p/s : Gambar Pilihan :)
Magik!Tara.Sudah kembali menulis di blog yang usang setelah berbulan meninggal lamanya.Dulu sibuk dengan alasan penulisan ilmiah.Sampai sudah tamat pengajian pun sudah masih terabai.
Rasa kekok.Itulah fefeling memula.Macam tak tahu nak intro kan dari mana.Setelah ayat ayat penulisan memang di train untuk menjadi skema.Mak ai,memang telitilah kalau menjadi lecturer.Sampai sekecil kecil kesalahan tatabahasa dan penghujahan pun menjadi pertikaian.Phew.Dah tamat detik detik cemas.
Ah,asyik bercerita pasal lecturer.Bagaimana dengan pengajian?
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Berjaya tamatkan pengajian dengan tesis yang dah siap tanpa perlu di buat semula, dengan pointer yang mencapai target di atas paras 3.Perjalanan 2 tahun yang sungguh mengujakan.Bila dikenang terasa manis,bila dilalui terasa pahit.
Mandi dalam toilet sekolah,berumah di masjid USM,drive tengah malam sorang sorang,buat pecutan maut dari Perak ke Penang semata mata nak kejar Supervisor yang super duper busy tapi at last text saya, 'Anis,appoinment cancel',buat tutorial dalam kereta,tidur dalam kereta,discussion dalam kereta,solat dalam dewan kuliah,berbuka puasa beramai ramai dengan international students,tidur 2 jam sahaja selama dua bulan,berumah di library.INDAH!
Manis.Manis.Semuanya Manis.Terasa indah bila dikenang.Menanti Hari Konvokesyen untuk bayaran bagi setiap perjuangan.
Untuk perjalanan seterusnya?Bagi yang bertanya,Insha Allah akan menyambung pelajaran semula pada masa yang belum mencapai usia 30.Saya perlu tamatkan kontrak bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mendapat kelulusan biasiswa yang baru.Unless kalau ada yang nak bermurah hari sponsor.Kecil tapak tangan, akaun bank saya tadahkan. :)
Dan urusan kahwen mahwen itu kita serahkan pada Allah.Saya percaya Allah tahu yang terbaik.
Kita merancang,Allah juga merancang,tetapi perancangan Allah itu LEBIH BAIK.
I love u frens lillahitaala !!
No comments:
Post a Comment