Thursday, July 9, 2009

Serangan Hendap

Hari ini best.Sebab hari Jumaat.I suka Jumaat.Yahooooooo.Com.Sebab i hanya perlu bekerja 4 jam saja sehari.Tak payah nak jerit2 banyak2.Tak payah nak pergi awal sekolah.Tak payah nak semayang zohor kat sekolah.Kemudian susah payah nak touch up balik muka agar sedikit menarik tertarik kau memang da boommm.Arghhh...i tak boleh kelihatan tidak sempurna tanpa secalit bedak ke sekolah.Perfect make u feel gorgeous.WOW!!!dan i tak payah nak buat godaan palsu kat students...'Yang kamu semua sembang kat belakang kenapa?Yang kat depan ni lagi menarik dari sembang kat belakang..'...Tak payah.Tak payah.Tak payah.Sebab hari ini hari Jumaat...I likeeeeeee.....

Ahhh..suke buat introduction entry dengan penulisan yang tiada kena mengena.Kenapa perlu puji hari Jumaat pulak di sini?kan bagus kalau i puji diri yang pandai masak kek sungguh sedap sekali tapi tak pandai langsung masak lauk.kan bagus kalau i puji diri yang bangun awal pagi tadi berbanding hari hari yang lain.HAHA..Annoyed.weeeekkkkk :P

Manusia sentiasa tidak sempurna.Ok,sekarang i bersikap humble pula.Sebab i sedar i ada satu perangai yang cacat suke buat spoil tak boleh blah.I tak suke withdraw duit dan juga i tak suka isi minyak.Tak kesah lah samada minyak kereta ke..minyak motor ke or minyak heli.I memang tak suke.Mungkin i ada sejarah hitam dengan tauke stesen minyak pada kehidupan lampau yang menyebabkan i tak suke nak g stesen minyak.Owh..i sudah lupe..Dulu tauke stesen minyak pernah mengorat i phewiiiit phewittt tapi i reject dengan mentah-mentah berkata..'U tak hensem'....ok...i'm lying..kalau ada tauke stesen minyak ngorat i akan kate..'u tauke stesen minyak ape?i tak pakai Caltex..i pakai Shell'..dengan harapan tajaan minyak free selama setahun...Cis..

Perangai tak suke isi minyak memang terbawa bawa dari UKM dulu.Dulu I sampai kene menolak motor dari rumah ke stesen minyak sebab tak sedar minyak motor dah habis dan Farah menyumpah nyumpah tak nak naik motor dengan i lagi sebab insiden tak de minyak.Ala..lex la Farah..baru cool.Para gadis menolak moto di tepi jalan.Cool kan.Cool kan.Cool kan.Haha..Tak cool pun.. :(

I malas nak withdraw duit sebab i tak suke beratur.Dulu time kat hostel pun i tak suke beratur dan bila time que panjang i suka buat godaan palsu kepada junior ' Adik...akak ader kelas tambahan..cikgu dah tunggu..aka kena amik makanan dulu ye'..HAHA..kesian junior di perkotak katikkan dengan akak yang malas nak que.I tak bley berdiri lama.Nanti otot kaki kejang.Sebab tu i tak suke beratur.Mengada.Alasan tak bley pakai.Sangat malas ok nak beratur.Sebab i tak suke beratur panjang2..lastly bila turn i..'Out Of Services'..or bila i beratur panjang-panjang..dengan orang mengumpat..kutuk jiran sebelah beli kereta baru.Owh...tipikal malay suke macam tukan.Tak boleh tengok orang lebih sikit mula nak kutuk tapi malas nak berusaha.Bila nak maju macam nih???

Pagi tadi i dengan nada kekeringan kerana telah tinggal 2rgt di dalam purse mula terhegeh hegeh mendapatkan bantuan ATM untuk mengeluarkan duit.Tapikan i dah story..mesin ATM memang suke jeolous tak nak bagi bantuan kecemasan kat i time i dah nyawa-nyawa ikan.Dengan tanpa ihsan nye mesin ATM keluarkan kenyataan ' i tak suke u sebab u sombong tak nak kawan ngan i'...eh bukan..bukan..itu luahan hati dan perasaan mesin ATM buat i..tapi untuk kenyataan umum..mesin ATM tulis.. 'Out Of Service'

Owh..i sangat benci bila mesin ATM mula mengkhianati diri.I rasa macam nak tunggu jugak depan mesin ATM sambil merayu rayu..'maafkan i kerana sombong dengan u'..tapi i taknak pulak diri i tercalon sebagai PELAKON WANITA TERBAIK mengalahkan Fasha Sandha.Nanti Fasha Sandha serang rumah i sebab populariti diri menurun.I tak nak..tak nak..tak nak.....masuk paper gambar front page Fasha Sandha tarik rambut i..sangat tak cool ok....Anis kan cool...

I hanya ada dua ringgit di dalam purse sekarang.Masuk kereta minyak kereta pulak macam memberontak nak mintak di isi.Ahh..diam la kau minyak.I isi dengan air nanti baru tau.I dah la tengah ke 'sengkek' an taraf hyper ni.Dah la cinta terhadap tauke stesen minyak di tolak.I tak bley ke stesen minyak sekarang mengisi Autobots Twins sebanyak 2 rgt.Nanti nak makan ape kat kantin tengahari nanti.2 ringgit masih boleh mendapatkan air limau suam segelas besar dan kuih seketul.Baik simpan duit untuk perut.Kepada Autobots Twins..maafkan i ye...Nanti kite serang mesin ATM sebab die yang dengki dengan i arini..sangat dengki..semangat i pergi pagi2..pukul 9 sudah berjalan jalan sambil berlagu riang kerana bakal menjadi rich sekejap..tapi harapan tinggal harapan..die yang jahat ok..nanti kiter serang die ye Autobots Twins..

Sekarang nilai mata wang di dalam purse masih tinggal 2 ringgit.I rasa nak buat mogok lapar kalau petang nanti i pergi mesin ATM tapi masih menunjukkan ciri-ciri tak nak berdamai.Siap kau ATM.Siap kau.Kalau i tak dapat withdraw duit petang ni sebab nak makan Cheezy Macaroni buatan terbaru KFC..siapkan Autobots Twins datang buat serangan hendap.Baru kau tau..siapa lagi kuat sekarang.ATM or Autobots Twins?Senang2 je nak mogok ngn i pagi ni....Jaga..jaga..siap kau..siap!!!!

No comments: