Showing posts with label Teaching. Show all posts
Showing posts with label Teaching. Show all posts

Friday, May 1, 2020

KLUSTER MURID WAKTU MUSIM PKP



1. KLUSTER SETIA MENANTI

Kluster jenis ni sangat setia. Setiap kali kelas online secara video call mesti ada. Siap jadi orang pertama yang 'join meeting'. Tak cukup secara video call, segala sumber komunikasi online, Telegram, Whatsapp dia cuba hubungi cikgu dia kalau ada soalan nak tanya. Kluster macam ni memang buat hati cikgu lega. Ada motivasi sendiri untuk belajar walaupun dimana mana. Selalu kluster ni jenis yang menempah jalan jalan kejayaan buat dia. 

2. KLUSTER CEKAL

Kluster ini jenis yang bersemangat setiap kali nak belajar. Setiap kali kelas online secara video call dia mesti nak join. Tapi musim PKP ni, bila tinggal dirumah internet tak stabil pula. Baru je nak online dah terputus putus. Tapi jenis kluster ini, tak mudah putus asa. Dia akan cuba dan terus mencuba sehingga habis waktu belajar. Tak cukup dengan tu, dia hubungi cikgu pula. Kluster jenis ni pun buat cikgu rasa lega. Punya semangat yang tinggi nak belajar, tapi diduga.

3. KLUSTER DUGAAN MELANDA

Kluster ini jenis yang bersemangat. Tapi sedihhh dugaan melanda. Atas beberapa faktor, memang tak dapat nak online. Selalu hilang dari radar. Nak hubungi cikgu pun tak dapat. Tapi dalam hati meronta ronta. Nak buat macam mana. Dugaan melanda. Jadi sebagai alternatif, dia tak tinggal terus belajar. Tapi cuba belajar sendiri dari sumber yang ada.

4. KLUSTER DIAM UBI BERISI

Kluster jenis ni  sentiasa diam ketika beronline. Dia ada. Tapi macam tiada. Jika ada kelas secara video call/live, dia macam chipsmore. Sekejap ada. Sekejap tiada. Tapi dalam diam-diam, dia rajin belajar dengan you tube channel, buat latihan cikgu bagi. Tak cukup dengan itu, siap tanya latihan dari kawan-kawan sekolah lain. Tapi dengan kawan sahaja. Dia suka bertanya dengan kawan kawan. Dengan cikgu, memang diam tanpa khabar berita. 

KLUSTER TIKTOK

Kluster jenis ni punya isu nak online. Kalau tak internet problem, gadjet nak online tak ada. Kena kongsi dengan adik beradik. Tapi tak mengapa, memandangkan tempoh PKP ni cikgu tak ada depan mata, jadi cikgu mungkin faham kenapa selalu tak ada setiap kali kelas online. Tak apa. Tak apa. Cikgu faham. Taaaapiiiii...bila dah boleh online. Dah ada sumber internet, tak di cuba nak mesej cikgu bertanya mengenai pelajaran yang dah tertinggal. Lebih baik tik tok dulu, update twitter dulu, sebelum buat kerja-kerja yang cikgu bagi. Kerja sekolah? Relax. Tak payah buat. Sekarang kan PKP.

KLUSTER TIDUR ITU INDAH

Kluster jenis ni tak ada isu nak online. Internet kat rumah laju. Gadget pun ada Nak laptop, mak bagi. Nak handphone ayah belikan. Tapi bila time nak buat kelas online, tiba tiba dia senyap menghilang. Tak tahu pergi mana. Mungkin ambil alih tugas jadi ketua keluarga. Cikgu pula tunggulah dekat meeting room tapi hanya beberapa orang je yang ada. Kalau ada pun, bila ditanya, semu krik krik saja. 

Jadi musim musim PKP ini, kamu jenis kluster yang mana? 



Wednesday, August 21, 2013

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Assalamualaikum
Hari ini saya nak berkongsi sedikit info buat cikgu cikgu yang nak sambung belajar MASTER atau PHD dengan FREE.

Yes.
PERCUMA.

Memang satu peluang yang dinantikan.
Siapa taknak benda PERCUMA dalam dunia kan.
Walaupun sebenarnya golongan itu ada.
Ahaks.
*Sentap*

Satu satu nya cara yang saya tahu untuk sambung belajar secara PERCUMA bagi cikgu cikgu adalah dengan tajaan KPM. Untuk kemasukan 2014, permohonan telah di buka pada bulan 5/2013 dan bagi nama yang tersenarai untuk ditemuduga, senarai nama telah di keluarkan pada bulan 7/2013 dan temuduga di jalankan pada bulan 8/2013 dan 9/2013. 

Mengapa saya ceritakan waktu waktu yang penting disini?
Penting untuk korang korang yang nak buat next permohonan.
Kiranya di bulan 4 atau 5 setiap tahun, rajin rajin lah bukak website KPM untuk dapatkan info jika ada peluang keemasan ini dibuka. 

Bagi yang nak memohon, ada dua jenis permohonan yang boleh di pohon.
Pertama. samada ingin belajar di dalam negara atau luar negara.
Kedua. samada ingin belajar dengan memohon CUTI BERGAJI PENUH dan dapat biasiswa (ini memang dinantikan oleh semua cikgu cikgu di Malaysia) atau belajar dengan memohon CUTI BERGAJI PENUH tanpa biasiswa. 

Prosesnya semudah ABC namun segala perjuangan kehidupan rencahnya adalah kecekalan. Kalau tak cekal, awal awal lagi dah tutup buku n good bye! 

Langkah 1 : Isi borang permohonan di web KPM. Selepas mengisi borang permohonan, ada beberapa dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan termasuklah borang pengisytiharan harta yang kita selalu buat untuk setiap 5 tahun sekali. Oleh itu, borang borang yang penting yang melibatkan perkhidmatan, jangan di abaikan. Simpan elok elok kemas kemas. Surat lantikan, surat pengesahan jawatan, sijil sijil perkhidmatan yang kita ada, SIMPAN. Jangan harapkan kerani kat sekolah sahaja yang nak simpan. Hak sendiri makanya tanggungjawab sendiri jugalah untuk menjaga hak peribadi. Dan akhirnya dua tandatangan yang di perlukan bagi pengesahan sebelum menghantar permohonan. Pertama, tandatangan dari pengetua/guru besar sekolah. Kedua, tandatangan dari Jabatan Pelajaran Negari (Pegarah/Pen Pengarah/Ketua Sektor) . Disebabkan ada dua tandatangan yang kita perlu dapatkan sebelum menghantar borang, oleh itu dinasihatkan untuk membuat mengisi permohonan awal. Yela, orang orang penting dan busy macam Pengetua & Pengarah Pelajaran tak selalu ada di pejabat. Jika hantar last minutes, time tu juga diaorang busy dengan meeting atau program program lawatan, sudahnya kita juga yang rugi kan. Maka, tindakan awal amat amatlah diperlukan. 

Langkah 2 : Hantar borang ke bahagian tajaan pendidikan KPM di Cyberjaya. Masuk ni dah 2 kali saya ke Bangunan ini. Kali pertama time first degree dulu. Dah memang anak tajaan KPM, jadi memang dah kena ke sana la kan untuk urusan. Dan kali kedua time saya nak mohon PHD kali ini. Sedia maklum, pengajian sarjana saya buat secara part time dengan modal dari gaji sendiri. 

Langkah 3 : Pengumuman peluang untuk di temuduga. Bagi yang telah memohon, harapan untuk mendapat peluang emas ini bagaikan hanya disebelah kaki apabila nama anda dah di senarai pendek untuk temuduga. Ok, untuk permohonan bagi menyambung PHD kali ini saya tidak berjaya , namun tidak kecewa atas beberapa faktor yang saya kira percaturan Allah untuk unik atas segala nawaitu dan perancangan kita, DIA yang lebih tahu. Faktor faktor kegagalan yang saya telah selidiki mungkin disebabkan oleh 
-faktor usia. Saya sekarang baru berusia 28tahun dan baru saja 5 tahun berkhidmat dalam KPM. Saya kira KPM bagi laluan dulu kepada senior senior untuk sambung PHD.
-faktor masa. Saya baru saja tamat sarjana tak cukup setahun sedangkan syarat permohonan mesti sudah tamat sarjana sekurangnya satu tahun. Ini nama nya saja gatal nak minta. Muahahahahaha. Ok, tak kelakar. 

Langkah 4 : Ditemuduga. Hasil dari maklumat dan info kawan sekerja saya yang dah pernah pergi beberapa kali temuduga, pertama temuduga akan dijalankan dalam dua bahasa. Contoh, kalau kita minta kursus pengajian dalam Bahasa Inggeris, maka penemuduga akan minta kita explain serba sedikit dari soalan mereka dalam Bahasa Melayu dan begitulah sebaliknya. Disini mungkin mereka nak tengok taraf kekonfidenan kita. Jangan kena gertak sikit dah cuak. Alahai, sedih ai gitu. Waktu temuduga juga kena sediakan proposal untuk dibawa bersama. Ada juga dah pernah pergi temuduga beberapa kali tapi tak berpeluang sambung belajar lagi. Bila anda mengalami situasi begini, jangan give up. Pilihan kehidupan hanya ada dua, berundur atau berjaya. Jika teruskan usaha, insha Allah satu hari akan berjaya. Hanya Allah yang tahu bila. 

Ok, itulah serba sedikit maklumat perguruan yang saya tahu untuk dikongsi bersama. Yang baik kita kongsikan, yang buruk juga kita ceritakan. Agar ianya jadi pengajaran buat kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. 

Balik balik pun, percayalah pada kuasa DOA. Banyakkan berDOA pada NYA. Insha Allah apa yang di usahakan cepat atau lambat, satu hari akan berjaya. 



Tuesday, February 28, 2012

Pecah Kaca,Pecah Gelas

Tadi bagi survey form dekat students dan saya mendapat beberapa notes kecil untuk di kenang



Insha Allah!!!!Cikgu sentiasa doakan.Kita usaha sama.Cikgu pun harapkan kejayaan kamu :)




Jangan mengalah.Konsep masih lemah.Teruskan berjuang




LOVE koranglah!Bakal bakal pelajar cemerlang Fizik 2012

Ameeen!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, July 19, 2011

Sabar Itu Parah

Tadi masuk ke satu kelas tingkatan 5.Memang benarlah,jadi cikgu kalau tak ada unsur-unsur kesabaran dalam hati, sila resignlah 24jam. Ataupun, tak payah berangan langsung nak jadi cikgu, itu lebih sesuai. Saya?Tidaklah begitu bersabar.Tapi masih di kawal.

Tapi kadang kadang akan hilang kawalan apabila......

1. Masuk kelas bila tanya apa yang sudah di belajar untuk kelas yang lepas, memang satu habuk pun tak ingat. Bila cek buku tulis, even satu habuk perkataan pun tak tulis. Then boleh sengih-sengih lagi.Padahal,bukan banayk pun yang saya suruh tulis minggu lepas.Nak suruh buat kerja sekolah, lagi indah khabar dari rupa la...aishhh...#kurasanaklempangpunada .

2. Then bila dah masuk adegan kebebelan, masih boleh buat muka akutakbersalah.Boleh pandang pandang, ok, macam buang masa nak membebel. Maka saya teruskan dengan sesi pembelajaran. #hatikumemangpanaslah.

3. Time belajar pun memang tiada nafsu lah nak belajar.Padahal baru lepas 5 minit cikgu meluahkan perasaan yang dia gentar melihat keputusan anak murid yang bukan setakat nyawa nyawa ikan, malahan saya rasa dah boleh tanam masuk kubur dah. #macamhakutakmengajarlangsung.

Sakit jiwa.

Tapi lagi sakit jiwa bila kita tegur , tolong duduk elok elok dalam kelas, dia boleh jawab 'Suka Hati Sayalah' #panaspanaspanas


4.Bila anda tengah syiok mengajar, akan tetiba rasa tak syiok bila rasa yang kita bukanlah mengajar.Tapi macam buat lakonan teater klasik FM yang tak ada siapa pun nak tengok.Damn looser punya pelakon.Tapi yang menarik minat penonton adalah kereta polis yang tengah meronda kat luar.Usha sampai tak kedip mata tu.Saya rasa mungkin kereta polis tu tak lama lagi akan bertukar menjadi Bumble Bee Versi 2, atau biar saya saja yang bertukar menjadi Autobots menghentam diaorang ni semua.Hahaha.Ganas!

