Saturday, August 8, 2009

Weekend At Home

~ini avril,saya berkawan baik dengan dia,percayalah kalau nak.~

Dis weekends i tak kemana mana.Ntah macam ajaib plak i rasa bila hujung minggu i berada di rumah tapi macam fun juga sebab dapat feel ala2 Mickey Mouse Clubhouse, hidup berjemaah bersama keluarga walaupun i tinggal dengan adik ee ( adik i yang nak amik PMR tahun ni ) je kat rumah sebab my parents sejak semalam dah g penang buat lawatan sambil belaja ke sekolah2.HAHA.Ya..memang lawatan sambil belaja sebab my parents nak g melawat adik2 di asrama yang masih lagi belaja.Back To School...kata omputih...

I tak ikut sebab semalam ( Sabtu ) i ada meeting kat sekolah.Cakap kat my parents 'Takpe lah,pergi jela,akak berkhidmat untuk negara kerana Allah'.Buat ayat pasrah kerana hati juga pasrah itaknak g meeting tapi kena pergi dalam keterpaksaan.Takpe.I redha....

I'm tireless worker.I tak bley duduk diam nanti i kene sawan.I tak bley hidup relax2 je takde keje nanti i rase masa tu banyak sangat kat i.Terasa i dapat 48jam sehari tapi orang lain dapat 24 jam.I tak bley tak de aktiviti berfaedah di dalam life biarpun hanya bermain guli kalau tak nanti i sawan.Jangan suruh i duduk diam2 layan tv tengok cerita ulangan Jangan Lupa Lirik buat kali ke 2,Gugu Gaga Era era buat kali ke 2,AC ulangan,Trek Selebriti Hairi ulangan sebab i tak suke cerita ulang tayang.Tapi astro banyak buat cerita macam tu.Macam takde modal nak buat cerita lain,i tak suke.Tapi i suke tengok cerita Sin Chan si miang dan juga Spongebob si lampi sebab sumpah lawak buat i gelak sorang-sorang secara berirama.KAHKAHKAH.Macam tu i gelak...

Sebabkan i taknak rasa Masa Itu Zhulian,ianya hanya sia-sia,i dah merancangkan beberapa aktiviti untuk memenuhi hujung minggu i supaya tak rasa macam looser sangat duduk berdua dengan adik i see ur face,u see my face last2 pasti i feel like..'when you see my face hope it gives you hell,hope it gives you hell' bak kate All American Rejects..Eh..adik i tak g hell..tapi doktor miang bley g hell i tak kesah kalau nak.HAHA.

Aktiviti yang i dah list kan..

ISI KAD 001
Ini perkara last i akan buat kalau i dah tahap takde keje nak wat baru i akan buat sebab i memang MALAS nak isi kad ini sejak di awal tahun lagi sebab i dah banyak isi butiran my students sejak awal tahun lagi.Tapi sebab benda ni paling malas i nak buat,so i listkan sebagai perkara pertama i kene buat tapi i tahu kesudahan nye di akhir jugak.SMM pun nak kena isi,BMM pun nak kena isi,ini pun nak kena isi jadi i dah taknak isi sampai terdesak barula i akan isi.Biasala..keje cikgu bukan setakat mengajar tapi mungkin ala2 kerani jugak.Kalau tak paham just shout ur mouth.Jangan tanya sebab i pun malas nak explain pasal benda yang ntah apa apa ntah....

TANDA BUKU
I akan buat jika terdesak.Ini pun sama.Sebab i tak suka buat kerja di rumah.Baru i akan rasa Home Is Like A Home bukan Home Is Like A School.I taknak feel macam tu.Tapi kalau i dah takde keje i akan buat JIKA TIDAK i akan sambung saja kerja di sekolah esok baru i feel School Is Like A School..

BUAT KEK
I suka main masak2 kek sebab i macam feel proud semacam apatah bila orang lain makan i punya kek walaupun rasa dia macam tasteless pun ada i rasa.Tapi i proud.Sebab i boleh buat kek tanpa bantuan chef profesional.I proud.Last Friday,I ada dapat resepi baru dari i punya workmates,so i nak try jugak dis weekends bagi tingkatkan skill kulinary sket.HAHA.Kek pun belum tentu jadi tapi dah angan2 nak buat culinary.Takpe,angan2 harus besar.Kalau i berangan nak bukak kedai kek g eksport ke Dubai pun tak salahkan walaupun i tau itu 'angan-angan hanya palsu semata-mata' sebab i tak pernah berangan macam tu punya dasyat sebab i tau i takkan buat...

MOVIE MARATHON
I bercadang untuk tengok GI Joe dis week tapi macam takde feel nak kuar jadi i bercadang nak tengok movie secara marathon di rumah.I ada beberapa dvd kat rumah yang i tak layan lagi walaupun cerita tu macam dah season punye cerita leh jadi history je i rasa.I tak tgk lagi 'Definitely,Maybe'..i rasa nak tengok hari ni. I tak tengok lagi 'CicakMan 2'..i rasa nak tengok hari ni.Itu saja dah boleh habis sehari kan..Kalau nak join,bley bayar tiket kat i sebab cerita season dah tak terdapat di pasaran.Nak cari kat night market pun macam susah sebab now Along semua kena serbu so baik bayar dengan i je.Eh,i ada buat unsur2 perjualan haram ke kat sini.Takkan....

LOVE AFFAIR
Buku kisah cinta jiwang ni dari bulan lepas i baca tapi tak habis2.I memang bukan novelist tapi i beli sebab nak improve kan english.Gile ah punye azab nak habiskan 1 buku tapi i tabah jugak habiskan.I dah bace separuh kira macam satu keajaiban jugak sebab kalau nak suruh i habiskan 1 bab pun kadang2 i tak mampu buat.Tapi ni dah habiskan separuh i macam kagun.Tolonglah kagum kat i.Tak kira.I paksa ni.HAHA..

I wish i have a great weekend.Ececeh..dah nak hbs ari ahad baru nak buat wish kan..Takpe..I terima..K,i nak tengok kek i sekarang..jadi ke tak...Nanti i publish..

No comments: