday, January 27, 2012

ViewPoint

"Belajarlah untuk melihat hikmah Allah pada setiap satu kejadian kerana ianya adalah tanda tanda orang yang berfikir" #Anis Diyana

Yess...always pesan pada diri.Sama ada buruk atau baik sesuatu perkara yang datang,terima dengan rasa syukur.Muhasabah.Sentiasa terdapat hikmah Allah sebalik kejadian.Jika yang baik datang,gandakan kesyukuran.Jika yang datang bukan seperti yang diharapkan,gandakan kesabaran.Insya Allah.

S.A.B.A.R

2012.Tahun kawan baik kawen.All.Maka dengan itu tiadalah teman baik untuk keluar berfoya foya sangat lagi.Err...bukan terputus hubungan persahabatan lepas kawen.Tapi lepas kawen,banyak lagi tanggongjawa kawan yang perlu diberehkan.Nak keluar kena minta kebenaran suami.Kadang kadang time nak keluar timing tak sesuai.Sedara belah suami nak datang,mak mertua datang melawat.Macam macamlah.Orang dah kawen.Adatlah.

Masih sendiri?

Sejujurnya untuk menjawab soalan ini memang saya tiada jawapan.Tapi melihat hikmah untuk saya tidak kawen sekarang,saya rasa ada.Melihat kepada kesibukan diri akibat Masterji,besar natijahnya.Risau.risau jika berkahwen sekarang,tidak mampu mencapai taraf solehah buat cik somi.Sebab itu saya sentiasa percaya,Allah memberi tepat pada masanya.Insha Allah akan datang suatu hari nanti seorang insan yang akan membimbing saya, generasi saya, berjuang bersama sama mengejar syurga Allah bila tiba masanya.

"Buat cik somi,
Ketahuilah bahawa akan tiba saatnya suatu hari nanti untuk kita dipertemukan kelak.Dan akanku pelihara rasa sayangku,kasihku,cintaku,hatiku dan rinduku ini hanya untukmu.....Insha Allah."

Selamat Berhujung Minggu...Minggu siapkan instrument sampai habis.Aja aja Fighting!
Puasa Fesbuk!

Thursday, January 26, 2012

Nak!

1.Nak pergi umrah.Nak!Nak!

2.Nak join usrah Dr Harlina Siraj.Mana mana aktiviti atau ceramah beliau.Nak!Nak!Sebab saya suka dia.Haritu time Konvensyen Twins of Faith sangatlah beratur untuk masuk slot dia tapi Full House!Dan sangatlah kecewa sampai sekarang.Salah saya sebab tak register awal.Tak update di fanpage.Konklusi : I Adore Her!

3.Dah pernah cerita dalam entry lepas.Memang rasa tak pernah padam rasa nak ikut aktivitas kesukarelawan.Nampak macam tak rasional sangat nak di buat time waktu di ambang researchkaupuntaksiaplagi tapi passion itu ada.

4.Nak pergi umrah.Nak lagi <3 br="">
5.Nak mencari cik somi yang masih tak sampai sampai ke 1st pitstop lagi.

6.Nak tidur.Oh mata,pelisssss terpejam.Dah banyak kali cubaan ni :(

"Dengan nama Allah aku hidup dan aku mati" #SelamatMalam.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, January 21, 2012

Entry Terbaru di Tahun Baru :)

Alhamdulillah.Dah berada di tahun 2012.Masih di panjangkan umur.Syukur.

Dan dah sudah lama tak menulis.Sekaligus blog tidak menjalankan fungsi nya sejak ianya diactivated. Jika ditanya.Memang sengaja.Atas sebab-sebab peribadi dan biarlah ianya ditanam di situ.Kehidupan lalu kita jadikan panduan bagi menempuh kehidupan akan datang.Insha Allah.

Perkara-perkara yang perlu di bereskan sebelum berakhir 2012 dah memang bersusun susun.Dan memanglah berharapkan semua kerja berjaya dihabiskan dengan tamatnya tahun 2012.Wah, baru saja bermula dah pikirkan nak tamat.Kerana asyik memikirkan yang indah di hadapan.Insha Allah semua perkara bisa di bereskan.

Hello Anis, What r u goin to do?

Ayat dalam blog macam misteri lah sangat.Macam projek besar kemain.But, YES. I hope ianya menjadi besar!besar! dan berjaya!

It is K.A.W.E.N?

Nope!Dimiliki dan memiliki sentiasa menjadi agenda setiap tahun.Cuma masih dan pertanyaan bila dan siapa.Soalan misteri yang hanya Allah yang berhak menjawab.Saya sentiasa yakin dengan janji Allah.Dia akan memberi apabila tepat waktunya.Tidak sekali berputus asa.Bercinta biarlah pada cik somi saja.Biarlah ianya menjadi cinta agung selepas Allah dan Rasul.

and i like dis!

"kami tidak akan ucapkan cinta pada mana mana lelaki 'ajnabi' kerana kami simpan perkataan itu untuk bakal suami kami"..... #FarahLee


Masterji?

Yes..Yes...itu pun salah satu antaranya. Bakal menghantar tesis pada bulan 5.Maka tinggal 4 bulan lagi untuk menganalisis data segala bagai.Ok, stop it! Masih melatih diri untuk menguruskan masa dengan tersangat betul supaya semua boleh settle on time.Tatatatasabar bergelar sarjana!Seriously.