5. Lagi kecewa bila korang as a cikgu, nak minta tolong bawakan buku,tapi akhirnya korang akan dengar jawapan seorang student yang memang kiddos gila 'Cikgu,diaorang semua taknak tolong,last last saya jugak yang tolong hantarkan '

Lumrah. Saya rasa itu lah adat pelajar zaman sekarang. Tak kiralah sekolah mana pun.Tapi macam tu lah situasi. Untuk next 10 tahun akan datang, macam mana rupanya, masih belum ngerti. Kadang kadang sedih juga bila biar pun sedikit usaha tiada siapa nak hargai.


Tuesday, May 10, 2011

10 Perkara Tentang Anak Cikgu

#Randomfact

1. Anak cikgu dalam kelas selalu dapat duduk depan.Macam dah lumrah.Masuk darjah satu, mesti dah dapat tempat exclusive bahagian depan.Paling teruk, barisan yang ke3 selepas barisan depan. Barisan belakang? Macam indah khabar dari rupa. Biasala...anak cikgu kan.

2. Anak cikgu selalu dapat jadi pengawas.Hak exclusive satu jawatan pengawas mesti di monopoli anak cikgu. Boleh buat team Anak Cikgu Pengawas. Memang anak cikgu di lahirkan untuk jadi pengganas kot ( ? )...erkkk...pengawas! Paling koman jadi ketua darjah. Sebab dah di latih untuk cakap " Bangun....Selamat Pagi Cikgu" sejak dalam perut kann.

3. Anak cikgu selalu ada banyak buku.Sebab mak takpun ayah selalu dapat buku sponsor kat sekolah. Lebihan boleh bawa balik.Hahaha. Ada ke? Part buku sponsor i loikeee :)

4. Anak cikgu pandai pandai.Wooooooo

5. Anak cikgu bley makan kat ruangan cikgu dalam kantin sekolah.Sebab? Anak cikgu!

6. Anak cikgu boleh lepak kat bilik guru suka hati punya tak hengat selagi mak tak balik.Sebab? Anak cikgu!

7.Anak cikgu boleh tanda kertas soklan lepas exam sekaligus belagak diva macam cikgu jugak.Hahaha

8. Anak cikgu senang masuk asrama sebab banyak 'kaki'.

9. Anak cikgu penyimpan perkara asasi kat sekolah.Top Secret dipegang anak cikgu ah.

10.Anak cikgu comel comel.


Aku? AKU SEORANG CIKGU! Hohoho ( Gaya Santa )





Friday, May 6, 2011

I Hate Exam!

gambar ihsan google

Sejujurnya haku memang tak setuju sistem pembelajaran di Malaysia yang berdasarkan kepada sistem peperiksaan. Sebab? sebab manyak.....

Jom kita tengok kesan pada students ....

1. Menurut kajian, sistem pembelajaran di Malaysia yang berdasarkan sistem peperiksaan menyebabkan students mengamalkan pembelajaran melalui penghafalan semata mata. Kalau ko belajar sains, ko menghafal tapi ta paham konsep of coz dah memang tak tercapai la objektif Kaedah Saintifik tu kan.

2. Students dah lali pun asyik peksa dari awal tahun sampai akhir tahun. Then diaorg dah jadi macam tak heran dengan setiap peperiksaan sebab anggap semua sama dari Ujian sampai la ke Peperiksaan macam tade beza.At last, daya keberusahaan kureng....hanya cuak di dada.Tapi uasaha tade.Ta bley wey!

3. Bley merangsang hormon hormon peniruan secara dasyat dekat students. Sampai satu tahap, kalau anak murid haku, memang tiap kali exam tiap kali tu tiru. Selamat la ko kantoi.Hoho. Tu namanya sepandai pandai tupai melompat.... Peniruan sometimes baik n sometimes tak baik. Tapi aku mengklasifikasikan peniruan dalam exam sebagai TAK BAIK!Makin banyak exam, makin cekap lah students tu meniru. Mencemerlangkan Kaedah Peniruan :) .

4. Menimbulkan stress kepada students seperti ANIS DIYANA. Rasa macam maw gigit gigit saja buku. Lepas exam kepala mesti sewel well well sehari. Sakit Otak. Sebab dah keluarkan semua isi otak kan. Nak pahamkan nota satu hal. Tambah stress bila bab yang dibaca beria tapi satu hapa tak masuk. Tu lagi tertekan.....Arghhhhhh! . Nak baca nota bertan tan. Tu lagi menggelabah.

Now, bley tengok kesan pada cikgu plak....

1. Bley menyebabkan sakit jantung ! ( kepada yang kena buat kertas soklan sampai 3 jenis macam haku ) . 1 subjek 3 paper. Soalan mak aii....bukan nak sejemput macam kueh jemput jemput. panjang berjela weyyy!

2. Bley menyebabkan sakit dada! ( kepada yang kena buat kertas soklan sampai 3 jenis macam haku ) . DAh tulis panjang berjela satu hal. Nak kena translate dwi bahasa pulakkkk. Eee.. geram kan! . Kena taip sendiri pulakk.. Nak tampal2 je pun bley la kalau da ta rajin. Tapi dah habis datu almari buku haku geladah, ta banyak la pulak soklan dwi bahasa. Memang kena taip jugak la.....Dang!

3. Bley menyebabkan sakit mata! ( kepada yang kena buat 3 paper macam haku ) . Sebab nak kena buat analisis item pulak lepas tu. Kena wat analisa dalam 30 orang satu kelas, nape soalan pat belas ta bley jawab. Aras kesukaran semua lengkap la....

4. Bley menyebabkan sakit telinga! Nak wat skema pulak. Dah lambat buat kang cikgu yang mengajar topik sama bising pi cari skema ta siap siap..

Oh my! Kenapa haku membebel?
Sebab tgh buat soklan preksa la. Nanti part nak semak satu hal. Dang lah! Tapi kita redah je. Walaupun nampak macam tak. :P. Tugas aku kan... :)

Kesimpulan.....

AKU TAK SUKA EXAM. full stopp!


Tolong cari solution wey!












Monday, August 30, 2010

Ini Cerita Tak Baik

Ini cerita tak baik sebab saya rasa jika di bongkarkan secara menyeluruh kisah ni, pasti saya akan naik court di sekolah lagi.Paling tidak tidak,orang nak hantar surat layang atas meja saya lagi.Paling tidak pun macam nak mula anggap saya lah si pengkuang hajau itu.Paling tidak pun, ada yang nak bermasam muka.Biarlah.Ramalan masing masing.

Makanya entry ini adalah beralas sikit.Saya tak menceritakan tentang siapa siapa.Tapi menceritakan tentang hak asasi yang telah di ceroboh yang saya rasa agak lama saya pendam kan tapi bila nak luahkan ianya pasti akan menyinggung hati perasaan orang tapi perasaan haku siapa nak jaga?

Meja kerja adalah cantik.Pertama sebab saya memang suka kepada kecantikan.Bagi lah apa saja segala jenis benda yang cantik, mesti saya obses nak bawa balik.Sebab saya adalah cantik.Err..tak.Itu bukan.Eh, tapi macam lumrahlah kan.Semua orang suka pada kecantikan.Yang laki pun asal tengok muka cantik je,nak buat stok bini. Yang cantik sikit sikit ni, patutlah tak kawen-kawen lagi.Eh?Waka waka eh eh.

Meja kerja adalah kemas.Sebabnya memang saya tak boleh buat kerja dalam keadaan berselerak dan semak.Jadi unsur kekemasan adalah tidak terlibat sama sekali dengan faktor nak menang Pertandingan Meja Tercantik Peringkat Sekolah.Ini kepuasan peribadi.Kalau semak, saya stress.Itu perangai peribadi.

Tapi, bukan atas sebab dua faktor di atas yang kita perlu tengok untuk saya bersikap rasa jelak kebelakangan ni.Tapi, saya mudahlah berasa tak senang hati bila time saya nak buat kerja, ada yang nak menumpang kasih untuk bergurau senda di meja saya.Alah, nak sembang pergi la meja lain boleh tak?Itu meja aku.Kau pun ada meja.Isk, macam mana nak cakap ni.Tapi serius weh aku tak suka macam ni,Rasa nak pergi request bilik pengetua yang kosong tu untuk aku ja.Hahaha.

Ok, sekarang macam mana nak cakap dengan nada sopan supaya tak ada yang terkilan....?

"Cik Adik manis manis, boleh tak blah dari meja saya sebab kalau time petang petang ni, cik anis yang lagi lagi manis ni of coz la nak duduk meja dia!"

Thursday, August 12, 2010

What Goes Around Comes Around

Dulu...
Bila time keputusan peperiksaan keluar, kalau saya tak score, saya mesti akan pergi kat cikgu mintak maaf sebab result yang mengecewakan.For what reasons, saya tak tahu.Tapi mungkin sebab perasaan bersalah kot.Pernah dulu saya siap nangis depan Ustaz Ziyad pergi mintak maaf dekat ustaz sebab saya tak boleh jawab soalan pemahaman trial Bahasa Arab.Sebab dah rasa tak boleh nak score A dah Bahasa Arab time tu.Beria saya pergi mintak maaf...

Sekarang...
Bila time keputusan peperiksaan keluar pun, ada jugak students saya yang datang mintak maaf sebab keputusan menurun.Siap janji segala bagai nak tingkatkan keputusan.Sejuk hati cikgu mengajar!Sekurangnya dia bersemangat waja terhadap subjek saya kan.Try ur best next time!

Dulu...
Saya suka buat cikgu marah.Tambah tambah bila senoir dan kepala sudah besar,lagi suka buat cikgu marah.Suka tak siap kerja.Biologi tiap hari saya tiru Yanti sebab tak suka.Tapi fizik tiap hari Yanti tiru saya sebab dia tak suka.Pernah ponteng kelas Bahasa Arab sebab takut nak masuk bila dah ustaz dah masuk dalam kelas.T____T

Sekarang...
Students saya pun suka buat saya marah.Kalau saya mengajar pun ada yang buat tak kesah.Tiap hari membebel sampai nak muntah memang saya menyampah.Boleh mendatangkan kesan penuaan yang cepat jika suka marah-marah.Kuat ponteng memang dah satu masalah.Ikut hati yang marah, nak ja saya blender kan semua students saya yang nakal jadi garam sebab saya geram!

Dulu...
Ramai yang cakap, apa yang kita buat kat orang akan kena balik kat kita

Sekarang..
Apa yang students buat tu adalah karma ka?

Friday, July 30, 2010

Aku Kah Yang Tertipu?


Tadi saya pergi tengok pelajar buat latihan silat.Saya guru silat.Tapi saya tak ajar silat.Bertindak sebagai pemerhati.Sebab saya dulu belajar Silat Gayung Fatani.Kat sekolah saya Silat Lintau.Asas dah lain.Saya tak reti.Tapi tiap minggu tengok students berlatih,macam teringin jugak nak belajar Silat Lintau.Tapi tersegan segan.Saya kan pemalu.Hahaha.

Dua hari sebelum ni, ada seorang students saya, texting mintak tolong top up.Dalam hati saya wonder juga, 'pehal dia ni mintak top up kat aku?' .Tapi saya malas nak pikir negatif sangat sebab student tu nampak macam terdesak, saya just pikir, mebi dia urgent ni.Tapi saya tak dapat nak tolong top upkan pun sebab hari tu hari Rabu.Saya kan sepanjang hari sampai ke malam didalam kuliah.Mana nak cari top up.Just dapat baca jela mesej terdesak dia.Sampai dia mesej saya cakap..'Cikgu, malam-malam 7e bukak kot'..Hamboih!Student aku!Mana pergi mak bapak dia kalau terdesak sangat tengah malam?Tapi saya tak top up kan pun sebab kan dah balik lewat malam.Badan pun dah extremely exhausted!

