Semalam I telah selamat menjalani Kursus Segak.Ada perkataan selamat disitu.Mean,i telah tamat kursus tanpa ada unsur2 perubahan di badan.Samada sedikit cantik atau banyak cantik.Sedikit pun i tidak berubah.Jangan risau.I masih segak seperti sedia kala.Sebelum kursus,i mengharapkan kedatangan i ke kursus mampu menukar rupa wajah kepada Angelina Jolie.Namun angan-anganku benar-benar palsu belaka bila habis kursus i g toilet,i tengok muka i masih seperti Anis Jolie tapi i tak kesah,i tetap sexy.HAHA.
Kursus ini rupanya kursus ujian Segak untuk guru-guru yang hidupnya bukan di dambakan untuk PJ,tapi terpaksa mengajar PJ atas alasan kekurangan guru PJ di sekolah.Tapi i masih musykil di sini sebab i tak ajar PJ pun tapi masih kena pergi kursus ni.Tapi i tak kesah pun sebab kursus ni macam fun juga,tak boring sangat.Makan pun free,claim pun dapat.Alhamdulillah.
Kursus tamat pada waktu tengahari,so di waktu petang i tak payah dah g sekolah nak mengajar.Tapi bila i teringat bil astro mak pesan suruh bayar,i tak bayar lagi n i ada beli kain baju kurung i tak hantar kat tailor lagi,so i pun keluar balik rumah meninggalkan harapan untuk tengok Upik,Abu dan Laura kantoi lagi.......
II
Hari ini,i sepatutnya ada appoinment dengan dental untuk ketatkan besi gigi.Tapi pagi2 lagi perut i macam meragam je..i kesah sebab ini memberi tanda i tak boleh memulakan puasa esok hari...i kesah dan membuatkan perut i sakit memulas mulas sampai sekarang,ini....i lagi kesah!
III
Sejak semalam i diganggu oleh 'msg' misteri ntah dari siapa i tak tau.Atas niat untuk bersahabar.I sebenarnya tidak pernah memberi syarat atas persahabatan i dengan sesiapa saja tapi kalau i tanya,orang jawab secara tidak jujur.....i jadi menyampah.
Kisahnya....
I bertanya kepada Encik Misteri,ini siapa?Dia jawab,ini is...boleh kenal...I tak kesah
I bertanya lagi kepada Encik Is,Mana dapat no ni?Dia jawab maxis center...I mula dah kesah
I dah malas nak layan,i tak layan sms dia,tapi dia asyik miscall...I dah rasa menyampah
I balas sms Encik Is bila dia tanya i kerja kat mana?I jawab i kerja kedai kain,lepas SPM terus kerja n dah kahwin,dengan harapan i tidak diganggu bila berstatuskan dah kahwin,tapi dia tetap sms i lagi...I dah lagi2 rasa menyampah...
I baca sms balasan dari Encik Is berbunyi,bukan u cikgu SMKAI ke?...I dah rasa dia dah tahu serba sedikit tentang i tapi still nak hide sumthing with me....i lagi lagi lagi rasa menyampah...
Sebenarnya...
I memang suka berkawan dan i memang seorang yang pemalu jika dibandingkan dengan spongebob si lampi.Tapi jika dibandingkan dengan gary si siput itu,mungkin i lebih 100 kali peramah berbanding dia.I juga tidak kesah untuk berkenalan atau siapa2 saja untuk berkenalan dengan i,i sentiasa terima dengan hati yang ikhlas dan i memang sangat2 suka.Dulu,i suka melakukan aktiviti pen pal.I pernah juga hantar gambar ke majalah Bintang Kecil dengan harapan konon2 nak tambah kenalan seluruh dunia.HAHA.Global sungguh pemikiran budak darjah 3!I juga pernah menghantar surat berkajang kajang dekat awek cun dalam majalah Bintang Kecil dengan harapan konon2 nak jadi pen pal tapi surat i tak terbalas pun sebab i rasa i dah melakukan satu kesilapan sebab i tipu letak nama i sebagai Puteri Sharifah Noor Zureen Sofia Hawa.HAHA.
Tetapi...
Kalau nak berkawan ngan i,i tak suka ada unsur2 penipuan dalam persahabatan.Eh,bukan i seorang i rasa tak suka.Semua orang.Sebab itu surat Puteri Sharifah Noor Zureen Sofia Hawa sampai kesudah tiada balasan sebab ada unsur penipuan.Kalau Encik Is berterus terang je kat mana dia dapat no fon i,i tetap akan berkawan dengan dia,tapi sebab kan dia tipu i cakap no i di dapati di maxis center,i dah tak nak berkawan.Nasib kau lah....
Jujurlah padaku,bila kau tak lagi cinta....
Tinggalkanlah aku,bila tak mungkin bersama...
IV
Ini soal hati.I sebenarnya kini telah di tanya oleh seseorang untuk men'jodoh'kan i dengan rakan sekerjanya yang berkerja sebagai Ustaz.Tapi i tidak bersedia apa2 lagi tentang jodoh bacause i have one mission in my life yang belum i habiskan...
Ini kali kedua orang bertanyakan tentang diri.Kali pertama,i sudah tolak dengan alasan i masih baru bekerja dan kali ini,i masih memikirkan apa yang perlu di katakan lagi....
Untuk tidak mengecewakan hati,i cakap after school holiday i akan bagi jawapan.So now,i have seven days to think about dis!
Tapi jawapan i more kepada........NANTI KOT!!
2 comments:
kak anis.. puteri sharifah zureen sofia hawa? kawan korang dulu kan? kak zureen, kak sofia, n kak hawa. i ingat lagi. adik sofia, yusuff was my classmate masa darjah 1! i remember kak zureen sebab dia comel masa tu. kak hawa ke kak hajar eh?
solat istiqarah la kak...
6t dpt la 2 jwpn nye..
hehehe...
msih smpat lg..
(cdangan je 2)
Post a Comment