Teeet.Sudah terlajak menulis.Sudah masuk waktu Asar.Moh solat.Azam tahun baru mau yang buat tiap hari

1. Solat On Time
2. Baca Koran lepas solat.
3. Belajar Tafsir Koran
4. Solat Dhuha & Solat Tahajjud.
5. Baca surah Al Waqiah setiap pagi dan Al Mulk sebelum tidur.

Lets do it together frens! :)


Tuesday, December 6, 2011

Yakinlah


"Bukan saja saja Allah meletakkan kita dalam bidang itu,
Bukan saja saja Allah mengurniakan kita kepakaran itu,
Bukan saja saja Allah memasukkan kelemahan itu,
Bukan saja saja Allah memberikan ujian sebegitu,
Bukan saja saja Allah membiarkan anda mengemudi dalam keadaan sebegitu.....

Melainkan Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu,
Melainkan Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu ilmu itu,
Melainkan Allah temukan anda dengan insan insan yang ikhlas membantu,
Melainkan Allah mahu menguatkanmu,
Melainkan Allah mahu anda tahu betapa tinggi kasih sayangNya padamu"



"Manusia merancang,Allah juga merancang dan yakinlah bahawa perancangan Allah itu lebih baik"



Friday, December 2, 2011

Hidup Ini Indah


1.Hargai dan manfaatkan setiap peluang dalam hidup. Peluang takkan datang berkali kali.So grab it!

2.Hormati setiap orang disekeliling anda.Menerima segala kelebihan dan kelemahan.Hidup saling melengkapi.Setiap orang di lahirkan berbeza beza.Beza pendapat.Beza pendirian.Walau jauh mana jurang perbezaan pendirian,sila HORMAT.

3.Belajar dan terus belajar mencari ilmu.Ilmu Allah itu luas.Masha Allah tak tahu nak cakap.Makin banyak yang kita cuba untuk tahu,makin banyak yang kita tak tahu."Iqra' "

4.Perbaiki segala kelemahan diri setiap hari.Mulakan dengan sesuatu yang kecil untuk mendapatkan sesuatu yang besar.

5.Hidup ini indah jika dimanfaatkan.Pesanan untuk diri sebelum mata terpejam : Semoga menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada generasiku,keluargaku dan masyarakat.Insho Allah.

I Love Myself :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, November 5, 2011

Pengorbanankah?

Dah lama tak update blog.Terasa janggal nak menulis.kesibukan kadang2 buatkan saya lupa yang saya ada memiliki sebuah blog yang bersawang lamanya.

Allahu akbar.Allahu akbar.

Alhamdulillah masih di berikan nyawa untuk menyambut hari raya korban, merasa daging korban, menghayati erti pengorbanan.

Pengorbanan bagi setiap orang adalah berbeda beda. Ada yang kata , korbankan tidur tu pun dah dikira pengorbanan , ada yang mengorbankan seluruh masa dalam hidup,seluruh tenaga.Pelbagai jenis pengorbanan boleh diertikan, tetapi berapa tinggikah darjat pengorbanan kita jika dibandingkan dengan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah.Masya Allah!

Dan ingatlah, untuk mencapai sesuatu kejayaan, memang memerlukan beribu pengorbanan.Masa,wang,tenaga itulah yang perlu di bayar untuk sebuah kejayaan.Tiada kejayaan tanpa pengorbanan!

Walau apa pun definisi pengorbanan yang kita berikan, samada besar atau tidak, ingatlah Allah selalu bersama kita.Kita sentiasa tidak keseorangan dalam mencapai hasrat dan cita cita.Jika hati berasa tewas dalam pengorbanan, berceritalah padaNya, insha Allah akan dibentangkan jalan buat kita seluasnya.Berusaha dan jangan berserah hidup pada nasib semata mata.

Sekadar buat peringat untuk diri saya yang sentiasa terlupa.Hidup adalah satu perjuangan menuju Akhirat.Maka sentiasalah BERKORBAN untuk mendapat kesenangan dan kebahagiaan kehidupan diSINI dan diSANA.

Semoga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi kita semua.Ameen!

Selamat Hari Raya Aidil Adha :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, September 21, 2011

7 Tips membuatkan otak berfikir cepat

1.Ambil dos EPA secukupnya
2.Seks secara terancang
3.Buat teka teki / soduku
4.Ketawa / senyum
5.Berjalan kaki
6.Berfikiran kreatif
7.Berhubungan dengan sifat keanak anakan.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, September 10, 2011

Stand On Your Own Feet

People can talk anything
People can assume anything
People can blame on me either
Go on. I'm fine with it.
They know nothing. Yes. Nothing.
But one thing for sure to put the blame on others is not so me.
Allah knows everything & that more than enough for me
Talk people!Keep on talking
I'm standing here just to listen
And I'm ready for everything
It all seems easy to me because I have faith in Allah SWT & I believe in myself

So here I'm just standing up myself


credit to NN

Sunday, September 4, 2011

Top 10 Traits of Highly-Successful People

1.Work Hard
2.Continuously learn and never quit
3.Keep a balanced perspective of things
4.Self-reliant and take responsibility
5.Adapt quickly
6.Curious and eager to learn
7.Network with people
8.Creative
9.Seize the present moment
10.Observant

From Dr Philip E. Humber ( www.philiphumbert.com )