Then, the next day dia texting saya lagi ingatkan nak suruh topup.Tapi saya tak top up kan jugak pun lagi.Sebab saya no money.Serius ada 10 ringgit ja dalam purse time tu.Purse ja Liz Claiborne.Duit tak dak.Haha.Malas nak withdraw.Itu dah macam tabii kot.Malas nak keluarkan duit secara banyak.Makin banyak aku keluarkan, makin banyak duit habis.Lebih baik makin banyak aku simpankan,makin banyak duit aku.Hohohoho.

Sampaila hari ni, saya tetiba teringat nak tanya.[ Saya tak tau la apa motif saya tanya,saja suka suka.].Then dia cakap, 'Saya tak topup lagi cikgu.Ni pun msg guna kredit free'.Ok fine.

Tadi bila saya pergi silat, saya sembang la dengan students silat saya.Tapi diaorang siap cakap kat saya ' Cikgu, jangan percaya dia.Dia memang suka tipu'.Then sekarang sebenarnya budak tu cuba tipu aku ke hapa ha?Cesss...cikgu pun nak tipu ka?Damn!

Fakta budak tu yang si anggap tidak benar melalui kajian tinjauan.

1. Budak tu bilang ke saya dia takde di Bagan Serai sekarang, tapi di Langkawi sebab kaki injured sangat kronik!

Fakta budak silat :
Budak tu pergi Langkawai sebab nak buat perasmian kedai ayah dia.Bukan buat rawatan kaki.See?Aku di tipukah?

2. Budak tu bilang dia guna kredit free.

Fakta aku
Takkan dari hari Rabu kredit free.Tiap tiap hari, hari jadi dia ka?

Fakta budak silat :
'Cikgu, dia nak cikgu topup, sebab dia nak mesej dengan boyfren dia.Cikgu percayalah!'

Entah la, tak tau la apa dah nak cakap.Apa da students sekarang, cikgu pun siap nak tipu.Kalau betul dalam kesusahan, bagitau la betul-betul.Tapi aku tak amik hati pun.Cuma aku nak cerita perangai students yang pelik-pelik.Cikgu pun nak di jadikan bahan penipuan.Semoga students aku berubah jadi orang baik-baik.

Sunday, July 18, 2010

Emosi Guru


"Lelaki itu akal nya sembilan, nafsu nya satu,
Perempuan itu akalnya satu , nafsunya sembilan"

Perempuan : Tindakan di pengaruhi emosi.

Kisah Benar

Kejadian berlaku di hari Khamis.Saya dah setengah jam mengajar.Lepas tu barulah datang 5 orang students ni nak masuk kelas.Untuk separuh masa pertama, memang ponteng lah kan!

Memang saya hangat.Hangat sebab kelas tu panas.Cuaca pulak memang bermusim panas.Kalau panggil ramai-ramai Irish sana datang ke kelas saya.Memang pakat-pakat berseparuh bogel agaknya.Students saya?Konfem la suka.Cikgu muda depan kelas pun tak pandang dah.

Haishhh.Apa yang saya mengarut kerut ni.Berbalik pada cerita asal.

Biasala kalau dah lambat, saya tak terus bagi masuk.Kena soal selidik sikit sebelum masuk kelas.Macam polis.Sebagai tanda saya prihatin.Budak ponteng memang saya tak bagi.

"Ni kenapa lambat?Pergi mana tadi?"

Cuma bezanya, saya tak amik ic.Pastu, keluarkan saman.Kalau tak, dah banyak dah saman budak-budak ni kena bayar.Maw beriban riban!Tiap hari kerja pergi sekolah, ponteng ja.Port terbaik, dekat tandas.

Bila saya tak marah.Hanya berniat untuk menyoal siasat, then dari 5 orang, ada sorang yang menjawab

"Kami pun tak hingin nak masuk kelas cikgu"

Saya memang tengah hangat.Bila student X tu semburkan kata kata yang menghiris hati benak jiwa kalbu, saya yang sedang berada di dalam keadaan kehangatan, senang pengaruhi emosi.Dari adegan soal selidik, terus saya naik geram.Saya tak bagi student X masuk kelas.Sebab dia tak nak.Saya tak bagi.

Pengajaran cerita
Saya memang geram.Student X tu pun, bukan sekali dua mengecam saya secara kejam macam tu.Saya memang geram.Di waktu itu.

Tapi , naluri keguruan saya masih ada.Lepas dah tak bagi student X tu masuk dan student X tu dah pergi merayau kemana, saya naik risau pulak.Kalau jadi apa2 pada student tu, memang salah saya kan.Dah la saya dah menidakkan hak budak tu untuk masuk kelas walaupun dia kata tak nak.Tapi saya tau, dia nak.Sebab lepas tu dia terjengok jengok nak masuk kelas.Sayan nampak.Tindakan luar kawal di pengaruhi emosi.Last last aku yang tak terkawal.Habis PnP untuk setengah jam yang mendatang terganggu!

Hari Selasa nanti akan ada Matematik di kelas yang sama.Saya akan bagi dia masuk kelas.Tapi saya nak tanya dekat dia betul-betul.

"Kamu ni nak belajar kat kelas cikgu tak?"

Alternatif lain?Ada?Tanpa suruh budak tu keluar kelas.Saya tak suka cara saya denda macam tu.Saya dah tersilap percaturan.Dia berhak untuk belajar walaupun tak pernah dengar apa yang saya ajar, tak pernah bawa buku teks, tak pernah nak tulis selagi saya tak membebel.

Ucapan Penutup
Jadi cikgu kau ingat senang?




Monday, July 12, 2010

Dear Teachers { Intake 11/2008 }


Kawan-kawan di Perak,
Induksi kita lambat lagi.Bersabarlah.Sekarang baru habis untuk Kumpulan 1.Kumpulan 2 pun belum lagi.Belum ada peruntukan untuk itu.Kumpulan 1 hanya untuk guru-guru ambilan dari Januari hingga Mac 2008.Yang kita posting bulan 11 ni, bersabar lah lagi.

Kawan-kawan di Perak,
Yang tersenarai dalam kumpulan 2 pun, induksi anda pun masih belum tentu bila.Saya yang berada di kumpulan 4 ni, lagila tak nampak bayang nya.Setialah kita kepada perkhidmatan demi negara dan anak bangsa.Ayat patriotisme.Memang!

Kawan-kawan di Perak,
Tempoh percubaan kita bagi ambilan November 2008 adalah sehingga Ogos 2011.Tak lama dah.Sila ambil perhatian mengenai perkhidmatan.Jika ada yang mempunyai sedikit informasi, boleh la kita kongsi.

Kawan-kawan,
Harap kita cepat di sahkan jawatan.Senang esok lusa cepat kita jadi pengetua yang muda.

Kawan-kawan,
Yang posting di negeri lain apa cerita? Ada tak lagi sesiapa yang dah kena pergi induksi? BTN hanya perlu untuk PTK kan?Sila jawab kepada yang taw.

Sekian.

Maklumat lanjut : Call JPN lohhh!


Saturday, July 10, 2010

Proses Pengembangan


Sumber Asli : Google.
Gambar : Suri di kala bayi.

"Abang Tom, napa bikin hati cair ni?Knight and Day tak tengok lagi....".


Sedar tak sedar, sudah hampir dua tahun jagung saya jadi cikgu pot pet pot pet membebel depan kelas dan saya semakin hari semakin rasakan...............

  • Lebih cantik.Haha.Syook Sendiri.Adatlah.
Dush....^#@%#^
Versi Serius.Muka garang bermuncung ke depan.*Sengal*

  • dah hafal syllabus sikit dalam Buku Teks Mathematics.Patutla kalau cikgu yang berpuluh tahun mengajar dia siap boleh hafal ayat beserta muka surat dan tafsiran lengkap di buku teks.Dulu saya siap kagum dekat cikgu Geografi saya.Cikgu Syed Noh.Pergi kelas, buku teks pun tak bawa.Peta siap boleh lukis slumber.Aku 10 tahun akan datang macam tu jugak kot.Kalau 10 tahun ngajar math lagi la.Math bukan bidang saya.Saya majoring in Physics.Biasalah kalau pergi sekolah, nak dapat subjek sendiri cukup la punya payah.Dapat mengajar Math sepenuhnya ni pun dah kira syukur dari ajar Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Negara Jamaica.Ok, sila bungkus beg kau sekarang Anis.Buang negara!!ke Jamaica!
  • dah paham strategi pengajaran berkesan.Ewah.Selama ni belajar 4 tahun terasa memahami tapi kenapa sekarang baru nak mengaku paham.Benarlah kata orang dan aku pun kata benda yang sama.Teori dan praktikal adalah dua perkara yang sangat berbeza.Setiap pelajar dilahirkan berbeza.Pendekatan juga kena berbeza.Bukan semua pelajar yang teruja bila kau buat lakonan tak rasmi depan kelas.Set induksi.Mungkin perlu, mungkin tidak.
  • dah boleh nak tackle soalan di mana.Soalan lazim selalu keluar.Macam dah boleh kaji dekat mana.Dulu, bila buat soalan adalah main hentam suka hati aku ja.Tapi bila dah taw bentuk soalan kegemaran ramai, macam dah boleh berstrategi sikit nak buat soalan.Soalan saya buat susah.Tak penah senang.Aku dah selalu pesan dekat student awal-awal.Soalan aku bertahap U.Memang melampau.Cis.Ini tipu.Bertaraf PMR ja.Standard la kan.Saja bagi gempak.Suruh diaorang baca buku secara tamak.Lepas tu student aku awal-awal dah cuak.Hahaha.
Adatlah.Ini semua ciri teori perkembangan.Kalau setiap tahun anda tak mengembang tapi mengempis, itu tanda abnormal.Jadi cacat dan pelik.Semoga menjadi saya berkembang berterusan.Untuk semua benda kecuali body!Habislah cita cita nak ramping yang kerempeng.Haha.( Acah je )

Sekian.



Wednesday, June 2, 2010

I'm Offline


Selasa , 1.00 pm.....weet weet


Selasa , 5.00 pm.......arghhhh!!

Aktiviti social networking saya semacam terhenti sekarang kerana ini.Saya kata macamlah.Tapi bila tengok saya on9 saya di YM,di FB dan di twetter tu sekali sekala berkicauan jangan pelik dua macam lah.Sebab saya memang ada.Siapalah yang boleh pisahkan saya dengan dunia maya.Nehi nehi.Kuch Kuch Hota Hai.Tapi saya tak bergerak secara rawak ke blog orang drop komen ke hapa.Komen di FB pun kadang kadang tak terjaga.T____T

Niat nak habiskan tanda exam paper ni sebelum cuti.Lepas tu boleh berjimba jimba.Menari dangdut semua boleh nak buat kalau itu kau suka tapi saya tak.Jadi aktiviti yang macam ni, kita pausekan sebentar.Lagi 1 kelas babe.1 kelas lagi.$#%@^@%.Eh,macam marah.Tak tak.Bukan marah.Tapi tak sabar nak habiskan.Saya ajar 5 kelas.4 dah selesai.Pergh.Legaaaa.Lepas tu saya nak tulis entry sampai 3 entry sehari.Yabedabedooo.Eh tak.Itu tak berani nak janji.Tapi pernah la jugak buatkan.Itu bukan benda pelik sangat.

Lepas tu kan...minggu ni saya tusyen full direct 3 malam berturut.Malam ni ada lagi.Ni ganti tusyen yang saya pernah ponteng dulu tanpa sengaja sebab blackout.Tak pa la.Ni memang tugas kan.Lagipun saya suka dengan budak tusyen saya.Diaorang tak banyak songeh.Tak belagak pandai.Nice and behave.

Eh, tentang master saya tu.Nanti saya cerita next entry.Saya pun tengah bercampur baur masam masam manis jugak perasaan.Banyak sangat untuk di atur next next next.Tapi saya tak buat apa pun.Hanya goyang kaki je sekarang.Percayalah.

Jom pergi sekolah.Lagi 2 hari nak mengabdikan diri.Lepas tu saya cuti dua minggu.Yahoo.Sekarang, korang jeles kat cikgu tak?Buweekkkk. :P


Monday, May 17, 2010

Nak Lagi Please!!!!

Hanya satu perkataan yang menggambarkan keadaan diri saya sekarang iaitu LETIH! Sampai rasa nak pegi tusyen tadi pun termalas malas.Niat lepas balik tusyen nak cibidi bidi cibidi boom boom saja. Tapi akhirnya kini pasti saya tersangkut juga dekat FB yang mendadahkan seperti paracetamol 500gm.

"Amanah Yang Di Beri,
Kami Tak Persiakan,
Apa Yang Kami Janji,
TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN"

Ini lagu yang saya nyanyi secara berjongket dengan rakan rakan seguruan di sekolah semasa Sambutan Hari Guru di sekolah tadi.Ini nyanyian rasmi.Tapi best.Walaupun tiap tahun ulang nyanyi lagu yang sama.Tapi macam tak jemu jemu kan nak nyanyi.Best kan.Meh la jadi cikgu.Boleh nyanyi lagu Kami Guru Malaysia dengan penuh berperasaan terharu.Ini promote.Tapi ingat!!

"Aku kata kerja guru bukanlah semudah yang disangka"

Sambutan Hari Guru di sekolah saya tadi lebih baik dari tahun lepas.Tahun lepas rasa macam nak batal saja semua sambutan Hari Guru jika kuasa Power Rangers di tangan saya.Tahun lepas macam tak terasa sambutan.Terasa seperti perhimpunan biasa cuma ada extra kena baca perutusan.Dah habis...tadaaaaaa..kena balik kelas mengajar seperti biasa.Oh apakah ini sambutan untuk guru?

Tapi tahun ni, ada sedikit perubahan.Students dan cikgu sesi petang macam saya siap kena datang pagi, ada persembahan dan sukaneka segala bagai.Siap ada persembahan nasyid khas dari cikgu cikgu Akademik Fantasia Bulan Madu yang terkeluar.Cikgu kan macam macam ada.Macam macam boleh buat.Nak nyanyi pun boleh taw!Fun la sikit kan.Dari kena mengajar di Hari Guru.Macam tertekan.Guru perlulah di raikan.Sekali sekala.Buat kami terharu satu bakul.Yang paling best, jamuan pun ada dan kek adalah sangat banyak.Wallaweh.Untung betul tokey kek di Hari Guru.

Habis Sambutan Hari Guru,saya ajak Kecik, Shima, Intan dengan Kak Miza untuk teman saya ke klinik gigi.Nak buat check up sikit pada gigi.Tapi bila sampai depan klinik gigi, saya terpelik pelik bila nak bukak pintu, pintu klinik tu tutup.Selalu saya pergi tak tutup.Siap goncang pintu Klinik Dr Foo nak mintak masuk sampai la ada uncle tokey motor jiran sebelah bagitau.

"Isnin tak bukak la dik"

Bila uncle tu tegur, baru saya terperasan yang depan pintu siap tulis.

ISNIN DAN AHAD TUTUP.

Yang diaorang macam dah tak tertahan tahan nak gelak ke saya.Tak perasan okeh.Small matter.:P. Sebab kan plan jumpa Dr Foo tak jadi, kitaorang change plan untuk buat photoshoot.Ini saya suka.Saya memang suka bergambar.Tapi bagila kamera ke saya untuk menangkap gambar.Siyes saya akan buat dalam keadaaan terpaksa sebab gambar saya tak ada.Tak adil tapi saya suka.saya tak suka menangkap , tetapi suka di tangkap.Ekk.Maksud saya : Gambar.Muahahahaha.

Lepas dah syook sendiri menangkap gambar di tempat kelahiran, saya dan rakan rakan pergi mencari tempat untuk mengisi perut yang bergendang gendut tali kecapi.And we choose Yong Tau Fu yummy yummy!!Sedap dan menyelerakan di Bandar Taiping kalau datang rugi tak makan.Niat 1st macam nak makan Keow Tiau Doli.Tapi macam tak feel dah makan, kami choose makan Yong Tau Fu yang deliciousisasia.Perut pulak memang tengah bergendang gendut, memang sesuai lah dengan citarasa terkini bagi perut.Harga berpatutan.Silalah cuba.Perenggan ini di taja oleh Warung Kita. :)

Hari ini best walaupun penat.Esok buat la Sambutan Hari Guru lagi.Please..please..pleasee....




Sunday, May 16, 2010

Saya Guru Malaysia

Service streamyx amat mengancam emosi petang ni.Buat saya macam maw bungkus saja modem campak ke laut bagi ikan makan.Ni cubaan ketiga nak bukak gigimail.Nasib baik tidak mendukacitakan dah.Kalau tak..kalau tak..kalau tak...Ewah.Emo!

*****************************************

Itu intro.Bila menulis blog,kadang kadang saya rasa nak buat intro paling susah.macam pembuka ayat untuk meng'ayat' awek atau boyfren.Mungkin diterima atau ditolak.Jadi intro adalah harus simple but nice.Tapi saya kadang kadang saya hentam wa punya suka.Penah jadi serabut but nice pun ada.Tapi bukan itukah concept hentam wa punya suka.Memang kadang kadang hasilnya menarik,dan kadang kadang tidak.

Hari ini 16 Mei.Hari ini Hari Guru.Ok bangun sekarang nyanyi lagu Negaraku disusuli lagu Kami Guru Malaysia.Saya paksa.Sebab ni blog cikgu.Baru meriah.Rasa nak buat pesta.Dulu saya di waktu zaman sekolah, saya syook syook ikut cikgu nyanyi time sambutan Hari Guru.Tapi sekarang, saya sendiri yang menyanyikan untuk diri saya.Macam tersedih sedan bila nak nyanyi.Baru sedar diri adalah cikgu.Eh, sebelum ni ingat sebagai apakah?Haha.

Saya menyambut hari ni dengan perasaan demam.Kepala berat.Terlantar di katil sepanjang hari.Semua call dan sms ucapan Selamat Demam..eh bukan bukan , Selamat Hari Guru ,saya tidak dapat balas dengan baik.Terima kasih pada semua yang mengingati saya adalah guru bukan Ultraman ataupun Power Rangers.Terharu satu bakul.Students bagi sms buat ucapan ringkas "Jasa Cikgu Saya Kenang Sampai Bila Bila" pun dah buatkan saya nak nangis satu bakul.Rasa di hargai dan saya beremosi tinggi di kala demam.T_______T

Keadaan badan sekarang macam semakin sihat bagaikan johan.Saya dah boleh bangun setelah satu hari saya terbaring,lepas makan ubat , pasti nak tidur.Ubat memang mendadahkan.Dan hasilnya memang mengawsome dan mengincredible hulk kan!Dah sihat sampai boleh nak tulis blog dah.

Last but not least [ ayat normal BI aku dulu dulu ]

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.Kita adalah pembina bangsa tak kiralah di mana kita mengajar dan siapakah kita.




Wednesday, May 12, 2010

Takde Apa Pun

Ya Allah.Saya sekarang sesak nafas.Tengok badminton rasa tertekan bagaikan nak termuntah muntah.Tengok, betapa saya beremosi sekarang terhadap permainan 'anak anak Sidek'.

Sekarang aktiviti berblog walking memang tiada langsung.Sisa sisa hidup sepanjang malam di habiskan dengan acara sorak di hadapan tv.Bukan setakat saya, mak pun tumpang dua kaki turut beremosi.Bila dia geram pasukan Malaysia kalah, siap suruh tutup tv.Ni kes emosi terlampau.Hahaha.Saya pulak.Tiap kali pasukan Malaysia kalah.Terasa bagaikan tiada nafas.Bila tengah game, rasa nak terkeluar jantung segala bagai.Ya ampun, kalau saya di Bukit Jalil sekarang, sayalah orang pertama yang pengsan dulu.Banyak sangat bermain emosi jantung nih.Bak kata BSB.."Quit Playing Games With My Heart......"

****************************

Kerja di sekolah pun macam bermain dengan emosi.Ini macam sedia maklun semua orang taw tapi ada yang pura pura tak taw kata tugas guru best asyik kerja nak goyang kaki , banyak cuti , kerja sekejap saja dalam sehari.Ini fitnah terlampau di alam nyata.Cuti hanya untuk students.Kadang kadang time sekolah pun cikgu kena pergi kursus sehingga kurus. Kerja hanya separuh hari, tu pun saya dah dapat rasa tekanan jantung di tahap tinggi.Kalau sehari suntuk cikgu kena bertugas, statistik pesakit jantung di Malaysia pasti meningkat.Ini pasti.

Tapi sebenarnya kami tak kesah.Ini adalah kerja kami.Walaupun kadang kadang kami geram bila students tak nak belajar, tapi kami tetap suruh dia belajar walaupun dia bebal tahap dewasyaithonirrajim.Kami buat paksaan secara kejam asalkan dia nak belaja.Walaupun kadang kadang kami penat tahap separuh nyawa ku pergi,tapi bila students datang nak mintak tunjuk ajar kami tetap berperasaan nak ajar.Dia tak nak menulis, kami bagi pinjam pen.Dia takde buku, kami carikan kertas. Bagi free tanpa charge.Asalkan students kami belajar. Kami akan buat segalanya asalkan students kami berjaya.Kalau dia tak berjaya pun, cukuplah jika dia terdidik menjadi orang.

*******************************

Entry ni di buat atas perasaan saya sekarang tanpa sebarang paksaan.Ya Allah, kenapa students saya nakal sangat?Tak nak belaja langsung?Saya dah penat fotostat latihan.Diaorang bagi hilang.Saya nak ajar, tak masuk kelas.Bila result tak memberangsangkan.Siapa kena push?Siapa kena cari?Cikgu kan..........?

Sekarang dah berperasaan maw ketiduran.Merungut banyak kadang kadang tak mendatangkan hasil apa apa.Cuma saya bersedih dengan sikap students sekarang.Nak mintak 40sen untuk sumbangan Hari Guru pun diaorang boleh cakap.

"Ini Hari Guru.Bukan hari kita.Bukan kita nak sambut.Tak payah bagi duit la..."

See? Apa lagi yang boleh saya katakan?

Boleh bersurai sekarang.


Bye!

Go Hafiz Go!!!!!!!!!!!!!!!!!!









Friday, April 30, 2010

Anak Murid Yang Banyak Ragam

Kisah 1
Tiap tiap hari , tiap kali masuk kelas saya mesti bagi homework math.Sampai students saya pun saya taw naik boring , asal muka saya mesti nak bagi homework, asal homework mesti muka saya.Ekkk??.Then hari Khamis hari tu, saya nak bagi homework.Ada sorang ada murid saya cakap...

"Cikgu, Sabtu Hari Pekerja.Kami kena cuti.Tak boleh buat kerja sekolah."

Ayat ngelat...haha.


Kisah 2
Saya ajar Math 3 kelas Form 1. Ajar Form 1 kadang kadang menkelakarkan sebab diaorang macam kanak kanak yang comel juga saya rasa.Ada sorang student, nama dia Rahil.Banyak gila nak cakap.Sambil menulis pun cakap sampai kadang kadang naik lemas saya.Last last saya cakap.

"Whatever kamu la Rahil, malas dah nak layan kamu"

Lepas tu dia bangun tiba tiba.Sambil cekak pinggan gaya pondan.

"Whatever!"

Hai..macam mana nak marah student macam ni kalau kadang kadang gaya dia melawakkan?Hahaha.


Kisah 3
Saya ajar Math.Kelas belakang pun ada ajar.Kalau Math mestila kena ajar dalam english kan.Kalau dah kelas belakang tu, kalau cakap english haram sepatah pun tak paham kan.Kena la explain dalam BM.Tapi bila saya cakap macam ni

"343 campur 246"

Ada sorang student cakap.

Student : "Cikgu, cakap la dalam Bahasa Melayu"

Me : "Cikgu cakap dalam Bahasa Melayu la ni...."

Student :"Tu yang cikgu cakap campur tu kenapa? Bukan ka kena cakap tambah?"


Hahaha.Lama lama macam ni.Aku pun sakit otak.@#$@%@$@.